Szombathely terletak bersempadan dengan Austria disebelah Barat, lokasinya sejauh 220km dari Ibu Kota Hungary, Budapest disebelah Timur. Disinilah tempat kelahiran si pemilik nama Gábor Király.

Kiraly bermula dengan kelab bola sepak dikampung halamannya, Szombathelyi Haladás. Pada 1997, ketika Kiraly berusia 21 tahun, beliau dilamar kelab Bundesliga, Hertha BSC Berlin. Kiraly mulanya diletakkan sebagai penjaga gol pilihan kedua selepas Christian Fiedler, senasib dengan rakan senegaranya, Lajos Szűcs di kelab Kaiserlautern. Namun selepas Hertha gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 7 perlawanan awal, Jurulatih Jürgen Röber memilih Kiraly dan peluang diberikan tak dipersiakan.

Kiraly membantu Hertha kekal di Bundesliga dengan menghuni tangga 11, 5 mata dipisahkan dengan zon penyingkiran. Kiraly terus menggalas tugas selaku penjaga gol utama Hertha, membantu Hertha menghabiskan musim 1998/99 ditempat ketiga Bundesliga, sekaligus layak bermain dalam kelayakan pusingan ketiga UCL 1999/00.

Kiraly merupakan penjaga gol dimana Hertha BSC melalui zaman kegemilangan bermain dipentas Eropah. Musim 1999/00, Hertha menamatkan Bundesliga ditempat ke-6 dan layak bermain di Piala UEFA dan mara sejauh pusingan ketiga (tewas kepada Inter 2-1). Hertha BSC ketika itu dibarisi pemain seperti Sebastian Deisler, Dariusz Wosz, Thomas Helmer, Dárdai Pál, Sergei Mandreko, Ali Daei, Tony Sanneh dan Andreas Thom.

Sepanjang karier Kiraly selaku penjaga gol utama Hertha, kelab yang berpengkalan di Ibu Kota Jerman ini adalah muka tetap dipentas Eropah.

1998/99 – Layak beraksi ke pusingan kelayakan UCL
1999/00 – Mara sejauh Second Group Stage UCL / Layak bermain di Piala UEFA pusingan pertama
2000/01 – Mara sejauh pusingan ketiga Piala UEFA (kalah kepada Inter 2-1) / Layak bermain di Piala UEFA pusingan pertama
2001/02 – Mara sejauh pusingan keempat Piala UEFA (kalah kepada Boavista) / Layak bermain di Piala UEFA pusingan pertama
2002/03 – Kalah kepada Groclin dipusingan Pertama Piala UEFA / Layak bermain di Piala UEFA pusingan pertama

Carta diatas jelas menunjukkan konsistennya Hertha ketika Kiraly adalah tonggak utama selaku pemain terakhir dibenteng pertahanan. Kiraly juga telah dipilih dalam ‘Squad of Century’ pada 2003 ketika ulang tahun ke-111 kelab.

Langit Tak Selalu Cerah

Musim 2003/04, ketika Hertha melantik Hans Meyer selaku Pengurus baru, Kiraly disisihnya. Fiedler kembali mengambil tempatnya selaku penjaga gol utama yang hilang sejak kedatangan Kiraly 6 tahun yang lalu. Hasilnya tak kemana, Hertha bergelut untuk kekal di liga. Kelibat seluar panjang kelabu yang tidak lagi kelihatan dipadang menandakan tiada juga Tuah buat Hertha. Kiraly hanya bermain selama 14 minit dalam 34 perlawanan semusim, itu ketika perlawanan terakhir liga berdepan FC Koln, kelab sama ketika Kiraly melakukan debut.

Daripada muka tetap pentas Eropah, Hertha terpelosok ke tangga 12, 7 mata dari Zon Penyingkiran. Kiraly dipenghujung kontrak dan diberi pilihan jika ingin sambungan kontrak, dia harus korbankan gajinya dengan setuju untuk menerima pemotongan gaji, sudahlah posisinya selaku penjaga gol utama terancam, apa yang Kiraly nampak inilah masanya untuk berkelana keluar. Akhirnya Kiraly memilih menyertai kelab yang baru naik ke EPL, Crystal Palace sebagai destinasi baru.

Crystal Palace

Cyrstal Palace memperkuatkan skuad selepas berjaya promote ke EPL, Kiraly dibawa masuk bersama seorang lagi penjaga gol, Julain Speroni yang dibawa dari kelab Dundee (Scotland). Kiraly berada dalam perancangan selaku penjaga gol kedua selepas Speroni, tetapi prestasi yang teruk ditampilakan penjaga gol dari Argentina itu telah memaksa Pengurus, Iain Dowie meletakkan Kiraly selaku penjaga gol utama. Lebih kurang cerita ketika dia mula sertai Hertha dahulu.

