Nike secara rasminya telah melancarkan set kit (‘home’) baru bagi musim 2019/20 buat Chelsea Darul Hebat Al-Abramovich.

Bagi jersi Chelsea musim depan, rekaannya mengambil insipirasi daripada Stamford Bridge, yang merupakan satu arena cukup bersejarah lagi bermakna buat kelab yang hebat ini. Stamford Bridges sudah menjadi tuan rumah kepada Chelsea semenjak 1905. Tun Mahathir pun tak lahir lagi masa tu.

Antara konsep Stamford Bridge pada jersi terbaru Chelsea ini adalah corak di atas latar belakang warna tradisi biru. Gabungan imej West Stand, East Stand, Shed End dan juga Matthew Harding Stand menjadi seolah-olah grafik abstrak yang super ohsem.

Jersi ni berkolar V. Dengan belakangnya pula ada jalur pendek melintang merah. Di sebelah dalamnya pula mempunyai imej Singa logo kelab, dengan tulisan “Pride of London” mengelilinginya.

Ini merupakan musim ketiga Nike membekalkan kit kepada Chelsea. Kerjasama Nike dan Chelsea telah bermula sejak musim 2017/18 bagi kontrak selama 15 musim. Jumlah keseluruhan kontrak bernilai £900 juta. Atau £60 juta semusim.

Skuad Chelsea dijangka memakai kit baru ni pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang terakhir di Stamford Bridge bagi musim ni, iaitu ketika menentang Watford pada 5 Mei.

Oh ya, semasa pelancaran ni, Eden Hazard menjadi figura utama memperagakan kit baru Chelsea. Jadinya, ada suara-suara geng Blues mengatakan ini merupakan “hint” yang dia bakal kekal di Stamford Bridge musim depan.

Kita tengok macam mana ya.

(Layari laman web bolatonjol.com hari ini untuk mendapatkan artikel-artikel santai dan sinikal berfakta tentang bola sepak. Sedap di mata, sedap di hati, sedap di fikiran.)

Sumber: N

Kongsi Artikel Ini

Sebuah Page Bola Yang Melangkah 786,025 Ke Hadapan


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.