Pesanan: Awas, artikel ini mungkin sedikit mengelirukan, sepertimana kita keliru dengan pemenang FA Cup 2017 yang tidak layak ke UEFA Champion League 2018. Pengurusnya pula masih memegang jawatan dan dilanjutkan kontrak selama 2 tahun pada Jun 2017, meskipun mendapat tempat ke 5 Premier League.

Anda keliru? Usah risau, kerana sekiranya anda keliru, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.

Arsenal kepunyaan siapa sebenarnya?

Pemilikan Arsenal FC agak berbeda ya berbanding kelab-kelab lain di Premier League. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat, Arsenal Holdings Public Limited Company (Arsenal Holdings plc, atau AFC). Saham AFC didagangkan di NEX Exchange, iaitu sebuah pasaran saham khusus untuk market yang spesifik di London.

AFC memiliki pelbagai perniagaan, termasuklah segala perniagaan berkaitan bolasepak, pemaju pembinaan, operasi Stadium Emirates, pengurusan perlawanan bola sepak, penyiaran, runcit dan perlesenan, serta jual-beli pemain. Anak-anak syarikat AFC turut terlibat dalam bidang perniagaan pelaburan, kewangan, bola sepak wanita dan operasi komersial.

Siapakah pemegang saham AFC, merangkap Arsenal FC?

Diringkaskan cerita, AFC yang memiliki Arsenal dimiliki oleh pemegang saham terbesarnya iaitu STAN KROENKE sejak tahun 2011. Stan Kroenke, 69 atau dikenali sebagai ‘The Silent Stan” kerana seorang yang low profile dan tidak gemar berhadapan dengan media, memegang 67% pegangan saham kepemilikan Arsenal.

Di sebalik sifat low-profile beliau, Pak Stan Kroenke ialah taikun perniagaan Amerika yang memiliki Denver Nuggets (sebuah kelab professional Bola Keranjang, NBA, USA), Colorado Rapids (Liga MLS, USA), dan juga empayar sukan dan hiburan Kroenke.

Pemegang saham AFC kedua terbesar pula ALISHER USMANOV, berusia 63 tahun dengan pegangan saham berjumlah 30.5% sejak 2007. Seorang ahli perniagaan Russia dengan pelbagai kepentingan perniagaan dalam bidang pembuatan besi, telekomunikasi, perlombongan dan pelaburannya dianggarkan berjumlah sekitar £11.2bn.

Karakter Usmanov begitu kontra sekali ya sekiranya dibanding sama Silent Stan. Gemar muncul di media, dan memiliki kapal layar terbesar di dunia, Usmanov sememangnya agak tegang hubungannya dengan Silent Stan.

Manakala baki 2.5% lagi dimiliki oleh Arsenal Trust Fans, dan sebagai penyokong Arsenal, anda bisa membeli saham kelab kesayangan anda. Saham AFC didagangkan sekitar £18,000 buat masa sekarang, yakni bersamaan dengan RM98,000 sesaham di pasaran NEX Exchange.

(bersambung)

Kongsi Artikel Ini

Bermindset kapitalis dan tidak akan berbelanja melainkan ada pulangan yang dijanjikan. Seorang pelabur tegar yang mengidolakan The Silent Stan Kroenke.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.