Manchester United secara rasminya telah mengumumkan jersi baru mereka bagi musim 2019/20. Jersi kali ni nampak lebih bersih lebih suci lebih murni. Adidas nampaknya menjadikan blok merah sebagai warna yang lebih dominan bagi jersi musim 2019/20. Tak banyak corak-corak warna lain yang kelihatan.

Jalur tiga Adidas ada pada pangkal bahu, seperti jersi Manchester United dua musim sebelumnya. Tapi untuk jersi kali ni ianya bewarna merah pekat. Tak berapa nampak sangat.

Jersi baru Manchester United 2019/20 ni mengambil inspirasi dari kejayaan treble mereka yang dicapai pada 20 tahun lepas. Menurut kenyataan kelab, ia adalah bagi mengenang kejayaan yang tak pernah lagi dapat ditandingi oleh mana-mana kelab Inggeris sehingga kini.

Lencana kelab yang berada di sebelah kiri dada jersi Manchester United 2019/20 ni berwarna emas dan hitam. Lambang perisai pula menjadi latar belakangnya, sama seperti jersi yang dipakai pada musim selepas kejuaraan treble.

Tarikh Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara pada musim treble juga turut dipaparkan pada sebelah bawah jersi.

Pada calit hitam sebelah kanan tertulis 90+3, manakala calit hitam sebelah kiri pula tertera 90+1. Ini tak ada kaitan dengan mana-mana teori Illuminati atau agenda Yahudi. Tapi ianya membawa maksud kepada minit jaringan lewat perlawanan yang dilakukan oleh Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer ketika menentang Bayern Munich pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Jersi baru ni bakal dipakai buat kali pertamanya pada 26 Mei bagi perlawanan persahabatan “Treble Reunion” di Old Trafford.

Kesimpulannya, jersi Manchester United bagi musim 2019/20 ni adalah bertemakan Sandarkan Pada Kenangan. Walaupun hakikatnya, mereka tak bermain pun dalam Liga Juara-Juara pada musim tersebut.

Jersi ini sudah pun berada di pasaran bermula pada hari guru 16 Mei. Cumanya, tak dapat dipastikan sama ada peminat Manchester United mahu membelinya untuk modal dipakai ketika berkunjung ke rumah saudara mara sahabat handai jiran tetangga serta bakal mak dan bapak mertua di hari lebaran nanti.

(Layari laman web bolatonjol.com hari ini untuk mendapatkan artikel-artikel santai dan sinikal berfakta tentang bola sepak. Sedap di mata, sedap di hati, sedap di fikiran.)

Sumber: Laman web rasmi Manchester United

Kongsi Artikel Ini

Sebuah Page Bola Yang Melangkah 786,025 Ke Hadapan


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.