Beberapa hari lalu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq memberitahu media, juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City berminat untuk membeli salah satu pasukan di Liga Malaysia.

Namun bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail kemudiannya menafikan Manchester City berniat untuk membeli satu pasukan di Liga Malaysia.

Sebaliknya pemilik Johor Darul Ta’zim itu menegaskan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif ‘The Citizens’ iaitu Ferran Soriano ke Malaysia adalah untuk membincangkan penajaan bersama CIMB Group.

Syed Saddiq terus mempertahankan kenyataan beliau dengan berkata sekiranya TMJ tidak percaya, beliau bertanya kepada Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan CEO CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul.

Namun TMJ terus cuba mengatakan hal yang sebenar.

“Pertama sekali, anda perlu belajar cara menendang bola dengan betul. Cuba untuk melibatkan diri dalam industri bola sepak demi kelangsungan politik adalah jenaka.

“Cuba mencela dari apa yang saya telah capai di dunia bola sepak adalah seperti ikan badut yang memberi komen mengenai bagaimana seekor ikan jerung boleh berenang dan memburu,” ujar TMJ.

Perkara tersebut menyebabkan ada ajakan untuk Tunku Ismail bermain dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Syed Saddiq dan cabaran tersebut pada awalnya disambut Tunku Ismail.

Namun pada Jumaat, Tunku Ismail seolah – olah memberi bayangan untuk tidak menerima jemputan perlawanan tersebut kerana terlalu terikutkan orang lain kerana populariti.

Tapi apa faedahnya apabila kedua – dua individu besar dalam bola sepak dan sukan negara itu untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan sambil ada cabaran satu lawan satu.

Bukankah lebih baik jika mereka berdua bergabung duduk semeja untuk membincangkan bagaimana untuk memajukan bola sepak di Malaysia ini.

Tunku Ismail memiliki pengalaman sementara Syed Saddiq sudah tentu seorang individu muda yang memiliki banyak idea baru untuk di canang bagi kemajuan bola sepak.

Lagipun siapa yang betul atau salah, kenapa perlu ada yang menafikan kenyataan seseorang. Biarkan masa yang menentukan perkara tersebut sama ada benar atau tidak.

Apa manfaat yang boleh dihadirkan melalui satu perlawanan persahabatan. Jika perlawanan tamat, ia akan tamat disitu sahaja. Tiada perbincangan yang lebih bagus.

P/S: Artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis. Bola Tonjol seperti biasa, sentiasa kekal berkecuali dalam hal-hal berkaitan isu ‘deep’ seperti artikel ini.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.