Tidak dinafikan dalam beberapa musim ini, Terengganu telah mempamerkan peningkatan kualiti mereka dari segi pengurusan pasukan bola sepak mereka.

Mereka telah bertindak drastik pada musim 2018 apabila melakukan rombakan besar-besaran dari segi nama pasukan. Mereka telah menjenamakan skuad mereka kembali.

Nama pasukan T-Team yang sebelum ini menjadi antara pasukan bukan negeri yang memiliki pasukan yang mampu bersaing dengan pasukan negeri juga menerima tempiasnya.

Antara produk T-Team yang berjaya ialah Safawi Rasid yang kini menikmati karier cemerlang bersama JDT dan Norhakim Hassan yang beraksi untuk Perak.

Kini mereka hanya tinggal sejarah dan kini dikenali dengan nama Terengganu II. Bab ni pening sikit lah, gelaran diorang boleh jadi ‘feeder team’, ‘reserve team’, ‘affiliated club’ dan pelbagai lagi lah.

Pasukan negeri Terengganu pula dikenali dengan nama Terengganu Football Club tapi hakikatnya ini sekadar nama dan bukan di alam yang nyata. Nama anak tapi berbinkan bapak yang lain, ha macam mana tu?

Kita lihat JDT Football Club, situasinya berbeza apabila kelab tersebut sememangnya seratus peratus swasta. Mereka memiliki pemilik iaitu Tunku Ismail yang menguruskan kelab tersebut.

Secara dasarnya majoriti saham dalam JDT telah dimiliki Tunku Ismail dan Stadium Larkin pun milik JDT. Tambahan lagi, dah lama kita tak dengar orang sebut Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Perkara tersebut kerana JDT dan PBNJ sudah menjadi entiti berasingan.

Namun ‘kita’ telah diselindungkan dengan kebenaran di sebalik nama Terengganu Football Club. Bila dengar ‘football club’ saja mesti orang dekat Malaysia ni ingat kelab ni dah diswastakan.

Realitinya Terengganu Football Club bukanlah sebuah kelab bola sepak. Ia hanyalah sekadar nama. Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya menukar nama pasukan sahaja.

Kalau benar mereka sebuah kelab yang sudah diswastakan, siapakah pemilik kelab tersebut? Dana tajaan juga hasil daripada kerajaan negeri Terengganu.

Jadi jangan salah faham dengan pengurusan Terengganu. Mereka belum lagi bergelar sebuah kelab bola sepak namun hanya sekadar meletakkan nama sebegitu. Biasalah orang Malaysia, nak nama yang gempak-gempak je.

Tapi aku puji pengurusan Terengganu kerana mereka sudah bertambah baik. Dari segi pemikiran, mereka sudah mula fikir tentang pengurusan fasiliti antaranya dah ada gimnasium sendiri dan dah mula proses nak baiki rumput Stadium Sultan Zainal Abidin.

Harap pengurusan bola sepak Terengganu bertambah baik selepas ini. Moga sebut bola sepak orang akan ingat Terengganu, ni tidak asal Terengganu je keropok lekor.

P/S: Artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis. Bola Tonjol seperti biasa, sentiasa kekal berkecuali dalam hal-hal berkaitan isu ‘deep’ seperti artikel ini.

Nota: Tulisan ini dikongsi oleh saudara Azhan Mohi. Boleh follow FB beliau di sini.

Kongsi Artikel Ini

Anda berminat dalam penulisan tentang bolasepak? Salurkan kekreatifan anda dengan menghantar artikel kepada kami di thebolatonjol@gmail.com


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.