Manchester United akhirnya mengumumkan kehadiran bek kanan England, Aaron Wan Bissaka ke dalam pasukan mereka.

Sebenarnya perkara ini sudah lama dimaterai tapi entah kenapa agak lambat untuk diumumkan. Mungkin juga semakin lambat diumumkan semakin banyak komisen Ed Woodward dapat.

Wan Bissaka, bukan pemain kelahiran Kelantan, apatah lagi memiliki susur galur daripada sana. Beliau lahir di Croydon England.

Pemain yang beraksi di posisi bek kanan ini menjadi keinginan banyak pasukan kerana bakat beliau. Manchester City juga pernah berminat.

Namun entah saka apa yang bersarang dalam jiwa beliau, Wan telah memilih untuk menyertai kelab double hatrick iaitu Manchester United.

Pembelian ini seperti satu transisi skuad apabila kapten mereka, Antonio Valencia yang sentiasa mengisi posisi bek kanan itu meninggalkan kelab tersebut.

Mungkin setelah bertahun di sana, Valencia baru sedar yang beliau berada di sesuatu tempat yang tak mampu memberikan beliau apa-apa lagi.

Pembelian Wan Bissaka juga telah melegakan hati penyokong Manchester United yang sememangnya geli melihat prestasi Ashley Young.

Ashley Young merupakan pemain yang berkebolehan untuk bermain di bek kanan atau bek kiri namun prestasi beliau semakin lama semakin mengecewakan.

Manchester United memiliki seorang lagi bek kanan muda, Diego Dalot yang juga versatil. Pemain ini mampu bermain di bahagian sayap.

Di atas kertas, Wan Bissaka bakal diberikan kepercayaan untuk mengisi posisi bek kanan untuk ‘The Red Devils’ pada musim hadapan.

Wan Bissaka bermain 35 perlawanan Premier League musim lepas dan menyumbang tiga bantuan gol untuk Crystal Palace.

Pemain yang memiliki susur galur Congo ini pernah beraksi untuk skuad bawah umur Congo pada awalnya sebelum memilih untuk beraksi bersama skuad bawah umur England.

Wan Bissaka memiliki kebolehan bertahan yang baik. Beliau mampu menghalang pergerakan pemain serangan lawan daripada bahagian beliau.

Sama ada tag harga £50 juta yang dibayar Manchester United untuk beliau akan berbaloi segalanya ditentukan musim hadapan.

Tapi ingatlah, kebanyakan pemain baru yang masuk kelab nombor enam ini memiliki kualiti yang hebat sebelum mereka menyertai United namun hilang perkara tersebut setelah bersama United.

Adakah itu bala memilih kelab yang lemah seperti ini?

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.