Piala Kelab Dunia Edisi ke-16 kali ini telah menghampiri ke perlawanan akhir. Kelab Brazil, Flamengo yang datang sebagai status Juara Libetadores baru saja menewaskan kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal diseparuh akhir dengan keputusan 3-1.

Liverpool selaku Juara UCL akan berdepan Juara Concacaf Champions League, Monterrey dalam satu lagi perlawanan separuh akhir awal pagi nanti.

Oleh itu mari kita telusuri perjalanan Kejohanan besar tetapi kecil jumlah penyertaan pasukan ini.

Edisi Awal

Kejohanan FIFA World Club World Cup mula dianjurkan pada tahun 2000, edisi sulung ini telah mempertaruhkan 8 pasukan. Benua Amerika Selatan dan Eropah masing-masing menghantar 2 wakil iaitu Vasco Da Gama selaku Juara Libetadores dan Corinthian yang mendapat kelebihan selaku Juara Liga Brazil dan slot pengajur. Eropah pula diwakili oleh Manchester United selaku juara UCL 1999 layak beraksi bersama Real Madrid yang mara atas tiket Juara Intercontinental 1998. 4 lagi pasukan diwakili oleh kelab dari setiap Benua iaitu Al-Nassr (Asia), Necaxa (Concacaf), Raja Casablanca (Afrika) dan South Melbourne (Oceania). 8 pasukan telah membentuk 2 kumpulan dengan 2 pasukan terbaik setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

Edisi sulung ini dimenangi oleh pasukan dari Brazil, Corinthians yang menewaskan kelab senegara, Vasco Da Gama menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 setelah kedudukan teringat tanpa jaringan.

Kejohanan tidak dilangsungkan selama 4 tahun, dalam tempoh itu kejohanan rasmi antarabangsa kelab hanya melibatkan Piala Intercontinental. Bila Piala Intercontinental berakhir pada 2004, kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia disambung pada edisi 2005.

Hanya Diwakili 6 Kelab Dari Juara Setiap Benua

Edisi 2005, kejohanan disertai 6 pasukan (juara setiap benua). Format liga tidak lagi diguna pakai, sebaliknya format kalah mati dimainkan dengan Juara Eropah dan Libetadores diberi keistimewaan dengan hanya perlu mengharungi perlawanan bermula dipusingan separuh akhir. Kelab Asia, Afrika, Ocenia dan Concacaf bermain dipusingan awal terlebih dahulu.

Liverpool dan Sao Paolo yang dimaksudkan selaku Juara Eropah dan Libetadores menepati ramalan dengan mudah lolos ke final dengan menundukkan lawan masing-masing dipusingan separuh akhir. Sao Paulo membuat kejutan dengan menewaskan Juara Istanbul, Liverpool diperlawanan akhir.

Edisi 2006, format sama diguna pakai, kali ini Barcelona dan Internacional selaku pasukan Juara UCL dan Libetadores berentap di final, Barcelona mengalami nasib sama seperti Liverpool pabila tunduk kepada Juara Libetadores dengan keputusan sama (1-0).

Pertambahan Jumlah Penyertaan

Edisi 2008, kejohanan FIFA Club World Cup tampil berbeza dengan menambah 1 penyertaan, 1 slot yang dimaksudkan diisi oleh kelab dari lokasi penganjuran, tujuannya adalah kerana bagi memberikan sambutan yang menggalakkan dari kalangan penyokong tempatan. Kelab yang dipilih adalah layak diisi oleh pasukan yang menjuarai liga domestik, ironinya lokasi penganjuran iaitu Jepun melihatkan pasukan Urawa Reds selaku Juara Liga Jepun, pada masa sama Urawa Reds juga juara berganda iaitu menjuarai Liga Juara-juara Asia, jadi slot Asia diberikan kepada naib juara iaitu kelab dari Iran, Sepahan.

Format 7 pasukan kekal digunakan sehingga kini.

