Beberapa hari sebelum sepak mula musim baru Serie A 2019/20 membuka tirai, tular berita senarai jumlah tajaan kelab bola sepak di Serie A. Tapi yang menarik perhatian adalah kelab yang menerima tajaan tertinggi, kelab yang dimaksudkan adalah US Sassuolo.

Kelab ini musim lalu menduduki tempat ke-11 liga Serie A. Apa yang membuatkan kelab ini dapat tajaan yang begitu besar?

Sassuolo sebenarnya dinaungi oleh orang Korporat, Giorgio Squinzi namanya. Si Giorgio ini bukanlah lahir dari anak orang kebanyakan seperti Tan Sri Dato’ Seri Syed Mokhtar. Beliau adalah anak kepada Rodolfo Squinzi.

during the Serie A match between US Sassuolo Calcio and FC Internazionale Milano at Mapei Stadium – Città del Tricolore on May 14, 2016 in Reggio nell’Emilia, Italy

Rodolfo Squinzi ini pula adalah pengasas Syarikat MAPEI. Syarikat yang pada mulanya memasarkan Cat untuk keperluan bangunan, pejabat dan hospital sekitar Kota Milan pada era 1930-an.

MAPEI itu sendiri membawa maksud ‘Materiali Ausiliari Per l’Edilizia e l’Industria’ atau bahan tambahan untuk bangunan dan industri. Lama kelamaan syarikat ini berkembangan kepada produk bahan binaan seperti Simen, Batu, Kontrit dan segala bahan yang digunakan dalam pembinaan bangunan.

Tajaan

Kisah MAPEI menaja kelab Sassuolo sama jalan cerita dengan kelab Inter bersama tajaan Pirelli dan juga kelab Chievo Verona dengan tajaan Paluani. Dimana tajaan oleh orang kuat kelab sendiri. Jadi Giorgio Squinzi iaitu pemilik Syarikat MAPEI ketika ini, merupakan President kelab US Sassuolo.

Tajaan Selain Bola Sepak

MAPEI bukan hanya fokus kepada kelab Sassuolo semata-mata, jenama ini juga terlibat dalam menaja pasukan berbasikal MAPEI yang melahirkan pemain berbasikal seperti Tony Rominger, Abraham Olano, Johan Museeuw, Frank Vandenbroucke, Andrea Tafi, Michele Bartoli dan Paolo Bettini.

MAPEI juga terlibat dalam tajaan sukan permotoran iaitu NASCAR.

FORT WORTH, TX – NOVEMBER 08: Robby Gordon, driver of the #7 MAPEI/Menards Toyota, pits during the NASCAR Sprint Cup Series Dickies 500 at Texas Motor Speedway on November 8, 2009 in Fort Worth, Texas. (Photo by John Harrelson/Getty Images for NASCAR)

Stadium MAPEI

Sassuolo bermain di Stadio MAPEI, nama ini dibayar oleh syarikat MAPEI sendiri seperti mana nama Stadium Allianz milik Juventus, Stadium Etihad (Manchester City), Stadium Emirates (Arsenal) Wanda Metropolitano (Atletico Madrid) sebagai contoh. Tetapi yang menjadi isu disini dimana nama stadium diatas adalah stadium milik kelab itu sendiri, sedangkan Stadio MAPEI dikongsi bersama kelab Sassuolo dan Reggiana.

Ketika nama ini digunapakai secara rasmi bermula 2013, ramailah penyokong tegar Reggiana tidak berpuas hati dengan nama baru stadium yang berunsurkan Kapitalisma, padahal zaman ni nak ‘survive’ memang la kena ada dana, tak kan nak demi lencana didada semata-mata.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.