Wayne Rooney akan bermain untuk pasukan Liga Kejuaraan (Championship League) iaitu Derby County, Rooney akan menggalas sama tanggungjawab sama selaku Pengurus kelab. Vincent Kompany pula baru saja memulakan tugas selaku Pengurus dan pemain kelab RSC Anderlecht musim baru ini.

Disini kami sertakan beberapa pemain yang pernah menggalas jawatan pengurus kelab pada suatu masa.

Leon Britton (Swansea) 2017

Pada mulanya tugas Leon Britton adalah selaku penolong pengurus, tugas itu dilantik sendiri oleh pengurus baru Swansea ketika itu, Paul Clement. Selepas 18 perlawanan (musim 2017/18), Swansea bergelut dengan prestasi sehingga memaksa kelab memecat Clement serta merta selepas mengalami kekalahan liga ke-12 dan kelab berada dikedudukan terbawah.

Britton mengendali Swansea untuk 2 perlawanan sahaja sebelum kelab melantik Carlos Carvalhal selaku pengurus baharu. 2 perlawanan dibawah kendalian Britton, Swansea seri 1-1 keatas Crystal Palace dan dibelasah 5-0 oleh Liverpool.

Ryan Giggs (Manchester United) 2014

Giggs dilantik selaku pengendali sementara MU, berikutan pemecatan David Moyes selepas MU tewas 2-0 kepada kelab lama Moyes, Everton pada perlawanan liga ke-34. MU berada dikedudukan ke-7 liga, Giggs pula hanya bermain 12 perlawanan liga dan separuh daripadanya sebagai pemain gantian.

4 perlawanan dibawah kendalian Giggs, MU menang 2, seri sekali dan kalah sekali dan kekal ditangga ke-7 Liga.

Glenn Hoddle, Ruud Gullit dan Gianluca Vialli (Chelsea) 1993-96, 1996-1998, 1998-2000

Glenn Hoddle berusia 34 tahun ketika dilantik selaku pengurus-pemain kelab Swindon Town pada 1991, Hoddle berhijrah ke Chelsea dan menggalas pula tugas pemain dan pengurus Chelsea, beliau mengumumkan persaraan pada 1995 dan memberi tumpuan penuh selaku pengurus Chelsea musim 1995/96.

Ruudi Gullit pula dilantik sebagai pemain-pengurus selepas pemergian Hoddle yang menerima tawaran FA untuk mengendali skuad kebangsaan England pada 1996, bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 1998. Gullit menghadiahkan Chelsea Trofi Piala FA dimusim pertamanya selaku pengurus-pemain. Ketika itu Gianluca Vialli merupakan penjaring terbanyak Liga untuk Chelsea dengan 9 gol.

Musim kedua Gullit selaku pengurus-pemain, beliau sempat bermain dalam 10 perlawanan tetapi dipecat pada Februari 1998 selepas Chelsea tewas 4 perlawanan berturut-turut, tugas pengurus disambung pula oleh pemain Chelsea, Gianluca Vialli. Ini bermakna, 3 kali berturut-turut pengurus Chelsea dikendalikan oleh pemain Chelsea sendiri, rare..

Vialli membantu Chelsea memenangi Piala Liga dan UEFA Cup Winner Cup 1997/98.

Attilio Lombardo (Crystal Palace) 1998

Pemain yang terkenal dengan rambut jarang ini sertai Cystal Palace yang baru sahaja dipromosikan dari Liga Kejuaraan menerusi slot play-off. Seorang lagi pemain bintang yang dibawa masuk adalah Tomas Brolin. Steve Coppell dinaikkan pangkat daripada pengurus kepada pengarah kelab, sementara kekosongan tugas pengurus diberi kepada pemain Palace sendiri, Attilio Lombardo.

7 perlawanan liga dibawah kendalian Lombardo, Palace mencatatkan 5 kekalahan.

Kelab akhirnya mendapatkan Ray Lewington selaku pengurus tetap, ketika Palace dah pon ucapkan selamat tinggal kepada Liga Perdana.

