Shopee selaku penaja Piala FA telah mula menjual tiket diatas talian (online) lebih awal seminggu berbanding tiket di Kaunter (Selasa, 23 Julai).

Berita mengenai penjualan tiket atas talian melalui laman web Shopee mula tular sejak sabtu lalu, tiket akan mula dijual di Shopee pada 15 Julai dan 16 Julai jam 12 tengah hari.

Tiket Sebenarnya Dah Dijual Jam 12 Malam Tadi

Ada yang terkejut apabila mula membuka laman web/aplikasi Shopee sejak pagi tadi apabila diberitahu bahawa tiket telah SOLD OUT. Walau bagaimanapun Pihak Shoppe telah menjelaskan bahawa mereka melakukan percubaan jam 12 malam tadi dan telah terjual sebanyak 41 keping.

 

Hanya 2 Keping Tiket Untuk 1 Akaun

Seperti juga pembelian di kaunter, tiket atas talian juga memperuntukkan 2 keping tiket sahaja untuk 1 akaun. Apabila berjaya masuk ke ‘Buy Now’ dan membuat bayaran, pembeli perlu mengisi maklumat peribadi diruangan ‘Notifications’.

Setelah itu pembeli akan diberi QR Code diruangan ‘View Ticket’, QR Code ini perlu dicetak sebagai bukti pembelian dan pembeli perlu membawa bersama Kad Pengenalan ke Stadium nanti.

Tiada Lagi Kaedah Tebus Tiket

Buat pertama kali, pembelian atas talian di Malaysia tidak lagi menggunakan sistem yang rumit dengan perlunya ke Kaunter untuk melakukan proses tebus tiket. Kali ini pembeli hanya perlu membawa keratan QR Code bersama Kad Pengenalan dan cuma perlu menunjukkannya dikaunter masuk Stadium. Senang bukan?

Lebih Lima Ribu tiket Final Piala FA 2019 habis dijual

Bermula jam 12 tengah hari tadi, Lebih 5 ribu tiket telah habis dijual dalam tempoh 15 minit. Tetapi buat yang masih berkeinginan mendapatkan tiket Final ini, anda masih berpeluang mendapatkannya esok pada waktu yang sama (12 tengah hari).

***Tips dari penulis:***

Tak salah untuk lebih bersedia, anda juga boleh mencuba nasib untuk terus melakukan ‘refresh’ di aplikasi belian tiket tersebut bermula awal pagi esok, manalah tahu nasib anda baik.

Tak semestinya perlu menunggu betul-betul jam 12 tengah hari untuk masuk ke Aplikasi ini kerana pengalaman penulis sendiri, sejak jam 7 pagi tadi lagi tak henti-henti melakukan refresh dan alhamdulillah dalam jam 11.55 (anggaran penulis) dah berjaya ‘click’ ke bahagian ‘Buy Now’.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.