Kingston, Jamaica 1996.

Tak lama selepas itu, Nadine membuat keputusan meninggalkan bumi Jamaica untuk merantau ke England. Empat anaknya, Kingston, Lakima, Kimberley dan Raheem terpaksa ditinggalkan demi meningkatkan taraf hidup di England. Mereka semua yang masih kecil ditinggalkan di bawah jagaan ibunya.

Raheem Sterling yang baru berusia dua tahun, hidup tanpa ibu dan bapa di sisi. Dia menjadi seorang budak yang agresif dan beremosi. Segala apa yang ada dikelilingnya akan disepak bagi melepaskan marah. Marah kerana mengenangkan nasib sebegitu malang. Ayah dah meninggal, ibu pula ke luar negara.

Tak lama lepas tu, Raheem Sterling dibawa ibunya ke England. Ibunya yang ketika itu bekerja sebagai tukang cuci pejabat, bersedia membesarkan anak-anaknya setelah menetap beberapa tahun lebih awal.

Gambar sekadar hiasan

Sterling simpati dengan nasib ibunya yang berkerja sebagai tukang cuci. Masa tu dia nampak satu-satunya kemahiran yang dia ada, iaitu bermain bola sepak, mampu mengubah nasib keluarganya.

Sterling beritahu ibunya tentang cita-citanya untuk menjadi pemain bola sepak dan mahu menyertai akademi Arsenal.

“Kalau kamu mahu nampak hebat, jangan bermain di kelab hebat seperti Arsenal. Kamu tak akan nampak menyerlah di sana, silap-silap langsung tak dapat peluang bermain”, demikian kata-kata ibunya.

Akademi Queen Park Rangers

Sterling bermain untuk skuad remaja QPR sejak usianya 9 tahun. Hinggalah suatu hari pencari bakat kelab Liverpool mengesan prestasi luar biasa Sterling. Ketika itu QPR dan Liverpool bermain dalam Liga Remaja yang sama.

Liverpool

Liverpool membayar QPR £600,000 berserta syarat jangka panjang iaitu 20% akan diterima QPR menerusi wang penjualan Sterling.

 

ENGLAND

Sterling mula mewakili skuad bawah 16 England. Dia pernah ditanya adakah dia akan bermain untuk negara asalnya Jamaica? “Mengapa tidak?” jawab Sterling berupa soalan kepada wartawan tersebut. Tetapi Jamaica sendiri tak pernah menghantar tawaran untuk Sterling menyarung jersi hijau-kuning-hitam.

Akhirnya 14 November 2012, Sterling melakukan debut buat negara angkatnya England dalam satu perlawanan persahabatan menentang Sweden.

BAPA MUDA

Sterling menjadi bapa di usia 18 tahun iaitu pada 2012, musim pertama dia bergelar pemain profesional bersama kelab Liverpool. Anak perempuan hasil hubungan dengan teman wanitanya (kini bekas) dinamakan Melody Rose. Hari ini, Sterling dah punya dua orang anak, seorang lagi adalah lelaki bernama Thiago. Penulis malas nak amik port sangat bab personal pemain ni. Penulis bukannya Melodi.

MANCHESTER CITY

“Dia memang nak tinggalkan kelab ini, walaupun ditawarkan gaji £900,000 sekalipun” demikian kata-kata Ejen Raheem Sterling, Aidy Ward di penghujung jodoh Sterling dengan Liverpool.

City dan Liverpool mula berunding, £30 juta harga tawaran dimulakan City.

“£50 juta dan dia milik anda,” kata Liverpool pula.

City akhirnya menaikkan tawaran sehinggalah nilai tawaran dihentikan pada £44 juta.

Liverpool terima harga ini dan baki 20% dari wang yang diterima ini, menjadi milik QPR seperti dalam perjanjian semasa membeli Sterling.

TERUS MAJU

Apapun, anak yatim yang mengabadikan riwayat ayahnya dengan cacah tatu senapang M-16 di betis kanannya ini, meninggalkan Liverpool dengan memenangi 3 trofi di Manchester City dalam tempoh 4 musim. Dan dia bakal menambah lagi sama ada dalam EPL musim ini atau Piala FA.

Sterling juga baru sahaja menjaringkan hatrik pertama buat England. Menjadikan 4 gol dilakar selepas hanya 2 perlawanan dimainkannya di tahun baru 2019.

Kejayaan Sterling hari ini bukan mudah tuan-tuan. Dia membesar penuh liku di zaman kanak-kanak, ibunya hanya seorang tukang cuci tuan-tuan. Atau di Malaysia kita sebut “Makcik Cleaner”.

SUMBER:

https://www.dailymail.co.uk/news/article-6274203/Raheem-Sterlings-mother-44-keeps-home-north-London-estate-despite-son-buying-mansion.html

https://www.theguardian.com/football/2018/jun/02/raheem-sterling-mothers-boy-jamaica-man-england

https://www.theguardian.com/football/2015/jul/13/qpr-record-fee-raheem-sterling-move-liverpool

https://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-3158458/Raheem-Sterling-s-record-Manchester-City-leave-QPR-9million-richer.html

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.