20 Mac 1984, lahirlah seorang pemain bola sepak unggul bernama Fernando Torres di bumi Sepanyol.

Sejak kecil Torres sudah mula meminati bola sepak dan sudah bermain dalam kejohanan berhampiran tempat tinggal beliau.

Jiwa beliau bersama Atletico Madrid disemai oleh datuk beliau yang sememangnya meminati kelab Madrid tersebut.

Pada permulaan beliau dalam bola sepak, Torres merupakan seorang penjaga gol. Namun selepas itu beliau ditukarkan menjadi seorang penyerang.

Bayangkan kalau beliau jadi penjaga gol, kita semua mungkin takkan kenal dengan bakat beliau sebagai seorang penyerang.

Pada usia 10 tahun, Torres bermain bersama Rayo 13 yang juga dikenali dengan nama Rayo Vallecano. Beliau menjaringkan 55 gol dalam semusim, fuh betul-betul macam aku main dekat taman dulu masa kecik.

Kualiti yang ada pada beliau membuatkan Atletico Madrid terpukau lalu menjemput beliau untuk percubaan bersama mereka dan Torres lulus. Beliau akhirnya menyertai skuad muda Atletico Madrid.

Tahun 1999, beliau yang baru berusia 15 tahun telah menandatangani kontrak sebagai pemain profesional bersama Atletico Madrid. Kita masa umur 15 tahun masih menghadap PMR.

Mei 2001, Torres akhirnya mencipta debut bersama skuad utama Atletico Madrid ketika bertemu Leganes dan seminggu kemudian menjaringkan gol pertama beliau.

Musim pertama beliau di LA Liga pada musim 2002/03, beliau telah merekodkan 13 gol dalam 29 penampilan. Belasan tahun tapi ada jumlah gol begitu, perghh.

Pada Julai 2003, kita semua tahu ketika itulah baru datang penyokong Chelsea yang agak ramai apabila Roman Abramovich mengambil alih Chelsea.

£28 juta di tawarkan Chelsea kepada Atletico untuk mendapatkan khidmat Torres namun Atletico tenang menolak tawaran tersebut. Nilai tu boleh kata besar masa tu.

Musim kedua di LA Liga, beliau menjaringkan 19 gol pula dan berada di tangga ketiga dalam perebutan kasut emas.

Pada usia 19 tahun, Torres telah dinamakan sebagai kapten Los Rojiblancos. Pengurus Atletico, Diego Someone antara yang pernah berada bawah kaki Torres.

Pada 2007, Torres secara sahnya meninggalkan LA Liga untuk menyertai kelab yang mandul EPL iaitu Liverpool yang dibimbing Rafa Benitez.

Bersama Liverpool, beliau merekodkan 65 gol dan pernah mencipta rekod sebagai pemain asing paling pantas menjaringkan 50 gol dalam EPL.

Torres juga menjadi wira Sepanyol ketika negara tersebut menjulang kejuaraan EURO 2008 dengan berbekalkan corak permainan tiki taka yang menjadi sebutan ramai.

Selain itu, pada 2010 beliau menjadi antara tonggak Sepanyol yang membawa pulang kejuaraan Piala Dunia pertama dalam sejarah mereka.

Pada awal 2011, berita yang tidak mahu didengari penyokong Liverpool kedengaran apabila beliau sah menyertai Chelsea, kelab yang tak habis-habis mahukan beliau sejak di Atletico.

Dekat sinilah Torres dah macam kayu depan gol. Sampai satu masa, dah gelecek De Gea dan gawang gol kosong pun beliau boleh sepak tersasar.

Tapi sekurang-kurangnya beliau dapat lebih banyak piala jika dibandingkan bermain dengan Liverpool. Beliau menjulang UCL dan UEL bersama Chelsea dan satu lagi kejuaraan Eropah bersama Sepanyol.

Dekat Liverpool beliau mandul piala namun dekat Chelsea beliau makin subur cuma jumlah gol beliau makin berkurangan.

Melihatkan prestasi yang semakin merudum beliau mencuba nasib bersama AC Milan namun beliau hilang di sana. Beliau ibarat pelancong, takde sumbangan.

Orang kata cari semula tempat kita naik dan Torres pulang ke bandar Madrid untuk bersama Atletico Madrid semula dan Diego Simeone kini pengurus beliau. Masa cepat berlalu.

Beberapa musim bersama Atletico, Torres dapat sedikit sentuhan gol beliau. Dapatlah beliau bergandingan dengan Antoine Griezmann dan Diego Costa untuk seketika.

Beliau juga akhirnya dapat menjulang kejuaraan bersama Atletico iaitu dengan menjulang kejuaraan UEL pada tahun 2018.

Kelab terakhir Torres merupakan Sagan Tosu di Liga Jepun. Beliau menyertai rakan senegara yang lain ke sana seperti Iniesta dan David Villa.

Sepanyol pada hari ini pasti akan merindui penyerang seperti Torres yang sangat klinikal di hadapan gol. Serangan Sepanyol hari ini tidak segah dahulu kerana tiada penyerang berkualiti.

Keputusan meninggalkan Liverpool sudah semestinya akan dikenang sebagai hari terbaik Torres dengan beliau memiliki kejuaraan.

Rekod :

Piala Dunia sekali, EURO dua kali, UCL sekali, UEL dua kali.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.