Rata-rata peminat bola dan hiburan tahu yang penyanyi latin Shakira ber”couple” dengan pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique.

Hubungan mereka berdua ni dikatakan sejak 2011 lagi. Asalnya, anak ahli perniagaan ini berkenalan dengan Shakira masa penggambaran video muzik Waka Waka. Alah, lagu Piala Dunia 2010 tu. Bersama Pique, Shakira kini sudah mempunyai dua anak. Milan Pique Mebarak, 5, dan Shasha Pique Mebarak, 3.

Baru-baru ni nama Shakira naik ketika perlawanan antara Barcelona dan jiran tetangga Catalonianya, Espanyol. Segelintir penyokong Espanyol dikenali sebagai La Curva telah bersorak dalam bentuk nyanyian yang mencaci Shakira dan anak mereka Milan. Tujuannya adalah untuk men”troll” Pique yang sedang beraksi di atas padang.

Perkara sebegini bukanlah kali pertama berlaku. Ianya sudah berlaku beberapa kali sebelum ni sejak beberapa tahun lepas lagi.

13 JANUARI 2016

Kejohanan Piala Copa Del Rey. Stadium Nou Camp. Arena tuan rumah Barcelona.

Penyokong Espanyol membawa sepanduk besar bertulis “Shakira es de todos”. Kalau dalam bahasa nusantaranya, “Shakira adalah milik setiap orang.” Mesej ni sekali imbas macam biasa. Tapi sebenarnya mempunyai unsur-unsur seksis kepada wanita.

Bukan itu saja. Ada juga” banner” yang bertulis “Antonio De La Rua Contigo Empozo Todo.” Kalau terjemah dalam bahasa Melayu bukan google translate adalah, “Antonio de la Rua, segalanya bermula dari kau.”

Kalau anda nak tahu, Antonio de la Rua ni adalah “ex” Shakira. Dia anak kepada bekas Presiden Argentina. “Banner” terakhir tu bertujuan untuk mengejek anak Pique dan Shakira, Milan. Sebabnya Milan dikatakan mempunyai rupa macam Antonio de la Rua ni.

Sebenarnya benda ni bermula dari troll. Kononnya Milan ni adalah anak Shakira dengan De La Rua. Bukan dengan Pique. Lepas tu penyokong Espanyol meleret-leret bawa benda ni ke dalam stadium.

Tindakan penyokong Espanyol ni mendapat kecaman Datuk Bandar Barcelona dan Setiausaha Sukan Sepanyol.

Untuk rekod, seminggu sebelum perlawanan ni, Pique telah berkongsi satu video peminat Espanyol dalam laman twitter nya. Dalam video tu boleh kedengaran peminat Espanyol menjerit memanggil Shakira sebagai jalang, dan memaki Milan yang ketika itu berusia 3 tahun untuk mati.

Sebagai respon, Pique men”troll” peminat pasukan Espanyol sebagai minoriti yang tak mampu nak memenuhkan stadium sendiri. Tweet Pique ini disiasat oleh Anti Vice Comission Sepanyol atas sebab mencetuskan kontroversi. Tapi tiada sebarang tindakan susulan diambil.

Gelagat penyokong Espanyol ni pula sampai ke perhatian Persatuan Bolasepak Sepanyol. Dan pasukan Espanyol didenda sebanyak €24,002.

30 APRIL 2017

Kejohanan La Liga. Stadium Cornella El-Prat. Arena tuan rumah Espanyol.

Walaupun pernah didenda, nampaknya masih ada yang mengulangi perangai sama. 15 bulan selepas insiden pertama, segelintir penyokong utama mengutuk kembali teman wanita Pique ni.

Pada minit ke-50 perlawanan, kumpulan ni mula mengutuk Pique terlebih dulu. Mereka bersorak “Pique, remember you are piece of shit.”

Sepuluh minit kemudian, sorakan mereka dituju pula kepada Shakira. “Shakira is a bitch, Shakira is a bitch.”

Insiden ini sekali lagi mendapat perhatian Anti Vice Comission Sepanyol. Manakala La Liga mengutuk tindakan penyokong Espanyol.

