Semalam adalah 1 tarikh yang menghibakan buat penyokong Arsenal khususnya peminat Rosicky. Rosicky semalam telah mengumumkan tentang persaraannya dalam dunia bolasepak. Rosicky mendakwa dia tidak lagi mampu bersaing dari segi fizikal untuk bermain bolasepak.

Rosicky telah bermain selama 10 musim untuk Arsenal. Sebelum penghijrahannya ke Arsenal, Rosicky adalah pemain penting untuk Dortmund dan telah menghabiskan 3 tahun bersama Sparta Prague sebelum itu.

Bintang Rosicky mula menyinar ketika dia bermain untuk Dortmund. Dikesan oleh pengurus berbakat yang mampu menukar kayu menjadi berlian iaitu Arsene Wenger, Wenger dengan pantas menyambar Rosicky pada tahun 2006. Seingat kami, proses pembelian Rosicky berlaku sebelum bermulanya Piala Dunia 2006. Tidak perlu menunggu aksinya bersama Arsenal, kami sudah terpikat dengan kelincahannya ketika dia menjadi nadi utama Republik Czech untuk Piala Dunia 2006.

Rosicky bermula gemilang bersama Sparta Prague. Menjulang 2 kejuaraan liga bersama Prague, Rosicky kemudiannya berpindah ke Dortmund dan menjadi Juara Bundesliga pada 2002.

Menyertai Arsenal pada 2006, tidak lama yang perlu diambil Rosicky untuk menjadikannya pemain paling diminati penyokong Arsenal. Namun bintang Rosicky tidak begitu cerah di Arsenal. Dengan polisi gila yang digariskan orang atasan Arsenal ketika itu yang mahukan Arsenal menjual pemain bintang dan menggunakan pemain muda dan mereka yang tidak ternama, Rosicky tidak mengecapi apa-apa kejayaan bersama Arsenal untuk tempoh yang panjang. Lagi menyedihkan, Rosicky telah dijangkiti penyakit yang paling kerap berlaku di Arsenal. Ya, masalah kecederaan boleh dikatakan telah membunuh karier Rosicky di Arsenal.

Sepanjang beraksi 246 perlawanan untuk Arsenal, Rosicky telah menjaringkan 28 gol bersama Arsenal. Semua pasti merindui kelincahan Rosicky, Hleb, Fabregas dan Nasri dalam permainan ala Wenger Ball sekitar tahun 2006-2010. Walaupun Arsenal tidak mempunyai dana dan minyak, Arsenal ketika itu tetap menerapkan permainan yang cantik ditambah pula mereka adalah 1 pasukan yang tetap digeruni di pentas domestik mahupun Eropah.

Merindui atmosfera ketika dia menjadi pemain Arsenal, Rosicky mengakui kudratnya untuk menjadi pemain bolasepak semakin menipis. Dia masih dahagakan hidupnya sebagai pemain bolasepak, namun faktor kecergasan dan umur membuatkan Rosicky mengambil keputusan untuk pencen sebagai pemain.

Selepas menghabiskan 10 tahun gemilang bersama Arsenal, Rosicky menghabiskan kariernya bersama Sparta Prague, kelab yang bertanggungjawab membesarkan dan mencungkil bakat Rosicky. Nama Rosicky mungkin menjadi igauan ngeri buat peminat Spurs. Dia menjaringkan 3 gol dan kesemuanya di White Hart Lane.

Rosicky tanpa berselindung memuji dan menghormati Wenger dan menganggap pengurus lagenda itu mempunyai pandangan yang hebat dalam bolasepak. Dia juga merindui detik-detiknya bersama Arsenal. Baginya dia gembira setiap detiknya bersama Arsenal dan penyokong. Agak malang, Rosicky hanya berjaya menjulang 2 Piala FA bersama Arsenal namun dia bersyukur dia berjaya memenangi sesuatu bersama Arsenal.

“Saya mahu berterima kasih kepada Arsenal. Arsenal satu kelab yang hebat dan ia sesuatu kebanggaan bermain untuk kelab ini. Saya mempunyai perasaan yang istimewa bersama penyokong Arsenal. Mereka menghargai saya. Mereka tahu setiap kali saya bermain, saya bermain sepenuh jiwa saya bersama Arsenal. Saya sentiasa bermain dengan sepenuh jiwa raga saya untuk Arsenal. Bagi saya, ia adelah sesuatu yang sangat dibanggakan apabila menyarung jersi keramat ini. Satu perkara yang tetap tidak akan berubah, saya adalah Gooner sepanjang hidup saya”.

Walaupun mempunyai peluang untuk keluar dari Arsenal sepanjang musim kemarau Arsenal tanpa trofi, Rosicky setia bersama Arsenal. Satu per satu pemain Arsenal pergi, dia tetap bersama Arsenal. 8 tahun tanpa piala mungkin tempoh yang agak lama buat pemain hebat seperti Alexis dan Ozil untuk bertahan di Arsenal namun tidak Rosicky. Bila difikirkan balik bagaimana Alexis melayan Arsenal ketika ini, ia agak memalukan jika dibandingkan dengan bagaimana Rosicky melayan Arsenal. Mungkin sesetengah dari mereka merasakan mereka lebih besar dari Arsenal.

Buat Rosicky idola abang, abang tujukan lirik lagu Nastia ini sebagai penghargaan abang untuk 10 tahun yang hebat di Arsenal.

Bintang malam setia seperti dirimu,
Tetap pudar menghilang tiada gantimu,
Dan ku masih terasa degupan jantungmu,
Tanpamu ku kan rapuh.

XOXO.

Kongsi Artikel Ini

Page Arsenal Paling Top Dekat Malaysia. Kahkah


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.