Dilahirkan di Staffordshire pada 22 Januari 1971, Stan Collymore adalah anak pasangan yang berkahwin campur. Sebab tu kulit dia sawo matang macam orang Melayu. Bapanya kulit hitam Barbados.

Dekat mana Barbados ni? Nama tempat ke? Bukan. Barbados ni nama sebuah negara di kepulauan Amerika Tengah, dekat dengan negara Trinidad & Tobago. Ibunya pula orang kulit putih Inggeris.

Crystal Palace membayar sejumlah £100,000 kepada Stafford Rangers pada Januari 1991 untuk Collymore. Beliau berusia genap 20 tahun ketika itu, dan bermain untuk pasukan Palace di Football League First Division (nama lama EPL).

Debut Gol Collymore hadir bulan September 1991. Beliau jaringkan gol ke atas Queen Park Rangers. Perlawanan ke-9 Football League First Division itu berkesudahan 2-2.

Palace tak nampak Collymore ni boleh jadi Messi, atau setidaknya boleh jadi Wilfried Zaha. Lalu kelab lepaskan Collymore ke kelab yang bermain di Football League Second Division, Southend United.

Semusim di Southend, Collymore menyerlah dengan menjaringkan 15 gol dalam 30 aksi. Lalu kelab Nottingham Forest membeli Collymore dengan harga £2 juta.

Collymore menjaringkan 2 gol untuk Forest kalah 3-4 kepada Bolton Wanderers. Collymore jaringkan 19 gol untuk membantu Forest layak ke EPL di musim 1993/94.

Pada 4 Februari 1995, Collymore menjaringkan gol untuk mengikat Liverpool 1-1 di City Ground (Stadium Forest). Bagaikan terpesona melihat Janna Nick berambut panjang, Liverpool mula menarik minat terhadap Collymore.

“Bekenan bebeno teman” – Yob Tepen, Batu Kurau, Perak

Collymore membantu Forest menamatkan EPL dikedudukan ke-3, lebih baik berbanding Liverpool ditempat ke-4. Collymore jaringkan 22 gol untuk Forest musim itu.

STAN COLLYMORE
NOTTINGHAM FOREST FC
20/03/1995
BU67F22C

Ibarat Elfira Loy yang mendapat rezeki menimang cahaya mata awal, Liverpool mendapat rezeki menimang Collymore dengan bayaran £8.5juta. Amount itu adalah nilai tertinggi di EPL di tahun 1995 itu.

Liverpool menjadi pilihan pengkritik sukan ketika itu untuk menjuarai EPL. Ini disebabkan Blackburn tidak berbelanja besar untuk menambah kekuatan barisan pemain. MU pula selaku naib juara sebelumnya menjual bintang mereka Andrei Kanchelskis ke Everton.

Debut Gol Di Liverpool

Collymore tidak menunggu lama untuk menunjukan harga dibayar kelab ke atasnya amat berbaloi. Perlawanan pertama EPL menentang Sheffield Wednesday, Collymore menunjukkan gelekannya di hadapan Fowler dari bahagian bangku simpanan untuk gol luar kotak di minit 61′.

Collymore membentuk gandingan serangan bersama Fowler dengan gabungan 42 gol untuk keduanya. 28 dari Fowler dan 14 Collymore.

Liverpool menamatkan liga di kedudukan ketiga di belakang MU dan Newcastle. Liverpool tersingkir di pusingan ke-4 Piala Liga di tangan Newcastle. Kalah 0-1 kepada Brondby di pusingan kedua UEFA Cup. Dan lebih perit, kalah perlawanan akhir Piala FA kepada MU.

Budaya ‘Spice Boy’

Musim baru 1996/97, Liverpool tidak membawa penyerang baru bagi menggantikan Ian Rush yang dah bersara. Musim sebelumnya pun Rush hanya beraksi 10 perlawanan, jadi sandaran kekal di bahu Fowler dan Collymore.

Collymore, Robbie Fowler, Jamie Redknapp, David James dan Steve McManaman mula digelar Spice Boy oleh media. Mereka ini menjadi terbuai dengan keseronokan berpakaian dan kereta serba mewah. Malam pergi berparti. Pagi pula tiba lewat ke pusat latihan.

Nasib mereka baik kerana pengurus Liverpool ketika itu adalah Roy Evans. Orangnya terkenal dengan kelembutan. Kalau dapat kat Alex Ferguson, berkicap sorang-sorang kena maki hamun.

Bagi Uncle Roy (Evans), “asalkan aksi di padang baik, Uncle okay jee”. Sebab tu la Liverpool gagal mengekalkan aksi konsisten. Satu masa mendahului liga 5 mata sebelum masuk tahun baru 1997.

Peluang merangkul kejuaraan liga dipersiakan menuju penghujung saingan. Collymore hanya jaringkan 12 gol semusim dan salah satunya adalah dalam satu-satunya kemenangan Liverpool dalam 5 perlawanan terakhir (2-1 ke atas Spurs).

5 mata dalam 5 perlawanan terakhir, meletakkan Liverpool berkongsi sama mata dengan Newcastle dan Arsenal.

Collymore dilepaskan ke Aston Villa dengan nilai £7 juta. Ini selepas Liverpool bersedia untuk mempertaruhkan penyerang yang mula di bawa masuk dari akademi, Michael Owen.

Penutup

Walaupun jodoh Collymore dengan Liverpool sesingkat jodoh Bella Dally dengan Nazim Othman, tetapi penyokong Liverpool tetap tak dapat lupakan 2 gol beliau ke atas untuk Liverpool bangkit mengatasi Newcastle 4-3.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.