Jika anda taip Madagascar diruang carian ‘google’, pastinya anda akan ditemukan dengan filem Animasi keluaran DreamWork Animation yang diarahkan oleh Pengarah sama dalam terbitan filem Shrek.

Tetapi hari ini bila anda taip nama sama ‘MADAGASCAR’, anda akan ditemukan dengan berita kejayaan pasukan bola sepak Madagascar yang mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Afrika 2019, Madagascar bukan sahaja berjaya melepasi saingan kumpulan buat pertama kali. Malah mereka tampil ke kejohanan Piala Afrika kali ini juga buat pertama kali dalam sejarah.

Ranking

Mac 2014, Madagaskar menghuni ranking 190 FIFA, kemudian pada Januari 2017, Madagaskar terpaksa mengharungi pusingan awal kelayakan bersama pasukan yang berada dikelompok ranking tercorot CAF.

Madagascar yang ketika itu baru sahaja melantik Jurulatih baru dari Perancis, Nicolas Dupuis. Tugas awal Dupuis, beliau berjaya membawa Madagascar mengatasi pasukan São Tomé and Príncipe dengan agreget 4-2. Sekaligus mara ke pusingan kelayakan kumpulan.

Pusingan Kelayakan Kumpulan

Ditempatkan dalam kumpulan A bersama Senegal (pot 1), Equatorial Guinea (pot 2) dan Sudan (pot 3). Madagascar bermula dengan langkah kanan pabila mudah mengatasi Sudan 3-1 ditempat lawan.

Kejutan bermula pada perlawanan kedua pabila berjaya mengikat Senegal 2-2, menang 1-0 keatas Equatorial Guinea dua perlawanan berturut-turut memastikan tempat Madagascar ke pentas Piala Afrika 2019 walaupun masih berbaki 2 perlawanan kerana Madagascar dan Senegal memimpin kumpulan A dengan 10 mata (3 menang 1 seri), Equatorial Guinea ditempat ketiga sekadar 3 mata dan Sudan tanpa sebarang mata selepas 4 perlawanan.

Kejohana Piala Afrika buat pertama kalinya menampilkan jumlah 24 pasukan berbanding 16 pasukan untuk edisi sebelumnya, dimanfaatkan Madagascar untuk layak selepas tambahan 8 slot tersebut.

Sebaik memastikan Madagaskar layak ke Piala Afrika 2019, Jurulatih Nicolas Dupuis disambung kontrak

Nicolas Dupuis hanyalah seorang Jurulatih yang berpengalaman mengendali kelab Amatur dalam Liga Perancis.

Sementara penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak Madagaskar ini adalah Faneva Imà Andriatsima, beliau merupakan penyerang kelab Ligue 2, Clermont Foot 63. Andriatsima menjaringkan 13 gol untuk Madagascar, cukup untuk mencipta rekod jaringan terbanyak untuk pasukan negaranya. Andriatsima menjaringkan 3 gol dipusingan kelayakan, berkongsi jumlah jaringan dengan dua rakan senegara, Carolus Andriamatsinoro dan Paulin Voavy dipusingan kelayakan.

Piala Afrika 2019

Pasukan yang digelar Barea ini diundi sekumpulan dengan juara tiga kali Nigeria, Guinea dan pasukan yang turut sama membuat penampilan sulung, Burundi.

Madagascar mencipta kejutan dengan mengikat Guinea 2-2 pada perlawanan pertama. Perlawanan berikutnya skuad Barea tidak persiakan aksi berdepan lawan yang sama lemah, Burundi dengan berjaya menang tipis 1-0 hasil jaringan pemain kelahiran Perancis, Marco Ilaimaharitra.

Marco Ilaimaharitra celebrates after scoring for Madagascar against Burundi. Photo: Suhaib Salem/Reuters.

Harapan tidak terlalu tinggi diletakkan buat negara berpopulasi 24.8 juta ini bertukar sebaliknya pada perlawanan terakhir kumpulan. Madagascar mencipta kejutan dengan menundukkan Nigeria 2-0. Lalaïna Nomenjanahary yang bermain untuk kelab Paris FC (bukan Paris Saint Germain) melakukan gol pembukaan seawal minit ke-13. Pasukan 6 kali layak ke Piala Dunia ini tidak mampu menembusi pintu gol Madagaskar yang dikawal oleh Melvin Adrien yang juga merupakan penjaga gol kelab divisyen ke-4 Perancis, FC Martigues.

Sebaliknya Carolus Andriamatsinoro merentap semangat juang Nigeria dengan gol kedua Madagascar diseparuh masa kedua untuk selesa mendahului 2-0. Keputusan kekal sehingga wisel penamat. Madagascar mara ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan, akan berdepan Demokratic Republic of Congo di pusingan kalah mati jam 12 tengah malam pada 8 Jun ini.

Daripada pasukan diranking 190 dunia, perlu bermain dipusingan awal bersama pasukan kerdil seperti Comoros, South Sudan, Djibouti dan Mauritius.

Daripada Jurulatih yang hanya mempunyai pengalaman mengendali kelab Amatur, dan sebahagian besar pemain yang hanya bermain di Liga bawahan Perancis.

Kini Madagascar mampu menempatkan diri di kelompok 16 pasukan terbaik Afrika, sebaris dengan pasukan gergasi Afrika seperti Maghribi, Ghana, Tunisia, Algeria, Mesir, Senegal, Mali dan Nigeria yang turut berjaya menempatkan diri ke pusingan kalah mati.

Madagascar turut mempunyai pemain yang bermain di Liga 2 Thailand. Njiva Rakotoharimalala pemain sayap kelab Samut Sakhron.

Penutup

Pasukan bola sepak Madagascar hari ini telah merealisasikan impian 24.8 juta penduduk Pulau Madagascar, memperlihatkan kepada dunia bahawa mereka bukan hanya mahu dikenali menerusi filem Animasi hidupan haiwan liar.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.