Situasi Pahang bagaikan jatuh ditimpa tangga dalam masa kurang seminggu ini. Beberapa hari lalu mereka dilunyaikan Selangor 5-2 dalam perlawanan Liga Super.

Pada Sabtu pula, mereka ibarat masih berada di Stadium Darul Makmur, masih memikirkan jaringan menarik yang dilakukan Herold Goulun.

Pahang ditunjukkan jalan keluar dari Piala FA oleh Perak dengan kekalahan 0-3 di Stadium Perak, dan tewas 4-3 menerusi agregat.

Sangat teraniaya jika anda seorang penyokong Pahang. Dikhianati begitu sahaja oleh pasukan yang anda sokong musim ini.

25 Jun, hari Selasa lalu, Pahang hadir ke Stadium Shah Alam dengan perasaan seperti sudah bermula pra musim.

Mereka menurunkan skuad kedua untuk bertemu Selangor dalam perlawanan Liga Super. Dengan alasan, mahu merehatkan pemain bagi separuh akhir kedua.

Akhirnya mereka di rogol bergilir-gilir di hadapan penyokong Selangor dengan kekalahan 2-5. Ibarat peramal, Media Prima awal-awal lagi telah membatalkan siaran langsung Pahang lawan Selangor.

Barangkali juga mereka sedar aksi sebegini tidak patut ditontonkan kepada masyarakat menerusi medium siaran televisyen, takut memberi pengaruh buruk.

Pahang seolah-olah tiada nafsu. Perjuangan Liga Super mereka sepatutnya belum tamat kerana ada lima perlawanan dan pelbagai perkara boleh berlaku.

Tiada siapa dapat meramal Johor DT akan konsisten menang sampai akhir musim dan jika Pahang kekalkan skuad utama dan menang sehingga akhir musim dibantu keciciran mata JDT, pasti mereka mampu bergelar juara.

Bola itu bulat, tidak ada dapat meramalkannya kecuali Manchester United, semua sentiasa dapat ramal mereka akan kalah.

Tapi itu keputusan Pahang, mahu angkat bendera putih kononnya mahu menang Piala FA. Akibatnya pada Rabu, awek yang mereka kejar dari awal musim menjadi milik hakiki JDT.

Ramai juga yang menunggu untuk menganjing Pahang sekiranya mereka gagal menewaskan Perak dan penantian mereka berbaloi.

Jika pada Selasa, Pahang menggunakan skuad kedua, mungkin ketika perlawanan kedua bertemu Perak, mereka menggunakan skuad nombor tiga.

Barai dan hancur, itulah Pahang di Stadium Perak. Perak berjaya menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama untuk mendahului keseluruhan secara agregat.

Pahang tidak mempamerkan persembahan terbaik, tiada kreativiti untuk bangkit dalam perlawanan tersebut. Corak permainan yang hambar.

Jersi hitam Pahang belum cukup untuk mempamerkan semangat ‘Black Metal’ mereka apabila aksi longlai dipamerkan. 360 darjah berbeza dengan aksi perlawanan pertama.

Mungkin juga pemain Pahang sudah tidak kisah dengan Piala FA kerana mereka mahu memberikan tumpuan kepada Anugerah Puskas.

Pahang merupakan juara bertahan Piala FA selepas menang musim lalu dan perjalanan mereka dihentikan oleh anak buah Mehmet Durakovic.

Kini Durakovic telah membawa Perak ke perlawanan akhir dua kali dalam dua kejohanan kalah mati terakhir yang disertai mereka di Liga Malaysia.

Pahang kini bercerai dengan Piala FA dan janda mereka itu bakal menjadi rebutan Perak dan satu lagi pemenang dari perlawanan Kedah dan Felda United.

Pablo Dollah mungkin dah boleh sediakan alasan yang Pahang sedang merehatkan pemain utama bagi saingan Piala Malaysia, jawapan paling selamat ketika ini.

Dalam konteks realiti, sekiranya Pahang menang Piala FA dan Liga Super ia hanya akan jadi rekod Liga Malaysia namun Pahang tidak akan memiliki tiket ke saingan AFC Champions League.

Hal ini berikutan, Pahang didenda dua tahun oleh FAM daripada menyertai kejohanan itu. Mungkin itu yang difikirkan Pahang sekaligus mereka menganggap ini masih pra musim bagi mereka.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.