Kiraly tampil sebanyak 32 perlawanan, Cyrstal Palace tidak berjaya untuk kekal di EPL, tidak kalah dalam 4 perlawanan terakhir liga tetap tidak dapat menghalang untuk kembali ke Liga Kejuaraan.

Kenapa Kiraly Memakai Seluar Panjang Dan Mengapa Warna Kelabu?


Kata Kiraly “Pada satu hari jumaat, saya diberitahu oleh ‘Kitman’ yang mana seluar hitam yang sepatutnya saya akan pakai untuk perlawanan esok masih belum dibasuh”. Kiraly cemas dan fikir macam mana nak settle hal seluar ni..tiba-tiba dia nampak seluar yang ada kat tangan dia, seluar panjang kelabu. Dalam keadaan dadurat macam ni pakai je la mana ada, lagipun dalam kepala Kiraly hanya fikir apa salahnya pakai untuk satu perlawanan, tiba-tiba kejadian spontan itu memberikan dia aura keyakinan dipadang, Kiraly berasa tampil lebih meyakinkan beraksi dipadang dengan gaya seluar panjang kelabunya, aura dia lain macam-macam..

“Aura dia lain macam”

Dari hari ke hari, Kiraly begitu yakin yang mana prestasinya dipadang dipengaruhi oleh seluar kelabunya.

Mungkin Tuah Seluar Panjang Kelabu Hanya Kepercayaan Karut?

Mungkin ada yang berpandangan, ‘Tuah’ seluar panjang warna kelabu yang dikenakan Kiraly hanya kepercayaan tahyul. Sedangkan kalaupun Kiraly pakai seluar pendek dan apapun warnanya ianya tidak kaitan dengan prestasinya.

Tetapi sebenarnya Kiraly pernah cuba untuk mengenakan seluar pendek seperti kebiasaan penjaga gol lain. Peristiwa ini berlaku pada tarikh 19 Mac 2005, perlawanan Liga Perdana ke-30 antara Palace berdepan Chelsea di Stamford Bridge. Mungkin disebabkan seluar pendek itu, dia telah melepaskan gol mudah dengan cara nutmeg oleh rembakan Mateja Kezman.

“Saya tak dapat lupakan betapa teruknya saya bermain hari itu (dengan berseluar pendek)”

Seluar Panjang Kelabu Di Piala Eropah

Kiraly merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan Hungary sejak melakukan debut pada 1998. Hungary yang merupakan pasukan kuat era Ferenc Puskas, mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1954. Skuad kebangsaan Hungary mengalami zaman kejatuhan ditahun 1990-an dan 2000-an. Hungary akhirnya berjaya kembali ke pentas Piala Eropah pada edisi 2016, ianya pentas pertama sejak kelai terakhir Hungary bermain di Piala Eropah pada edisi 1974.

Errr geram je tengok Kiraly ‘pose’ dengan seluar kelabu dia..haha

Hungary membuka tirai perlawanan dengan menang 2-0 mengatasi Austria. Dan Kiraly adalah penjaga gol yang berjaya melakukan clean sheet perlawanan pembukaan tersebut.

Hungary seri 1-1 kepada Iceland dan mengikat Portugal 3-3 perlawanan terakhir kumpulan sekaligus mara ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan dengan 5 mata.

Kiraly mengumumkan persaraan selepas Hungary menamatkan perjuangan dipentas Piala Eropah selepas tewas 4-0 kepada Belgium dipusingan 16.

Satu perlawanan khas dilangsungkan sebagai menghargai jasa Kiraly selama 18 tahun beraksi untuk skuad kebangsaan Hungary dengan 102 penampilan. November 2016, Hungary bertemu Sweden dan Kiraly bermain selama 30 minit, Hungary tewas 2-0.

Membuka Laman Web Dan Jual Seluar Kelabu Atas Talian

Dek kerana seluar kelabu dah sebati dengan dirinya, Kiraly telah membuka satu laman web khas untuk menjual seluar kelabu secara atas talian.

Bersara

Haladas (1993 hingga 1997)
Hetha BSC Berlin (1997 hingga 2004)

Crystal Palace (2004 hingga 2006)
Aston Villa (2006 hingga 2007)
Burnley (2007 hingga 2009)
1860 Munich (2009 hingga 2014)

Fulham (2014 hingga 2015)
Haladas (2015 hingga 2019)

Terima Kasih Gabon Kiraly ‘Si Seluar Kelabu’ kerana pernah mewarnai pentas bola sepak, tanpa anda tentunya bola sepak dimainkan penuh formal tanpa warna warni.

TAMAT

Sumber: sportbible.com – football reactions legends take a bow the reason why gabor kiraly wore those grey trackie bottoms.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.