Wolves mengesahkan tempat ke UEFA Europa League 2019/20 selepas mengalahkan Torino 2-1 di Stadium Molineux (agreget 5-3) pagi tadi.

Kemaraan Wolves ke Pentas Eropah adalah satu keadaan yang penulis kira agak asing walaupun kejohanan Eropah yang dimaksudkan bukanlah UEFA Champions League, tetapi kejuaraan kelas kedua, UEL tidak boleh kita nafikan taraf prestijnya.

Keadaan ini (layak ke kejohanan Eropah) bukanlah situasi pertama kali mengikut sejarah kelab Wolverhampton Wanderers. Kali terakhir mereka mara adalah pada musim 1980/81. Dimana ketika itu kejohanan ini menggunapakai nama Piala UEFA.

Wolves layak ke Piala UEFA 1980/81 kerana menjuarai Piala Liga musim 1979/80. Kelab ketika ini dibimbing John Barnwell, tewaskan Juara Eropah, Nottingham Forest 1-0 di Wembley.

Piala UEFA 1980

Wolves bersama-sama Manchester United dan Ipswich Town menjadi wakil kelab England ke kejohanan Piala UEFA edisi 1980/81, Wolves diundi bertemu pasukan yang menduduki tangga kedua Liga Belanda, PSV Eindhoven dipusingan pertama

Andy Gray yang menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir Piala Liga menewaskan Nottingham Forest sekali lagi mencetak gol keatas PSV di perlawanan pertama pusingan pertama.

Wolves tewas 3-1 dan perlu bangkit perlawanan kedua di Molineux. Mel Eves jaringkan 1 gol perlawanan kedua yang tidak cukup membantu Wolves mara ke pusingan kedua.

Final Piala UEFA tersebut dimenangi kelab England, Ipswich Town menewaskan kelab Belanda, AZ Alkmaar.

Perjalanan Ke Pentas Eropah 2019

Kelab England diberi 3 slot UEL, 2 daripadanya adalah slot automatik dimanakan terbuka buat pasukan EPL dikedudukan ke-5 dan juara Piala FA.

Arsenal mendapat slot automatik dengan mengakhiri EPL 2018/19 dikedudukan ke-5, yang sebenarnya kecewa kerana terlepas slot automatik ke UCL kerana tewas dipentas akhir UEL kepada Chelsea.

Satu lagi slot iaitu juara Piala FA menjadi milik Manchester City yang membedal Watford 6-0. Tetapi MC telah layak ke UCL, jadi slot automatik menjadi milik pasukan ditangga ke-6 EPL, tidak lain dan tidak bukan MU.

Slot terakhir iaitu slot kelayakan UEL akan diberikan kepada pemenang Piala Liga 2018/19. MC juga merupakan juara Piala Liga yang dah layak UCL, jadi slot terakhir diberikan kepada pasukan dikedudukan ketujuh EPL iaitu Wolves.

Kelayakan Piala UEL

Wolves diundi bertemu pasukan dari Ireland Utara, Crusaders dipusingan kedua kelayakan. Wolves menang agreget 6-1.

Wolves diundi bertemu pasukan dari Armenia, FC Pyunik dipusingan ketiga kelayakan.

Wolves menang 4-0 kedua-dua perlawanan sekaligus selesa dengan agreget 8-0.

Masih belum terlambat untuk pembaca bola tonjol ketahui kisah kelab Wolves di dua artikel ini.

https://bolatonjol.com/nuno-espirito-santo-belajar-pengurusan-jose-mourinho-dari-bangku-simpanan/

https://bolatonjol.com/wolverhampton-wanderers-gergasi-epl-dan-eropah-dalam-pembikinan/

Apapun Tahniah Wolves.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.