Juventus sudah pun memperkenalkan jersi baru mereka bagi musim hadapan. Ini sekaligus mengesahkan rekabentuk jersi yang pernah dibocorkan di dalam internet sebelum pelancaran ini.

Juventus (dan Adidas juga) ternyata telah mengenepikan tradisi turun temurun datuk nenek dalam jersi mereka kali ini. Jersi Juventus musim 2019/20 bakal menyaksikan tiada lagi corak jalur hitam putih yang dipegang teguh oleh kelab sejak tahun 1903.

Di bahagian depan, ianya memaparkan separuh putih di sebelah kanan, dan separuh hitam di sebelah kiri, dengan jalur nipis menegak berwarna merah jambu di antara kedua-dua blok warna tersebut. Jalur warna pink ni adalah sebagai simbol penghormatan kepada warna asal jersi kelab.

Konsep yang sama digunakan di bahagian belakang jersi. Cumanya ada ditambah satu blok warna hitam melintang di atas kedua warna-warna ni tadi. Tujuannya blok hitam melintang ini adalah bagi memudahkan nama dan nombor pemain kelihatan jelas terpampang.

Jersi ini telah pun dipakai semasa perlawanan menentang AS Roma pada Ahad lepas. Seperti yang kita sedia tahu, kelab Turin tersebut tersembam 2-0.

Jersi baru Juventus kali ni juga telah ditroll pelbagai pihak. Antaranya kelab Fulham dalam sebuah hantaran tweet yang telah dipadamkan. Dalam masa yang sama juga, penyokong Juventus juga tak dapat menerima perubahan yang dilakukan kelab dan Adidas.

Dalam sebuah pendedahan dilakukan oleh laman web Football Italia, tujuan perubahan ini dilakukan adalah supaya peminat mereka di Amerika Syarikat tidak menyamakan jersi Juventus dengan pakai pengadil sukan ‘baseball’ dan ‘American Football’.

Jadinya, Juventus berharap dengan perubahan ini, jersi mereka akan jadi lebih popular di sana. Senang cerita, perubahan ini adalah bertujuan komersial semata-mata.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut mereka kecewa dengan jersi kelab kesayangan mereka.

Sebelum ini, reka bentuk jersi Juventus mengembalikan kotak hitam berwarna hitam sebagai latar belakang perkataan penaja mereka Jeep. Ini seolah-olah mencemar tradisi jalur hitam putih jersi Juventus. Penyokong Juventus nampak warna jalur hitam atas jersi tu dah serupa huruf ‘H’.

(Layari laman web bolatonjol.com hari ini untuk mendapatkan artikel-artikel santai dan sinikal berfakta tentang bola sepak. Sedap di mata, sedap di hati, sedap di fikiran.)

Kongsi Artikel Ini

Sebuah Page Bola Yang Melangkah 786,025 Ke Hadapan


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.