Menjelang Bulan Ramadan Al Mubarak ni, elok rasanya kita kaitkan dengan pemain bola sepak islam yang sememangnya dikenali dengan sifat waraq lagi tawaduk..Frédéric Oumar Kanouté merupakan Ikon pemain bola sepak islam yang jelas serta menjadi tauladan dan kebanggaan seluruh peminat bola sepak yang beragama islam.

Mana tidaknya, Frederic Kanoute muncul dengan sisi islam di dalam dan luar padang secara terang-terangan dikala bola sepak hanya lebih berkisarkan tentang hal duniawi. Ketika nama seperti Zinedine Zidane, Hasan Salihamidžić dan beberapa yang lain dipercayai beragama islam tetapi langsung tidak membawa imej islam di dalam dan luar padang, Kanoute hadir dalam imej islamik, menadah tangan sebelum melakukan sepak mula, meraikan jaringan dengan sujud syukur.

Hari ini situasi ini telah pun menjadi kebiasaan, bagaimana kita saksikan oleh Mohamed Salah, Sadio Mane, Naby Keita dan Xherdan Shaqiri di kelab Liverpool contohnya.

Kelab London

Seorang muslim mempunyai cabaran lebih getir terutama menjalani kehidupan di Eropah, sebagai contoh mudah..perasaan takut jika ditangkap khalwat oleh pegawai agama islam seperti JAIS tidak akan berlaku di Kota London tuan-tuan..tak sentuh bab puasa lagi, di Eropah seperti UK mana ada Van Jenazah nak datang angkut orang yang makan secara terbuka dibulan Ramadan.

Kanoute bermain dengan dua kelab London iaitu West Ham United dan Tottenham Hotspurs.

Bersama West Ham, Kanoute bergandingan dengan Paolo Di Canio. Sementara di Spurs, Kanoute bertemu rakan seislam dari Mesir, Ahmed Hossam Hussein Abdelhamid atau kita kenali sebagai Mido.

Sevilla

Lima tahun di England, Kanoute berhijrah ke Sevilla iaitu dimusim panas 2005 dengan harga €6.5 juta.

Kanoute membentuk gandingan serangan bersama Luis Fabiano. Musim pertamanya (2005/06), Sevilla memenangi Piala UEFA (kini Europa) dengan menewaskan Middlesbrough 4-0.

Gandingan Kanoute dan Luis Fabiano sangat menggerunkan dan Sevilla sekali lagi menjuarai Piala UEFA 2006/07, kali ini Espanyol menjadi mangsa mereka, Kanoute jaringkan gol penalti pertama Sevilla untuk menang penalti 3-1 setelah terikat kedudukan 2-2.

Pada 2007, Kanoute bergandingan dengan rakan senegara, Seydou Keita. Sedihnya Keita hanya kekal semusim di Sevilla sebelum berhijrah ke Barcelona.

Kanoute kekal bermain di Sevilla sehingga 2012 dan menghabiskan sisa karier bola sepaknya bersama kelab Liga China, Beijing Guoan.

Mali

Kanoute tidak pernah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Perancis, peluang yang ada digunakan pasukan kebangsaan Mali yang kebetulan dalam persiapan menghadapi Kejohanan Piala Afrika 2004 yang berlangsung di Tunisia.

Kanoute jaringkan 2 gol dalam debutnya untuk Mali menang 3-1 keatas Kenya diperingkat kumpulan B Piala Afrika. Mali mara hingga ke separuh akhir, tewas kepada Maghribi 4-0 dan tewas 2-1 kepada Nigeria dipenentuan tempat ketiga. Kanoute jaringkan 4 gol sepanjang kempen. Kariernya terus meningkat di kelab selepas itu.

Sisi Islam

Kanoute pening memikirkan dalam ingin menjadi muslim yang taat, majikannya Sevilla pula menerima tajaan Syarikat Judi 888.com, nak tak nak Kanoute ralat juga nak pakai jersi Sevilla dengan terteranya jenama Judi ni, Kanoute mula cari sellotape untuk melindung jenama ni kat baju dia..kelab Sevilla serba salah, akhirnya kelab, penaja dan Kanoute setuju bahawa Kanoute tidak perlu terlibat dalam sebarang aktivi promosi jenama tersebut, tetapi perlu terus memakai jersi dengan jenama Judi tersebut.

Habis kontrak 3 tahun jenama 888.com, Sevilla ikat pula tajaan dengan 12Bet..aduhai..

Masjid

Pada 2007, sebuah masjid di Kota Sevilla ingin dijual atas beberapa faktor antaranya jumlah umat islam di sana semakin kurang, Kanoute mendermakan gajinya selama setahun di kelab Sevilla dengan menampung bayaran Masjid terakhir di Sevilla itu.

Palestin

Dalam satu perlawanan antara Sevilla menentang Deportivo La Coruna, Kanoute telah meraikan jaringannya dengan menyelak bajunya bagi memaparkan solidariti kepada Palestin yang kita semua ketahui hingga hari ini ditindas oleh Israel laknatullah.

Asbab tindakan ini, Konfederasi Bola Sepak Sepanyol (REF) telah mendenda Kanoute sebanyak €3ribu atas dakwaan memasukkan unsur politik dalam bola sepak, padahal ianya lebih dari sebuah politik. Pengurus Barcelona ketika itu, Pep Guardiola antara individu yang menyokong tindakan Kanoute atas dasar kemanusiaan dan walaupun berbeza agama dengan Kanoute dan orang Palestin sendiri. “Jika saya jadi dia (Kanoute), saya juga akan melakukan tindakan yang sama (memaparkan Palestin sebagai tanda sokongan)”.

Puasa

“Saya bersyukur kerana di Sepanyol, biasanya perlawanan bola sepak berlangsung pada waktu malam”, Kanoute juga mengatakan kelab begitu faham keadaannya sebagai penganut islam yang perlunya berpuasa, jadinya di siang hari, kelab akan memberi sedikit keringanan kepada Kanoute ketika menjalani latihan.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca Bola Tonjol.

(Layari laman web bolatonjol.com hari ini untuk mendapatkan artikel-artikel santai dan sinikal berfakta tentang bola sepak. Sedap di mata, sedap di hati, sedap di fikiran.)

Sumber:
KisahMuallaf.Wordpress.Com – Frederic Kanoute Muslim Di Luar Dan Dalam Lapangan
FootballTribe.Com – Jalan Islam Frederic Kanoute

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.