Martin Skrtel menyertai kelab Serie A, Atalanta pada 9 Ogos lalu dan bersedia menggunakan pengalaman yang ada padanya untuk Atalanta berjuang di UCL. Malangnya selama tempoh di Atalanta, beliau gagal menyesuaikan diri, masalah utamanya adalah taktikal Gian Piero Gasperini yang menerapkan formasi 3 pemain pertahanan tidak mampu diikuti Skrtel.

Skrtel akhirnya kembali ke Istanbul dihari terakhir perpindahan musim panas 2019 ditutup dan menyertai Istanbul Basaksehir.

Sebenarnya Skrtel bukanlah pemain pertama yang melakukan perpindahan ke 2 kelab dalam 1 tempoh pintu perpindahan, mari kita telusuri pemain lain yang pernah melakukan keadaan sama.

Clive Allen

Berlaku pada 1980, Allen sertai Arsenal dari kelab QPR dengan bayaran sekitar £1.25juta. Bermain dalam 3 perlawanan pra musim, belum sempat tampil dalam perlawanan rasmi, Allen dilepaskan ke Cyrstal Palace sebagai syarat pertukaran pemain kerana Arsenal inginkan pertahanan Palace iaitu Kenny Sansom. Allen hanya kekal semusim di Palace sebelum kembali menyertai kelab lamanya QPR, lain pula cerita dengan Sansom. Pemain yang dibayar sebanyak £1 juta termasuk Clive Allen sebagai syarat perpindahan, menjadi pemain penting di Arsenal dan juga pasukan kebangsaan England.

Robert Jarni

Jarni sertai kelab EPL, Coventry City dari Real Betis dengan harga £2.6 juta pada musim panas 1998. Sebelum pintu perpindahan tutup, beliau sertai Real Madrid dengan harga tambahan £800 ribu dari bayaran Betis terima dari Coventry, dikatakan perpindahan ini ada pakatan antara Coventry dengan Real Madrid kerana Betis tidak mahu menjual Jarni ke Real. Jadi Coventry menjadi orang tengah dan dapatlah komisyen £800 ribu

Jarni hanya kekal semusim di Real dan beliau dijual ke kelab division 2, Las Palmas.

David Unsworth

Unsworth merupakan pemain Everton dari skuad Remaja, selepas 5 tahun menikmati karier terbaik bersama Everton, Unsworth cuba untuk mengubah angin, berkelana ke London dengan menyarung jersi West Ham United, dalam tempoh semusim di West Ham, Unsworth dan keluarganya sebenarnya menghadapi masalah tempat tinggal.

Beliau bersetuju menyertai Aston Villa, tetapi dalam tempoh kurang sebulan, masalah tempat tinggal dengan jarak tempat latihan terus membelenggu Unsworth, akhirnya beliau tidak dapat elok jodoh yang begitu kuat dengan Everton dengan kembali ke Merseyside Biru itu sebelum pintu perpindahan musim panas 1998 berakhir.

Martín Demichelis

Menghabiskan karier selama lebih 7 musim di Bayern Munich, Demichelis berhijrah ke Sepanyol untuk bergabung dengan Pengurusnya sewaktu di River Plate, Manuel Pellegrini. Demichelis sertai Atletico Madrid pada musim panas 2013 dan bermain untuk Atletico diperlawanan pra musim.

Selepas mendapat perkhabaran Manuel Pellegrini berhijrah ke Manchester City, Demichelis angkat kaki terbang ke England ketika saingan domestik musim baru La Liga 2013/14 belum pun bermula. Beliau hanya menjadi milik Atletico selama 2 bulan atau lebih tepat lagi dalam tempoh pra musim.

Antonio Cassano

Cerita Antonio Cassano sedikit berbeza dengan tindakan pemain lain yang melakukan 2 kali perpindahan dalam tempoh musim perpindahan yang sama. Cassano dipenghujung karier bola sepak dengan menyertai kelab Hellas Verona pada musim panas 2017 dari Sampdoria.

Atau lebih tepat lagi, 10 Julai 2017, Cassano sah menjadi milik Hellas Verona, beliau tampil dalam 2 perlawanan pra musim, tarikh 18 Julai iaitu seminggu selepas menertai Verona, Cassano mengumumkan untuk bersara dari bola sepak, pada hari sama (18 Julai 2017), Cassano melakukan u-turn dengan mewar-warkan bahawa dia masih akan terus bermain bola sepak, “Hari persaraan akan tiba tapi bukan sekarang”.

24 Julai 2019, Cassano mengumumkan pula bahawa “Hari persaraan kini telah tiba, selamat tinggal bola sepak”

Sama ada Cassano akan melakukan u-turn lagi, Verona segera mendapatkan tanda tangan Cassano untuk bersetuju melakukan penamatan kontrak.

Cassano terus berteka-teki status persaraannya, ada beberapa kelab berminat untuk mendapatkan sebelum pintu perpindahan musim panas 2017 ditutup, dan hingga tarikh akhir perpindahan, Cassano masih tiada Majikan.

Cassano mengatakan beliau akan menjalani latihan bersama kelab Sampdoria dibawah kendalian Pengurus, Agostino Tibaudi. “Saya akan sertai Sampdoria bila jendela perpindahan dibuka januari nanti”, tiba masanya tiada apa-apa yang berlaku.

Cassano kembali pada Ogos 2018 dan menyertai kelab Serie C, Virtus Entella. Beliau hadir dalam sesi latihan pemain dan menegaskan ini sahajalah kelab yang berada dalam perancangannya. Akhirnya semua tahu, tiada sebarang rundingan yang berlaku dan Cassano mengumumkan persaraan buat entah ke berapa kali. 🤦🏻‍♂

Scott Bain


Penjaga Gol kelab Dundee United ini dipinjam keluar ke kelab Hibernian pada hari pertama tingkap perpindahan 2018 dibuka,  pada hari terakhir perpindahan musim sejuk 2018, Scott Bain dipinjam keluar pula ke Celtic, dikatakan tawaran lebih menarik diterima dengan potensi pembelian terus, ianya berikutkan kecederaan penjaga gol sedia ada, Craig Gordon.

Tamat tempoh pinjaman, Celtic segera menawarkan kontrak tetap selama 4 tahun buat Scott Bain.

Siapa lagi pemain yang anda tahu melakukan perpindahan ke 2 kelab dalam tempoh perpindahan sama?

Sumber: The Guardian

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.