Takumi Minamino secara rasmi menyertai Liverpool dari Red Bull Salzburg dengan nilai klausa pelepasan £7.25 juta. Pemain Jepun ini hanya boleh digunakan bermula Januari 2020 iaitu ketika tingkap perpindahan musim sejuk dibuka.

Takumi Minamino merupakan pemain ke-9 dari Jepun yang berpeluang beraksi untuk kelab EPL, siapa 8 pemain Jepun sebelumnya?

1. Junichi Inamoto

Inamoto menjadi pemain pertama Jepun yang bermain di EPL, beliau menyertai Arsenal dari kelab Gamba Osaka secara pinjaman pada jendela perpindahan musim panas 2001, Inamoto hanya berpeluang diturunkan pada perlawanan Piala Liga sahaja, beliau dipinjamkan ke Fulham pada musim 2002/03, Inamoto tampil 19 perlawanan liga (EPL) dan menjaringkan 2 gol.

Musim kedua di Fulham, Inamoto terus mendapat kepercayaan Chris Coleman dan membantu Fulham berada dikedudukan liga lebih baik iaitu dikedudukan ke-9 berbanding musim sebelumnya ditempat ke-14. Musim seterusnya Inamoto dibeli kelab West Brom dengan harga £200 ribu, Inamoto bergelut dengan kecederaan dan dipinjamkan ke kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City.

Inamoto tinggalkan West Brom ketika kelab sah tersingkir ke Liga kejuaraan pada 2006, Inamoto berhijrah ke Liga Turki dengan menyertai kelab Galatasaray. Hari ini pada usia 40 tahun, Inamoto masih bermain bola sepak, kelab yang beliau wakili ketika ini adalah SC Sagamihara, kelab yang bermain di Liga division 3 Jepun.

2. Kazuyuki Toda

Nama Kazuyuki Toda kurang didengari, mungkin kerana aksinya yang terhad di EPL disamping beliau tidak lama bermain di Eropah. Toda sertai Tottenham Hotspurs pada 2004 secara pinjaman dari kelab Shimizu S-Pulse, usianya ketika itu adalah 25 tahun. Toda hanya tampil 4 perlawanan, Shimizu S-Pulse meminjamkan pula Toda ke kelab Belanda, ADO Den Haag, beliau tampil 16 perlawanan di Eredivisie dan pulang semula ke Jepun dengan menyertai kelab Tokyo Verdy.

3. Hidetoshi Nakata

Pemain yang lama beraksi di Liga Itali ini sempat bermain di EPL secara pinjaman dari Fiorentina. Nakata menyertai Bolton Wanderers pada 2005. Nakata menjadi pemain penting Bolton mengharungi musim 2005/06, beliau tampil lebih 20 perlawanan liga semusim, namun diakhir tempoh pinjaman ini, Nakata membuat keputusan mengejut dengan memilih untuk bersara dari bermain bola sepak pada usia baru 29 tahun.

Selepas bersara, Nakata menceburi bidang perniagaan dengan membuka Kafe selain menjadi model pakaian lelaki separuh masa. Dalam kenyataannya, Nakata menegaskan keputusannya untuk bersara diusia belumpun 30 kerana merasakan tiada lagi keseronokkan bermain bola sepak selain memandang bola sepak moden lebih kepada wang semata-mata dan tiada lagi nilai “passion”.

4. Ryo Miyaichi

Miyaichi sah menjadi pemain Arsenal selepas berjaya memikat Pengurus Arsene Wenger semasa sesi percubaan pada 2010, Miyaichi mengikat kontrak bersama Arsenal pada Januari 2011 dan Arsenal tidak berlengah untuk terus meminjamkan Miyaichi ke Feyenoord bagi memberikan lebih pendedahan bermain di Eropah. Ini kerana Miyaichi yang ketika itu baru berusia 18 tahun, datang dari Chukyo University Chukyo High School yang mana ianya bukanlah kelab profesional di Jepun.

Selepas tamat musim 2010/11, Miyaichi pulang ke pangkuan Arsenal dan banyak terlibat dengan pasukan simpanan Arsenal, Miyaichi akhirnya dipinjamkan ke Bolton Wanderers pada Januari 2012, debut EPL tiba buat Miyaichi pada 25 Februari 2012 pada perlawanan EPL menentang Chelsea. Sebelum itu beliau terlibat dalam perlawanan Piala FA.

Arsenal tidak mahu memerap Miyaichi lama, beliau segera dipinjamkan pula ke Wigan Athletic pada musim panas 2012. Malangnya, Miyaichi tidak dapat beraksi lebih lama kerana terlibat kecederaan dan Wigan segera dipulangkannya ke Arsenal.

Miyaichi membuka jadual musim 2013/14 dengan tampil dalam perlawanan kelayakan UCL berdepan Fenerbahce, Miyaichi juga akhirnya diberikan debut EPL buat Arsenal. Arsenal akhirnya meminjamkan beliau ke kelab Belanda (FC Twente) dan melepaskannya secara rasmi ke St. Pauli pada 2015.

