Arena bola sepak Malaysia dimeriahkan dengan jaringan menarik daripada bek tengah Pahang, Herold Goulun ketika separuh akhir Piala FA bertemu Perak.

Jaringan tersebut menjadi perbualan ramai memandangkan ia dilakukan daripada kawasan Pahang sendiri dalam perlawanan yang menyaksikan Pahang menang 3-1.

 

View this post on Instagram

 

Puskás Award contender❓😱🇲🇾 @mfl_my ⠀ @officialpahangfa @heroldgoulon

A post shared by 433 (@433) on

Sedikit fakfa tentang Herold Goulun, beliau merupakan pemain berusia 31 tahun yang lahir di Perancis. Beliau pernah beraksi bersama Blackburn Rovers dalam EPL. Pernah bertemu Manchester United. Tapi player Malaysia lagi power, pernah bertemu Manchester United, Liverpool dan Arsenal dalam perlawanan persahabatan.

Beruntungnya orang Pahang, mereka selalu menjadi saksi terciptanya gol menarik. Pada 2016, Faiz Subri menjaringkan sepakan percuma yang melawan hukum fizik, hukum karma ketika bertemu Pahang.

Namun apa yang mencuri tumpuan ialah penjaga gol Perak sendiri, Hafizul Hakim. Menerusi rekod musim ini, beliau sudah beberapa kali melepaskan gol menerusi situasi bola mati.

Berikut merupakan pemain yang telah menyebabkan beliau lemas tanpa pelampung ketika cuba menyelamatkan sepakan percuma.

1. Hadin Azman (Perak lawan Felda United)

Ketika perlawanan hampir memasuki rehat separuh masa, Felda United memiliki peluang untuk di hadapan menerusi situasi bola mati. Hadin bijak merembat bola ke sudut kanan gol.

2. Sandro da Silva Mendonca (Perak lawan Selangor)

Dalam perlawanan inilah, bekas pemain Perak iaitu Nurridzuan Abu Hassan telah bermain goyang satu jadi ke atas penyokong Perak. Kerana mental, beliau menunjukkan jari hantu kepada penyokong Perak selepas dilayangkan kad merah.

Namun sebelum kejadian tersebut, Sandro telah melepaskan rembatan menerusi sepakan percuma dari jarak yang agak jauh.

3.Firdaus Razak (Perak lawan Jerantut FA)

Jerantut FA bukanlah dipenuhi dengan pemain bertaraf profesional, mereka cumalah pemain semi pro yang bermain di liga sosial di Malaysia. Mereka berpeluang bertemu Perak dalam Piala FA.

Namun walaupun bergaji rendah, Firdaus menghantar Hafizul dalam jiwa kacau menerusi satu sepakan percuma yang menarik mengelirukan beliau. Terlokop Hafizul.

4. Paulo Josue (Perak lawan Kuala Lumpur)

Sepakan percuma pemain tengah Kuala Lumpur ini pada asalnya merupakan satu sepakan untuk mencari kepala rakan-rakan beliau untuk ditanduk di dalam kotak.

Sewajarnya dalam situasi ini, Hafizul boleh naik ketika bola di udara untuk melakukan tangkapan namun beliau memilih untuk statik di garisan gol sehingga gagal melakukan tepisan.

5. Giancarlo (Perak lawan PKNP)

Ketika ini, Ronaldo dalam prestasi terbaik bersama Perak. Maklumlah baru masuk pasukan baru mestilah nak tunjuk keberkesanan beliau sebagai penyerang.

PKNP memiliki satu sepakan percuma dan hasil satu set piece menarik, Giancarlo merembat sekencangnya bola untuk menembusi gawang Hafizul, beliau gagal berbuat apa-apa.

6.Thierry Chantha Bin (Perak lawan Terengganu)

Sepakan pemain kebangsaan Kemboja ini mirip seperti sepakan Paulo Josue namun kawasan beliau lebih dekat namun berada di sebelah kiri kotak penalti Perak.

Hasil satu cubaan, beliau berjaya menewaskan Hafizul di near post. Penjaga gol kebangsaan itu seakan-akan terkesima tidak mampu berbuat apa-apa dengan jaringan tersebut.

Musim ini memperlihatkan Hafizul Hakim banyak kali bolos menerusi sepakan percuma dan ia seakan satu motivasi untuk pemain lawan cuba menewaskan beliau menerusi situasi tersebut.

Hafizul perlu meningkatkan fokus beliau ketika situasi bola mati supaya beliau tidak lagi menjadi sasaran lawan. Namun nak salahkan beliau pun mungkin bukan 100%.

Penjaga gol simpanan Perak, Khairul Amri juga bolos menerusi sepakan percuma ketika bertemu Melaka United musim ini dan boleh jadi benteng yang dilakukan pertahanan juga longgar.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.