EURO B21 sudah berjalan separuh kejohanan dengan pusingan separuh akhir bakal mengambil tempat tidak lama lagi.

Kejohanan ini merupakan medan kelayakan pasukan dari Eropah untuk menyertai saingan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti.

Beberapa pemain muda yang memiliki nama besar telah beraksi dalam kejohanan ini. Kami senaraikan pemain-pemain tersebut di bawah.

1. Luka Jovic

Pemain baru Real Madrid ini beraksi untuk negaranya, Serbia. Namun negaranya sudah tersingkir awal dan nama beliau sebagai penyerang pun tak menyerlah.

Jovic beraksi baik untuk Frankfurt musim ini dengan mempamerkan ketajaman di hadapan gol sehingga menarik minat banyak kelab besar sehingga beliau memilih Real Madrid. So bila korang baca ni, korang terLUKA tak?

2. Aaron – Wan Bissaka

Pemain asal “Kelantan” ini digembar-gemburkan bakal menjalani kehidupan malang selepas ini apabila dikhabarkan bakal menyertai Manchester United.

Saham beliau mungkin turun sedikit apabila beliau ada menjaringkan gol sendiri tempoh hari dan beliau bersama rakan England beliau sudah pun tersingkir.

3. Daniel Ceballos

Pemain tengah Real Madrid ini memegang tugas sebagai ketua pasukan Sepanyol dalam kejohanan ini. Malah Sepanyol juga menjadi negara pertama layak ke separuh akhir sekaligus ke Olimpik 2020.

Bakat beliau di bahagian tengah memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Bermain dengan antara pasukan terkuat di Sepanyol banyak memberi beliau pengalaman.

4. Moise Kean

Kean muncul sebagai nama baru dalam arena bola sepak Itali pada pertengahan musim apabila beliau mula diturunkan juara Serie A, Juventus.

Ketajaman beliau di hadapan gawang mula menjadi sebutan ramai selepas merekodkan enam jaringan ketika usia beliau baru 19 tahun.

Walau apapun, bila dengar nama dia aku terus ternyanyi balik lagi Kian dari Mawi.

5. Matteo Guendouzi

Pemain tengah Perancis ini menjadi antara tonggak utama Unai Emery dalam musim sulung beliau bersama Arsenal musim lepas.

Kawalan beliau di bahagian tengah sentiasa menjadi perhatian ramai selain rambut bergoyang beliau yang dilihat cuba melawan fesyen David Luiz.

6. Dion Cools

Bukanlah satu nama besar di Eropah tapi beliau lebih kepada buah mulut masyarakat di Malaysia sebab beliau berdarah campuran Malaysia dan Belgium.

Lahir di Kuching, Sarawak, beliau sudah beraksi untuk semua peringkat bawah umur Belgium termasuk dalam kejohanan EURO B21 ini.

Kepada orang Malaysia, kalau takde Romelu Lukaku dalam skuad Malaysia, jangan haraplah Dion Cools nak pilih Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.