Dominasi sesebuah pasukan dalam satu liga merupakan satu perkara yang lazim berlaku di dalam sesebuah liga terutama sekali di sekitar Eropah.

Perkara ini berlaku kerana beberapa sebab antaranya kelebihan sesuatu pasukan daripada segi kewangan. Selain itu, pasukan yang mendominasi memiliki nama besar di liga tersebut.

Pasukan-pasukan yang mendominasi ini memiliki perangai lebih kurang iaitu suka mengambil pemain terbaik dari pasukan lain dalam liga mereka.

Tambah lagi, kebanyakan dari mereka menjadi pasukan yang dibenci di liga masing-masing kerana penguasaan mereka dan kadangkala kerana sikap menjengkelkan mereka.

Kami bawakan kepada anda beberapa pasukan yang mendominasi liga masing-masing dan apakah pendapat anda kepada pasukan yang disebut?

1. Juventus ( Serie A)

‘Old Lady’ sememangnya satu kuasa besar dalam bolasepak Itali. Kelab ini dibintangi oleh ramai pemain lagenda seperti Andrea Pirlo, Gianluigi Buffon dan Pavel Nedved.

Juventus pernah tersingkir ke liga bawahan kerana skandal rasuah satu ketika dahulu namun ia tetap tidak dapat menghalang mereka daripada terus menjadi kuasa besar.

Sejak musim 2011/12, mereka telah menjuarai lapan kejuaraan Serie A berturut-turut dan dominasi mereka beberapa musim akhir ini dicabar SSC Napoli namun jurang mata tetap jauh.

Antara pembelot yang tercipta apabila menyertai Juventus ialah penyerang Napoli, Gonzalo Higuain. Selain itu, mereka turut membeli pemain tengah penting AS Roma, Miralem Pjanic.

2. Bayern Munich (Bundesliga)

Kelab Bavaria ini merupakan pasukan paling cemerlang di Jerman. Dalam dominasi mereka pada dua dekad terakhir, hanya Borussia Dortmund yang mampu menghalang penguasaan mereka untuk seketika.

Namun selepas itu mereka kembali garang sejak musim 2012/13 iaitu musim mereka merekodkan kejuaraan treble untuk pertama kali dalam sejarah kelab.

Mereka sudah mencipta tujuh kejuaraan Bundesliga berturut-turut. Antara pesaing mereka dalam merebut kejuaraan ialah Dortmund, Schalke 04 dan Bayer Leverkusen.

Tapi diaorang kadang-kadang pandai mainkan perasaan orang, terlalu beri harapan macam bercinta. Ada musim diaorang konon konon tak konsisten awal musim, tapi akhirnya diaorang juga juara.

Dortmund, Schalke 04 dan Hoffenheim antara mangsa Bayern apabila mereka mendapatkan pemain utama dari pasukan tersebut seperti Robert Lewandowski, Leon Goretzka dan Niklas Sule.

3. Paris Saint Germain (Ligue 1)

Paris Saint Germain merupakan kelab yang dimiliki Pak Arab yang kaya raya. Kalau tanya orang Perancis, mereka pun tak tahu apa yang hebat tentang PSG sebelum kedatangan Pak Arab pada 2012.

Bermula era Pak Arab, mereka telah merosakkan AC Milan yang ketika itu baru bangkit kembali. PSG telah memancing pemain utama Milan seperti Thiago Silva dan Zlatan Ibrahimovic.

Sejak Pak Arab ada, PSG sudah menjulang enam kali kejuaraan Ligue 1 namun ada satu musim, AS Monaco telah mencalarkan ego mereka dengan merampas kejuaraan.

Dengki tengok Monaco naik, PSG terus pancing bintang muda Monaco, Kylian Mbappe. Kaya dan tak kisah duit keluar, diaorang selamba beli Neymar dengan rekod dunia.

Tapi kelab kaya pun tak bahagia apabila Neymar dan Cavani pernah bergaduh pasal nak ambil penalti. Mujur bukan Ibrahimovic, kalau Ibra mungkin Neymar dah diberi pelempang sulung.

Tambahan lagi, PSG ni raja kampung je. Kau bayangkan dalam UCL selalu sangkut. Paling tak masuk akal boleh kalah dengan Manchester United. Menyu ni stok buat kelakar je kat England.

4. JDT (Liga Super)

Kelab since 2013 ni dah ada lima kejuaraan Liga Super berturut-turut tapi tak istimewa mana pun. Mereka lebih kurang PSG je, naik kerana ada sumber kewangan yang banyak.

Memanglah lima kejuaraan berturut-turut boleh dibanggakan tapi banyak pasukan jadi korban mereka masa awal dahulu. Selangor dan Kelantan menerima tempias paling besar.

Ramai pemain mereka dipancing JDT. Jadi kalau JDT mahu pasukan Malaysia yang lain untuk ikut apa yang mereka buat, memang susah. Diaorang miliki sumber kewangan banyak, kelab lain mana ada.

Pasukan lain memang bercita tinggi tapi akuilah mereka punya budget terhad. Bina pusat latihan sendiri, memang boleh tapi nak maintenance nanti, payah jugak. Nak bayar gaji pemain yang tinggi macam main power sangat dah banyak luak situ. Jadi agak sukar.

p/s: Artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis. Bola Tonjol seperti biasa, sentiasa kekal berkecuali dalam hal-hal berkaitan isu ‘deep’ seperti artikel ini.

Kongsi Artikel Ini

Anda berminat dalam penulisan tentang bolasepak? Salurkan kekreatifan anda dengan menghantar artikel kepada kami di thebolatonjol@gmail.com


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.