Dennis Wise (Millwall) 2003-05

Lagenda Chelsea ini sertai Millwall pada 2002, selepas pengurus Mark McGhee mencapai kata sepakat dengan penaung, Theo Paphitis untuk meletak jawatan selepas kegagalannya mengendali Millwall yang hanya memungut 6 mata selepas 14 perlawanan. Tugas pengurus digalas Wise yang ketika itu merupakan pemain tengah pasukan.

Wise bermain 31 perlawanan ketika bertindak sebagai pemain-pengurus. Musim berikutnya, Wise terus diberi kepercayaan kelab dan beliau memastikan Palace kekal bermain di Liga Division 1 (kini EFL Championship League).

Wise berhijrah ke Southampton secara percuma pada 2005, pengalaman Wise yang pernah menerajui tugas pengurus kembali ditagih selepas Soton kehilangan pengurus selepas peletakan jawatan Harry Redknapp.

Walaubagaimanapun Wise tidak bertindak sendirian, beliau digandingkan bersama Dave Bassett sebagai pengendali sementara.

Wise berhijrah pula ke Coventry City pada januari dan bersara selepas tamat musim.

Kenny Dalglish (Liverpool) 1986-87

Tamat musim 1984/85, Liverpool menerima pengkhabaran Joe Fagan yang membuat keputusan untuk bersara dari tugas Pengurus pasukan, nama Dalglish naik sebagai calon pengganti Fagan yang mana ketika itu Dalglish berusia 34 tahun dan masih kekal bermain.

Dalglish menggalas kepercayaan yang diberikan dengan memberi trofi Liga dan Piala FA kepada Liverpool, beliau juga tampil 21 perlawanan dimusim pertama sebagai pemain-pengurus. Dimusim seterusnya Dalglish lebih tertumpu kepada tugas mengurus tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk bersara sebagai pemain. Musim 1988/89, Dalglish memberi tumpuan penuh selaku pengurus Liverpool, dan perlawanan terakhir musim 1989/90 iaitu pada 5 Mei 1990, Dalglish beraksi sekadar syarat sebagai perlawanan terakhirnya sebagai pemain, ketika usianya 39 tahun.

Dalglish mengendali Blackburn Rovers ketika English Football League First Division telah ditransfom kepada English Premier League dan membawa kejuaraan EPL buat Blackburn dimusim 1994/95, ironinya kejuaraan itu sah ditabalkan di Stadium Anfield, ketika berdepan Liverpool pada perlawanan terakhir liga.

Bryan Robson (Middlesbrough) 1994-97

Selepas 13 musim bersama MU, Robson menerima tawaran kelab liga division 2, Middlesbrough sebagai pemain dan pengurus kelab. Diusia 38 tahun Robson menerima tawaran ini kerana melihat potensi kariernya selepas bersara sebagai pemain. Robson bermain untuk Boro sebanyak 25 perlawanan dimusim 1994/95 dan Boro juga berjaya naik ke EPL dibawah kendalian Robson.

Boro menghuni tangga ke-12 musim pertama di EPL bawah kendalian Robson, tetapi tersingkir musim berikutnya setelah mengakhiri liga dikedudukan ke-19. Robson mengumumkan persaraan sebagai pemain dan memberi tumpuan penuh selaku pengurus Boro dimusim 1997/98, Boro naik semula ke EPL dan Robson kekal sehingga musim 2000/01 bersama Boro, dipenghujung karier mengendali Boro, kelab mendapatkan pengurus berpengalaman, Terry Venables untuk bersama-sama Robson membantu Boro dalam misi kekal di EPL.

Lain-lain pemain merangkap Pengurus pasukan adalah John Toshack (Swansea City) 1978-84, Graeme Souness (Rangers) 1986-91, Ossie Ardiles (Swidon Town) 1989-91, Steve Gritt dan Alan Curbishley (Charlton Athletic) 1991-95, Peter Reid (Manchester City) 1990-93, Gordan Strachan (Coventry City) 1996-2001, Dave Watson (Everton) 1997.

Sumber: Talksport – Top 10 player-managers in English football include legends from Chelsea, Liverpool and Rangers as Vincent Kompany takes up new role at Anderlecht.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.