Manakala Pique pula menganggap sikap segelintir penyokong Espanyol tu bukan perlambangan keseluruhan penyokong mereka.

“Majoriti penyokong Espanyol ni ‘educated’. Aku kenal ramai di kalangan diorang ni. Aku respek sama diorang. Tapi ada segelintir penyokong diorang tak ada kerja lain.”

“Sudahlah mereka nyanyi sorakan tu tak kena tempat. Diorang ada banyak masalah. Lepas tu datang ke stadium nak lepaskan kekecewaan hidup.”

18 JANUARI 2018

Kejohanan Copa Del Rey. Stadium Cornella El Prat.

Ini adalah insiden ketiga dan terkini penyokong Espanyol menyanyikan sorakan mengutuk Shakira dalam stadium. Tiga tahun dah berlalu. Tapi perangai tak berubah.

(Mohon maaf sekiranya video di atas tidak dapat dimainkan, pembaca boleh melayari video tersebut dengan mengklik ‘Watch on YouTube’ di pautan yang disediakan)

Ketika perlawanan, penyokong Espanyol bersorak mengutuk Shakira dalam bentuk seksis. Antaranya mengatakan Shakira itu sebenarnya jantan. Mungkin mereka ingat Shakira ni spesis Sajat agaknya. Mereka juga mengutuk anak laki mereka berdua. Sorakan tu kedengaran pada minit ke-2 dan 76 perlawanan.

Kelab Espanyol beberapa kali memberi amaran kepada penyokongnya melalui ‘Public Announcement’ (PA) semasa perlawanan. Tapi penyokongnya buat bodoh saja.

Pique selepas perlawanan meminta penyokong untuk lebih menghormati pemain.

La Liga sudah melaporkan insiden berkenaan kepada Anti Vice Comission Sepanyol dan juga Persatuan Bolasepak Sepanyol.

KESIMPULAN

Pique sendiri tahu yang dia tak digemari oleh banyak rakyat Sepanyol. Salah satu sebabnya adalah dia “outspoken” dalam twitter. Pique juga terkenal sebagai seorang kuat politik, dengan cenderung ke arah pendukung pro-kemerdekaan Catalonia dari Sepanyol.

Walaupun Espanyol berada dalam wilayah yang sama, penyokongnya mempunyai perbezaan kecenderungan politik berbanding penyokong Barca. Mereka kelihatan lebih ke arah pro-penyatuan Sepanyol. Maka tak hairanlah Pique merupakan salah satu figura paling teruk dikeji dan ditroll penyokong Espanyol.

Namun begitu, troll pun ada batasannya. Kalau dah sampai tahap menyentuh peribadi dan keluarga tu agak keterlaluan. Terutamanya bila melibatkan anak yang masih kecil.

Sekarang anda dah tahu?

Sumber:

1. Goal.com, 2016, Pique, Shakira and Messi targeted – time to punish pig-headed Espanyol

2. ESPN, Dermot Corrigan, 2016, Espanyol fined for Shakira banner vs. Barcelona – reports

3. Evening Standard, 2018, Sam Long, Espanyol fans target Shakira with insulting banners during clash with Gerard Pique’s Barcelona

4. ESPN, 2017, Sam Marsden, Espanyol in trouble over Barcelona, Gerard Pique, Shakira chants

5. Marca, 2017, Espanyol in trouble over Barcelona, Gerard Pique, Shakira chants

6. Marca, 2018, Espanyol reported for offensive chants against Pique and Barcelona

7. New York Times, 2013, Sam Borden, The Invisible Team: Barcelona’s Little Brother, Espanyol

Kongsi Artikel Ini

Bekas pelajar sekolah agama, pernah bekerja di luar negara, aktif menggunakan otak kanan dan penentang golongan yang berlebih-lebihan. Berpengalaman luas menghabiskan duit PTPTN dengan membeli majalah United setiap bulan ketika di universiti dahulu. Kini, dia menganggap menonton perlawanan MU bukan lagi cara menenangkan fikiran yang efektif.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.