David Villa, David Silva, Fernando Morientes dan Juan Mata, mereka merupakan pemain yang membuatkan masyarakat bola sepak mengenali kelab bernama Valencia.

Bukanlah sebuah pasukan yang memiliki reputasi besar pada zaman moden ini di Sepanyol seperti yang ada pada Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid.

Tapi mereka menjadi salah satu pasukan yang paling beruntung dalam dekat terakhir di saingan domestik Sepanyol.

Ia selepas mereka berjaya menjulang kejuaraan Copa Del Rey pada Sabtu lalu selepas menewaskan juara bertahan Barcelona dalam final dengan keputusan 2-1.

Bayangkan dekad terakhir di Sepanyol, segala kejuaraan yang ditawarkan di Liga Sepanyol dikuasai oleh tiga serangkai iaitu Real Madrid, Barca dan Atletico.

Valencia musim ini boleh dikatakan mengharungi musim yang baik di bawah kendalian pengurus, Marcelino Garcia Toral.

Ini merupakan musim kedua Marcelino bersama Valencia. Beliau menerapkan falsafah beliau yang tersendiri untuk kembali membangkitkan Valencia daripada musim suram.

Pencapaian di dalam La Liga, Marcelino menyamai rekod musim lepas dengan menduduki tangga keempat musim ini untuk sekali lagi beraksi di saingan UEFA Champions League.

Beliau juga membawa Valencia sehingga separuh akhir Europa League namun tewas di tangan rakan lama beliau yang juga bekas pengurus Valencia iaitu Unai Emery (dewa Europa League).

Dalam Copa Del Rey, Valencia cemerlang berjaya mara ke perlawanan akhir untuk bertemu juara bertahan dan pasukan pilihan iaitu Barcelona.

Biarpun di atas kertas putih, Barcelona di lihat sebelah mata mampu menjulang kejuaraan ini, namun Valencia enggan jadi pasukan lain yang gagal menamatkan dominasi pasukan besar.

Rodrigo dan Kevin Gameiro menjulang Valencia untuk menang dalam perlawanan tersebut sekaligus menjadi kelab pertama dalam tempoh sembilan tahun menjulang Copa Del Rey selain Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid.

Valencia berjaya mencelah di kala bibir ramai pengkritik yang berkata hanya dengan menyertai Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid sahaja pemain mampu menjulang kejuaraan di Sepanyol.

Kapten mereka, Daniel Parejo sudah tentulah merasakan setia bersama Valencia membawa sesuatu yang berbaloi dengan kejuaraan ini. Begitu juga bek kiri mereka, Jose Gaya yang masih terus bersama Valencia.

Kemenangan Valencia juga menunjukkan usaha yang keras tanpa memandang reputasi besar pasukan lawan bakal memberi kejayaan yang membanggakan.

(Layari laman web bolatonjol.com hari ini untuk mendapatkan artikel-artikel santai dan sinikal berfakta tentang bola sepak. Sedap di mata, sedap di hati, sedap di fikiran.)

Nota: Tulisan ini dikongsi oleh saudara Azhan Mohi. Boleh follow FB beliau di sini.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.