Jepun merupakan negara selain Qatar yang telah dijemput untuk melengkapkan pasukan yang beraksi dalam Copa America 2019.

Ini merupakan kali kedua mereka menyertai kejohanan tersebut selepas kali terakhir pada 20 tahun lalu pada edisi 1999 sewaktu Paraguay menjadi tuan rumah.

Ketika itu mereka sekadar menduduki tangga terakhir kumpulan. Mereka mengikat Bolivia dan tewas dua perlawanan menentang Peru dan Paraguay.

Edisi 2019 di Brazil, mereka sekali lagi dipanggil dan berada dalam satu kumpulan bersama Uruguay, Ecuador dan Chile. Jepun siap sedialah tunggu gigi emas Suarez.

Dalam perlawanan pertama menentang Chile, ‘Samurai Biru’ teruk dibelasah 4-0 sehinggakan pemain piano, Alexis Sanchez pun berjaya menjaringkan gol.

Bila Sanchez boleh menjaringkan gol dan bermain dengan baik dalam perlawanan tersebut, kita sudah tahu masalah sebenar beliau ialah Manchester United. Mungkin juga Sanchez meluat duduk nombor enam di sana sampai tak bersemangat.

Walaupun dilunyai 4-0, Jepun menampilkan permainan yang bagus dalam perlawanan itu. Jarang pasukan yang dibelasah memiliki jumlah serangan yang hampir sama dengan pasukan pemenang.

Jepun mempertaruhkan budak-budak hipster dan raver dalam skuad mereka dalam Copa America ini yang rata-rata berumur awal 20 an. Kau umur 20 buat apa?

Ini merupakan sebahagian daripada pendedahan mereka menjelang Sukan Olimpik yang bertempat di negara matahari terbit itu pada tahun hadapan.

Dalam skuad Jepun yang dibawa kali ini, hanya dua nama besar sahaja yang mereka bawa iaitu penjaga gol, Eiji Kawashima dan penyerang Leicester City, Shinji Okazaki. Jangan kau tanya mana Shinji Kagawa, dia dah lama tak dipanggil.

Walaupun ada yang kata Jepun mengambil mudah jemputan orang tapi bagi aku Jepun bijak menggunakan peluang yang diberi. Peluang ada, gunakan sebaiknya, takkan nak harapkan peluang kedua.

Pendedahan dan pengalaman dapat mereka berikan kepada pemain muda mereka dalam kejohanan seperti ini sebagai persediaan di Olimpik.

Bukan bola sepak sahaja Jepun menggunakan formula sama iaitu menggunakan pemain muda dalam skuad kebangsaan.

Dalam sukan hoki pun sama. Pemain muda Jepun lah yang telah menghalang hasrat skuad negara untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik tahun lepas dalam hoki final Sukan Asia.

Perkara yang penting ialah mereka cuba memberikan seberapa banyak peluang untuk pemain muda mereka berkembang dan matang.

Malah dalam Piala Asia awal tahun lalu juga Jepun telah menyenaraikan skuad muda dan boleh tahan, skuad muda mereka berjaya melangkah ke final.

Jepun tewas dalam final kepada pasukan yang sedang mencari hasil kewujudan Aspire Academy iaitu negara Qatar. Negara yang banyak menggunakan pemain naturalisasi.

Apabila pemain muda Jepun sudah berjumpa dengan nama besar seperti Eduardo Vargas, Alexis Sanchez dan Arturo Vidal, sudah tentu mereka akan mendapat pendedahan dari pemain terkemuka dunia.

Penjaga gol Jepun ketika bertemu Chile iaitu, Keisuke Osako baru berusia 21 tahun. Tiga pertahanan mereka juga baru berusia 20 tahun antaranya Terukir Hara dan Saili Sugioka.

Malah penyerang Leicester, Shinji Okazaki yang merupakan ketua pasukan mereka juga hanya dimasukkan pada babak kedua. Penyerang utama mereka ialah Ayase Ueda yang baru berusia 20 tahun.

‘Messi Jepun’ yang baru menyertai Real Madrid, Takefesa Kubo turut diletakkan dalam kesebelasan utama. Pemain ini baru berusia 18 tahun. Pemain Malaysia pada usia 18 tahun, tengah main Piala Belia.

Lapangan Copa America 2019 di ibaratkan Jepun seperti sebuah padang latihan untuk mereka menguji dan mendedahkan para pemain dengan aksi kompetitif.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.