Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! Marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan.

Nampaknya Liga Malaysia sekali lagi tetap berjalan ketika bulan Ramadhan menjelma. Pelbagai reaksi daripada para penyokong tentang situasi ini.

Ada yang bersetuju dengan berlangsungnya liga ketika Ramadhan namun tak kurang juga yang membangkang perkara tersebut.

Dalam entri ini, aku akan kupaskan implikasi yang bagus dan tidak bagus apabila Liga Malaysia musim ini dijalankan ketika bulan puasa.

Positif !

1. Perjalanan Liga Tidak Terganggu

Kebiasaannya kalau liga berehat untuk tempoh sebulan lebih, pasukan akan sukar mencari prestasi terbaik mereka setelah liga berlangsung selepas sebulan tidak beraksi.

Bayangkan sebulan tanpa aksi kompetitif, sudah tentu pemain perlukan masa untuk kembali mendapatkan rentak permainan mereka. Perkara tersebut mengambil masa dan boleh menjejaskan pasukan.

2. Bagus Untuk Harimau Malaya

Kita sedia maklum, persembahan skuad kebangsaan Malaysia yang lemau macam biskut ketika kejohanan Piala Airmarine telah menyebabkan kita dihantar ke lembah negara bawahan.

Oleh sebab ranking kita rendah, Malaysia ditarik untuk beraksi di pusingan awal kelayakan Piala Dunia 2022 dengan aksi bertemu Timor Leste telah dijadualkan pada Hari Raya.

Jadi korang bayangkan kalau Liga Malaysia tak beraksi sebulan dan pada awal Aidilfitri nanti kita sudah ada perlawanan penting, pemain mana yang mahu Tan Cheng Hoe pilih?

Walaupun kita tahu Zaquan Adha, Akram Mahinan akan tetap dipilih Cheng Hoe, tapi tetap akan ada pemain baru yang mempamerkan prestasi terbaik dalam sebulan ini akan dipanggil.

Prestasi pemain dalam masa sebulan ini penting untuk penilaian Cheng Hoe. Tambahan pula, nanti semasa latihan kebangsaan, para pemain tak perlu buat latihan yang lebih untuk dapatkan ‘match fitness’.

Mereka sudah beraksi dalam Liga selama sebulan dan sudah tentu mereka masih ada stamina dan kerap bermain.

Jika Liga Malaysia tidak berjalan, pemain – pemain tiada perlawanan kompetitif sebelum mewakili aksi skuad negara dan oleh kerana dekat dengan Raya, pasti ketupat palas dan lemang Tok Ki banyak dalam perut pemain.

Negatif !

1. Kehadiran Penyokong

Kalau bulan biasa pun penyokong susah untuk memenuhi stadium macam dekat Stadium Larkin , jangan bermimpilah untuk full house pada bulan Ramadhan nanti.

Sudah tentu penyokong akan penat pada bulan puasa ini. Balik kerja, mereka bersiap untuk berbuka dan seterusnya menunaikan solat terawih.

Nak pergi ke stadium dah jadi penat pula nanti. Tambah lagi perlawanan mula pukul 10 dan tamat pun mestilah lambat. Hari esoknya pula nak pergi kerja semula.

2. Pendapatan Pasukan Sedikit Terjejas

Selain wang tajaan, wang perolehan hasil jualan tiket perlawanan juga menjadi sumber pendapatan pasukan di Liga Malaysia. Sekiranya situasi di atas berlaku, ia bakal memberi kesan dalam pendapatan tiket pasukan bertanding.

Kesimpulannya, aksi Liga Malaysia yang diteruskan ketika bulan puasa hanya akan mendatangkan kesan kepada para penyokong sendiri.

Mereka dalam dilema sama ada mahu turun ke stadium ataupun tidak. Tambahan pula, malam hari adalah waktu untuk kita menambah ibadah dan bukannya ke stadium kerana bulan penuh barakah ini hanya datang sekali setahun.

Bagi pemain pula, mahu atau tidak mereka tetap perlu meneruskan perjuangan mereka untuk beraksi pada bulan puasa.

P/S: Artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis. Bola Tonjol seperti biasa, sentiasa kekal berkecuali dalam hal-hal berkaitan isu ‘deep’ seperti artikel ini.

Nota: Tulisan ini dikongsi oleh saudara Azhan Mohi. Boleh follow FB beliau di sini.

Kongsi Artikel Ini

Anda berminat dalam penulisan tentang bolasepak? Salurkan kekreatifan anda dengan menghantar artikel kepada kami di thebolatonjol@gmail.com


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.