Copa America 2019 bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan penyokong bola sepak di Amerika Selatan dan penyokong yang menyokong pasukan negara di sana sudah tidak sabar.

Begitu juga dengan penyokong tegar Lionel Messi di serata dunia termasuklah dari tanah air kita sendiri. Diaorang tengah tergugat barangkali.

Ini selepas mereka dengan penuh kesedihan melihat sendiri Portugal menewaskan Belanda dalam perlawanan akhir UEFA Nation League. Portugal bernasib baik je jumpa pasukan biasa-biasa dalam pentas ini.

Yelah, nama besar seperti Perancis, Jerman, Sepanyol dan Belgium semuanya dah bungkus awal masa peringkat kumpulan lagi. Untungnya Portugal dapat team cikai je.

Tapi apa kena mengena Portugal dengan penyokong tegar Messi? Sudah tentulah kerana Cristiano Ronaldo. Ronaldo menambah koleksi kejuaraan beliau bersama skuad kebangsaan.

Ia merupakan kejuaraan kedua Ronaldo dalam arena antarabangsa. Ia sekaligus memperlihatkan beliau lebih banyak menang untuk skuad kebangsaan berbanding Messi.

Ronaldo sudah ada kejuaraan EURO dan UEFA Nation League sementara Messi sekadar memiliki kemenangan dalam Sukan Olimpik. Ibu segala pingat katanya.

Tak senang duduk jugalah penyokong Messi apabila melihat Ronaldo kini selangkah lebih gagah berbanding Messi dari segi kejuaraan.

Tapi ini merupakan tahun yang mampu memberi sinar cahaya kepada Messi dalam Copa America. Mungkin kali ini Messi bakal dikurniakan Anugerah Syawal.

Bukan menidakkan peluang pasukan lain, cuma Messi ada peluang cerah walaupun sekumpulan dengan Paraguay, Qatar dan Colombia. Paraguay tu korang kenal pun mesti sebab Roque Santa Cruz je kan? Kalau tak mana nak kenal.

Colombia bakal menjadi cabaran terbesar Argentina yang diketuai Messi. Mereka ada kaki tanduk bila situasi bola mati iaitu Yerry Mina selain kaki dribble seperti James Rodriguez dan Cudrado.

Jangan lupa pula dengan Radamel Falcao, beliau pun prolifik depan gol. Tambah pula Colombia dibimbing Carlos Queiroz, manager yang sangat kuat dalam taktikal bertahan.

Tengok jelah masa dia pimpin Iran dulu, sampai nak botak pemain Sepanyol fikir cara nak jaringkan gol lawan diaorang. Dia bukan letak bas je, lori semua dia letak.

Lagi satu Qatar. Tapi apa natang ni buat dalam Copa America, sedarlah diri tu dari Asia. Juara Piala Asia ini hadir dalam kejohanan ini sebagai pasukan jemputan seperti Jepun.

Pasukan yang di gelar pasukan naturalisasi ini bakal hadir dengan pemain berbilang bangsa dalam skuad mereka. Biasalah, Qatar kan banyak guna orang luar. Takde jati diri langsung, mana anak jati korang ha?

Tahu jelah kan, Amerika Selatan ni bukan banyak pasukan jadi nak bagi ramai, diaorang jemput pasukan lain. Amerika Selatan ni taknak ke terfikir nak gabung dengan Amerika Utara agaknya.

Nak banding dengan pasukan lain, Argentina paling beruntung. Messi juga beruntung kerana Argentina paling ramai pemain bertaraf bintang dalam skuad mereka.

Mereka ada Sergio Aguero, Tagliafico, Lo Celso, Di Maria, Lautaro Martinez dan Paulo Dybala. Ini juga bakal memudahkan impian Messi untuk menjulang kejuaraan ini.

Pada 2015 dan 2016, Messi kecewa dua kali dalam kejohanan Copa America. Kedua-duanya kepada Chile. Nampak tak betapa malangnya Messi sampai budak main piano macam Alexis Sanchez pun dah pernah menang Copa America.

Ini masa terbaik untuk Messi menyinar sekaligus memberi penyokong tegar beliau peluang untuk bermegah dengan penyokong tegar Cristiano Ronaldo yang sudah tentu dah mula komen pasal kejuaraan Cristiano dekat Facebook dan Instagram.

Pada usia lebih 30an ini, agak merugikan sekiranya Messi gagal menjulang sebarang kejuaraan bersama Argentina. Netizen akan melihat beliau hanya berjaya jika bersama Barcelona sahaja.

Jadi kepada penyokong tegar Messi, inilah peluang anda untuk melihat sama ada Messi atau Cristiano Ronaldo yang memiliki reputasi hebat bersama pasukan kebangsaan.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.