Muangthong United merupakan kelab besar di Liga Thailand. Bukan kerana nama mereka yang bertong tetapi kerana reputasi kelab tersebut dengan kejayaan.

Mereka merupakan pasukan yang membawa nama-nama besar Thailand terkenal sehingga dipancing oleh pasukan besar dari Asia Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan.

Dipancing di sini bukanlah dipancing dengan manifesto palsu tetapi dipancing kerana prestasi mengagumkan mereka. Antara pemain tersebut ialah Theerathon Bunmathan dan Chanatip Songkrasin.

 

View this post on Instagram

 

❤🇹🇭

A post shared by ธีราทร บุญมาทัน (@theerathon_3) on

Namun hari tak selalu indah, kelab yang dahulu antara pesaing kejuaraan liga telah berubah 360 darjah menjadi kelab di zon penyingkiran liga pada musim ini.

Muangthong kalau dekat Malaysia macam Pahang, selalu konon-konon nak jadi juara liga dengan bagi saingan awal liga, pertengahan musim main macam palat sampai terlepas kejuaraan.

‘The Kirin’ musim ini berada di tangga ke 15 liga, kedua tercorot dengan mencatat tiga kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan. Sesuatu yang tidak dijangka.

Namun apa yang mencuri perhatian, Muangthong telah menjadikan pasukan Liga Malaysia yang sedang bergelut iaitu Kelantan sebagai idola mereka dalam hal jurulatih.

Kenapa? Ia kerana Muangthong telah memiliki tiga jurulatih musim ini dan sudah menukar jurulatih sebanyak dua kali. Sama seperti yang dilakukan Kelantan musim 2018.

Musim 2018, Kelantan memiliki tiga jurulatih iaitu Sathit Bensoh, Yusri Che Lah dan Fajr Ibrahim. Namun kesannya tidak positif malah Kelantan tersingkir ke Liga Perdana.

Paling ‘demand’ ialah jurulatih ketiga mereka iaitu Fajr Ibrahim. Baru masuk beliau dah buat kepala sendiri, kerana beliaulah Kelantan membuka kedai bundle pemain.

Beberapa pemain utama di ‘let go’ dengan alasan tiada dalam perancangan. Paling menghairankan, beliau keluarkan pemain utama pasukan. Ibarat Klopp masuk Barcelona tapi buang Lionel Messi, kau rasa?

Nama besar seperti Khairul Fahmi, Faris Shah Rosli dan Qayyum Marjoni. Malah living legend, Badhri Radzi turut diumumkan tiada dalam perancangan tapi Piya tak jumpa team baru masa tu, maka beliau pun tanam anggur depan rumah.

Muangthong pada awal musim diterajui oleh jurulatih tempatan iaitu Pairoj Borwonwatanadilok. Beliau dipecat selepas prestasi buruk awal musim.

Kemudian, agaknya melihat wabak Asia Timur menyerang Asia Tenggara iaitu kebanyakan pasukan memanggil jurulatih dari Jepun dan Korea Selatan, Muangthong mencuba formula ini.

Mereka melantik jurulatih kelahiran Korea Selatan, Yoon Jong Hwan untuk membantu pasukan kembali ke jalan yang benar namun pengakhirannya tetap sama, prestasi tidak berubah dan Jong Hwan meletakkan jawatan.

Kini mereka melantik jurulatih baru iaitu Alexander Gama. Jika di Malaysia, ketua jurulatih Kedah dinaikkan pangkat menjadi kejurulatihan skuad kebangsaan Malaysia.

Lain ceritanya di Thailand, Gama merupakan jurulatih Thailand B23 namun meninggalkan kerja tersebut untuk bersama Muangthong United, mungkin job ini buat perut lebih kenyang.

Walau apa pun, harap-harap Gama tak buat perangai pelik. Jangan sampai dibuangnya Teerasil Dangda dan Charyl Chappuis daripada pasukan tu.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.