Bak kata falsafah perang pada tahun 1928 oleh Arthur Ponsonby “When war is declared, truth is the first casualty”. Begitu jugalah keadaan yang akan berlaku pada musim jendela perpindahan pemain dibuka. Sembang kencang, Balas sembang kencang, maklumat bocor, penafian, tawaran, cubaan, khabar angin, hubung kait & akan berakhir dengan persetujuan. Beratus-ratus juta £ pula menjadi saksi segala transaksi yang bakal berlaku.

Semakin hari semakin menjadi-jadi juga kisah yang mengaitkan persetujuan yang telah dicapai di antara Barcelona dengan Philippe Coutinho. Sejauh manakah kebenarannya? Ikut logik akal memang tak dapat la Barcelona nak ekjas Coutinho ikut pintu belakang. Kau orang dah lupa ke kes Virgil Van Dijk?

Jurgen Klopp yang ternyata tidak mahu membazir air liur mengulas perkara ini berkata “Benda-benda aku cakap ni pun datang dari owner. Dia ternyata bukan untuk dijual. Kau orang nak aku cakap apa lagi?”

Coutinho ni pun baru sahaja menandatangani kontrak baru selama 5 tahun bernilai £150,000 seminggu pada 24 Januari 2017 yang lalu. Dia juga selalu mengeluarkan kenyataan yang manis setiap kali ditanya tentang perpindahan ke Barcelona. “Saya masih ada kontrak bersama kelab saya untuk jangka masa yang panjang & saya fokus dengan kedudukan saya sekarang”

Tapi sebagai peminat yang berfikiran rasional & positif, kau orang kena berjaga-jaga dengan situasi begini. Sebab Coutinho juga ada matlamat hidup nak memajukan kerjaya walaupun bukan sekarang. Barcelona & Real Madrid pulak memang la kelab yang menjadi cita-cita bagi mana-mana pemain yang berasal dari Amerika Latin. Tapi kebarangkaliannya adalah untuk Liverpool mempertahankan Coutinho untuk setahun lagi sekurang-kurangnya.

Dengan berita di Sepanyol yang banyak dikuasai 2 kelab di atas memanglah membuatkan peminat bolasepak menggelupur. Berita Kylian Mbappe Ke Real Madrid, Neymar ke PSG & Coutinho ke Barcelona terus menguasai carta kisah-kisah teladan musim panas. Menariknya jika Coutinho berhijrah ke Barcelona adalah untuk bersama sahabat karib beliau iaitu Neymar. Tetapi jika Neymar berhijrah ke PSG maka tangisanlah yang akan mengiringi kisah-kisah saga perpindahan ini.

Dalam masa setahun ini Liverpool perlu memperkuatkan jentera serangan dengan kemasukan Mo Salah yang akan bergandingan dengan Sadio Mane. Mereka juga perlu perancangan teliti bagi meneruskan hidup tanpa Coutinho bila tiba masanya. Dengan kejayaan mengekalkan kelayakan ke Champions League juga dapat membantu Liverpool untuk mendapatkan bakal pengganti Coutinho.

Abang long Gerrard juga ada berhujah “Jurgen Klopp kau tunggu, tugas aku adalah untuk menyiapkan pemain muda untuk skuad senior”

Sumber : Liverpool Echo

Kongsi Artikel Ini

Berbadan tegap, berpendidikan tinggi, bekerja di sektor perbankan yang pernah memberi bonus 13 bulan & penyokong setia kelab asuhan Steven G.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.