Dominasi Kelab Sepanyol Dan Brazil

Kelab Sepanyol yang dimaksudkan tentulah 2 pasukan yang bertembung dalam perlawanan El Classico iaitu Real Madrid dan Barcelona. Selain kelab Eropah, pasukan Brazil juga tidak persiakan peluang untuk memenangi Trofi Piala Kelab Dunia ini, buktinya Sao Paulo, Internacional dan Corinthians mencipta nama selaku juara.

Lebih perit bagi musuh tradisi Brazil iaitu Argentina, setiap kali kelab Argentina layak ke kejohanan ni, mereka kalah difinal, ini dibuktikan dengan kekahalan Boca (2007), Estudiantes (2009), San Lorenzo (2014) dan River Plate (2015), oh ya untuk edisi 2019 ini, kelab Brazil Flamengo juara Libetadores selepas menewaskan River Plate, aduh pedihnya orang Argentina rasa..haha

Final melibatkan kelab Brazil atau Sepanyol

2000 – Corinthians 0-0 Vasco Da Gama (pen 4-3)

2005 – Sao Paulo 1-0 Liverpool

2006 – Internacional 1-0 Barcelona

2009 – Barcelona 2-1 Estudientes

2011 – Barcelona 4-0 Santos

2012 – Corinthians 1-0 Chelsea

2014 – Real Madrid 2-0 San Lorenzo

2015 – Barcelona 3-0 River Plate

2016 – Real Madrid 4-2 Kashima Antlers

2017 – Real Madrid 1-0 Gremio

2018 – Real Madrid 4-1 Al Ain

 

7 – Sepanyol

4 – Brazil

Percubaan Bukan Kelab Eropah-Amerika Selatan Di Pentas Final

Edisi 2010 memperlihatkan kelainan (sebenarnya lebih kepada kejutan), kelab dari Demokratik Republik Kongo iaitu TP Mazembe mara ke final sekaligus memecahkan dominasi pentas akhir yang saban tahun diwarnai kelab Eropah-Amerika Selatan. Hasrat mereka lebih tinggi untuk menjadi juara disekat Inter Milan yang datang ke pentas ini bukan saja selaku Juara UCL, tetapi juga juara Serie A dan Coppa Italia. Inter menang mudah 3-0, gol dijaringkan oleh Goran Pandev, Samuel Eto’o dan Jonathan Biabiany.

Selain edisi 2010 yang memperlihatkan bukan pasukan Eropah-Amerika Selatan berentap di final, edisi lain yang melihatkan pasukan dari benua lain adalah 2013 (Raja Casablanca – Afrika), 2016 (Kashima Antlers – Asia) dan edisi lalu dimana Al-Ain yang hadir bukan atas tiket Juara benua sebaliknya hanya selaku pasukan penganjur, mencipta kejutan dengan menundukkan satu-satu lawan bermula disaingan pusingan pertama (Team Wellington 4-3), pusingan kedua (Espérance de Tunis 3-0) dan separuh akhir (River Plate 5-4).

Al-Ain akhirnya terpaksa akur dengan detik mustahil yang sedang mereka cipta, disekat Real Madrid yang juga juara UCL 3 musim berturut-turut dengan kekalahan 4-1. Real Madrid yang mereka lawan juga bukan saja juara UCL 13 kali, juga Juara 2 edisi Piala Kelab Dunia berturut-turut sebelum itu, dan lebih manis buat Real, kejuaraan kali ini telah meletakkan mereka pemegang ‘title’ Juara Kelab Dunia terbanyak.

Final melibatkan bukan pasukan Eropah vs Amerika Selatan

2010 – Inter Milan 3-0 TP Mazembe

2013 – Bayern Munich 2-0 Raja Casablanca

2016 – Real Madrid 4-2 Kashima Antlers

2018 – Real Madrid 4-1 Al Ain

 

Jumlah Kejuaraan

4 – Real Madrid (2014, 2016, 2017, 2018)

3 – Barcelona (2009, 2011, 2015)

2 – Corinthians (2000, 2002)

1 – Sao Paulo (2005), Internacional (2006), AC Milan (2007), Manchester United (2008), Inter Milan (2010), Bayern Munich (2013)

 

T A M A T

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.