5. Shinji Kagawa

Tampil terbaik bersama Borussia Dortmund, Kagawa telah menarik perhatian bekas gergasi EPL, Manchester United. Kagawa sah menandatangi kontrak bersama MU pada musim panas 2012. Berbeza dengan nasib rakan senegara yang lain, prestasi Kagawa tidak mengecewakan, mungkin pengalaman yang beliau ada di antara liga terbaik Eropah iaitu Bundesliga meletakkan Kagawa tiada masalah untuk tampil dengan aksi terbaik

Kagawa tampil hantrik pada Mac 2013, kemenangan 4-0 MU keatas Norwich meletakkan beliau pemain Jepun pertama mencipta Hatrik di EPL, tamat musim MU ditabalkan selaku Juara EPL dan tentunya Kagawa juga menjadi pemain Jepun pertama menjulang Trofi EPL.

Hanya 2 musim, Kagawa kembali semula ke Borussia Dormund ketika MU tidak lagi diuruskan oleh Sir Alex Ferguson, Oh ya Kagawa adalah antara pemain yang merasai frasa bertukaran Pengurus dimana zaman penghujung Alex Ferguson dan kendalian David Moyes sebelum dipecat dan digantikan dengan Louis van Gaal.

6. Maya Yoshida

Southampton membayar VVV Venlo £3 juta untuk Maya Yoshida pada musim panas 2012. Jika Kagawa menjadi pemain Jepun pertama menjaringkan hatrik dan mengucup kejuaraan EPL, Yoshida pula mencipta rekod pemain Jepun pertama tampil dengan lebih 30 perlawanan EPL semusim, beliau beraksi 32 perlawanan untuk Soton dimusim 2012/13.

Malangnya musim berikutnya Yoshida banyak menghabiskan masa dibangku simpanan setelah kedatangan Dejan Lovren dari Lyon, Pengurus Mauricio Pochettino menggandingkan Lovren dengan Fonte. Yoshida hanya tampil 8 perlawanan EPL.

Musim berikutkan, selepas penghijrahan Lovren ke Liverpool, Yoshida kembali mendapat tempat lebih kerap dikesebelasan utama, sesekali Pengurus Ronald Koeman melakukan pertukaran dengan Toby Alderweireld yang tiba selaku selaku pemain pinjaman Tottenham. Dipendekkan cerita, selepas lebih 7 tahun, Yoshida masih bermain untuk Southampton dan telahpun beraksi sebanyak 179 perlawanan keseluruhan, menjadikannya pemain Jepun paling banyak beraksi di kelab liga tertinggi England.

7. Shinji Okazaki

Musim panas 2015, Leicester City telah berjaya membawa masuk Shinji Okazaki dari Mainz dengan harga £7 juta. Okazaki menjadi pemain penting Leicester dengan tampil 36 perlawanan EPL musim pertamanya, Leicester yang mencipta kisah dongeng dengan memenangi EPL sekaligus Okazaki merupakan pemain kedua Jepun yang pernah menjulang Trofi EPL selepas Kagawa di MU.

Nama Okazaki terus diingati sebagai salah seorang pemain terbaik skuad serba sederhana Leicester kendalian Claudio Ranieri bersama pemain yang tidak ternama yang lain (ketika itu) seperti Jamie Vardy, N’golo Kante, Danny Drinkwater dan Riyad Mahrez. Okazaki akhirnya berpisah dengan Leicester musim panas lalu secara percuma selepas tamat kontrak, beliau mencatatkan 139 perlawanan dengan sumbangan 9 gol. Beliau menyertai Malaga di La Liga, Malangnya selepas menyelidik purata gaji Okazaki, Malaga terpaksa meneruskan hasrat untuk menandatanginya, akhirnya Okazaki memilih kelab Division 2 Sepanyol, SD Huesca sebagai Majikan baru.

8. Yoshinori Muto

Selepas Mainz melepaskan Shinji Okazaki, Yoshinori Muto dibawa masuk ke Mainz sebagai pengganti Okazaki. Selepas 3 musim, Muto dipancing Newcastle United pada musim panas 2018, Muto sempat tampil 1 perlawanan buat Jepun dipentas Piala Dunia 2018 (perlawanan terakhir kumpulan menentang Poland).

Musim pertama, Muto berebut tempat dengan Salomon Rondon, Joselu dan Ayoze Perez, beliau tampil 17 perlawanan. Musim ini selepas 17 perlawanan, Muto berebut tempat pula dengan Penyerang utama dari Brazil, Joelinton dan 2 Penyerang tempatan, Andy Carroll dan Dwight Gayle. Muto telah tampil 6 perlawanan Liga, hanya sekali sebagai kesebelasan utama.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.