Saban tahun pada awal musim, kita sentiasa melihat setiap pasukan Liga Malaysia tampil dengan pemain baru dan tidak kurang juga ada yang menukar terus satu pasukan.

Inilah kemeriahan Liga Malaysia pada awal musim. Tak ada banyak pasukan yang memiliki keberanian dan kebijaksanaan untuk mengekalkan pemain sedia ada.

Contohnya musim ini, korang tengok Melaka United. Segalanya mereka tukar pada permulaan musim. Jurulatih bertukar, pemain ramai bertukar dan adakah mereka berada di landasan tepat? Jawapannya tidak.

Jendela perpindahan kedua, inilah babak paling menarik untuk disaksikan dalam Liga Malaysia. Bagaikan penamat End Game, semua ternanti apa yang bakal berlaku.

Sekali lagi, Liga Malaysia memperlihatkan banyak pertukaran pemain import pada jendela perpindahan kedua yang baru dibuka beberapa hari lalu.

Perak telah melakukan sekurang-kurangnya tiga pertukaran import selepas Gilmar Da Silva, Wander Luiz dan Zac Anderson dilaporkan telah meninggalkan pasukan ataupun lebih tepat ditamatkan khidmat pasukan.

Ronaldo Henrique Silva dan juga Raianderson Da Costa Morais menjadi tonggak import baru untuk Perak dan mereka juga dilaporkan bakal membawa satu atau dua muka baru lagi.

Kuala Lumpur pula telah menamatkan kontrak import mereka, Sylvano Comvalius lebih awal sebelum memuktamadkan import Melaka United, Darko Markovic sebagai pengganti pada Khamis.

Pada awal musim lalu juga ada beberapa pasukan yang melakukan rombakan awal musim untuk pasukan mereka ketika liga sudah berlangsung.

Selangor yang dilihat ampuh telah melakukan perubahan pasukan pada awal musim dengan kemasukan pemain tempatan, Khyril Muhymeen dan menamatkan kontrak import, Antonio German untuk membawa masuk Sandro Mendonca.

Tidak lupa juga juara lima kali berturut turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim juga melakukan pertukaran import apabila import baru, Aaron Niguez berpisah dengan mereka pada awal musim.

Tempat Aaron diganti oleh bekas pemain ‘Harimau Selatan’ iaitu Leandro Velasquez. Apa yang pelik, kelibat Aaron di lihat bermain bersama JDT II pada beberapa bulan berikutnya.

Bukan pertama kali pasukan Liga Malaysia melakukan pertukaran import pada pertengahan musim. Musim sebelum ini juga berlaku senario yang sama.

Paling hebat mungkin Johor DT pada musim lepas apabila mereka mendapatkan Harry Novillo dan Jorge Silva pada jendela perpindahan kedua. Hanya beberapa perlawanan, mereka berdua telah digantikan dengan Marquez dan Fernando Elizari.

Rumusan !

Jadi apa yang boleh dilakukan oleh pasukan supaya tidak ada banyak perpindahan berlaku dalam pasukan mereka ialah pasukan perlu memilih pemain yang sesuai dengan taktikal pasukan.

Selain itu, pasukan perlu memberi masa kepada pemain untuk bangkit mempamerkan prestasi terbaik mereka.

P/S: Artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis. Bola Tonjol seperti biasa, sentiasa kekal berkecuali dalam hal-hal berkaitan isu ‘deep’ seperti artikel ini.

Nota: Tulisan ini dikongsi oleh saudara Azhan Mohi. Boleh follow FB beliau di sini.

Kongsi Artikel Ini

Anda berminat dalam penulisan tentang bolasepak? Salurkan kekreatifan anda dengan menghantar artikel kepada kami di thebolatonjol@gmail.com


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.