Puma secara rasminya telah melancarkan kit baru Borussia Dortmund bagi musim 2019/20. Kit tersebut dijangka bakal membuat penampilan pertama pada perlawanan Bundesliga terakhir di Westfalenstadion bagi musim ini, iaitu menentang Fortuna Dusseldorf.

Dengan mengekalkan warna tradisi kuning dan hitam, jersi baru ini mempunyai corak khas di bahagian atas bahu hinggalah ke atas bahagian lengan.

Di sebelah dalam berdekatan bahagian kolar pula ada label perkataan “110 Jahre. Gestern. Heute. Morgen. Fur Immer. Borussia Dortmund”. Kalau diterjemah dalam bahasa kebangsaan kita, “110 Tahun. Semalam. Hari ni. Besok. Selamanya. Borussia Dortmund”. Ini adalah sempena ulang tahun kelab yang ke-110 pada Disember 2019 nanti. Dah hampir sama macam slogan satu parti di Malaysia tu pula.

Ada sedikit perubahan pada belakang jersi Borussia Dortmund. Bermula musim depan, posisi nama pemain dan kelab akan berubah.

Kalau sebelum ini, nama pemain berada di atas, diikuti nombor jersi dan perkataan Dortmund. Tapi selepas ini, susunannya adalah perkataan Dortmund di atas. Diikuti pula oleh nombor jersi dan di bawah sekali nama pemain.

Alasannya adalah kelab lebih tinggi maqam atau martabatnya berbanding pemain. Pemain ni datang dan pergi. Tapi kelab akan tetap kekal. Selagi belum muflis atau mungkin juga selagi belum tiupan sangka kala yang pertama.

Tindakan Borussia Dortmund ni bukanlah baru. Banyak kelab-kelab dalam Bundesliga lain yang sudah awal lagi membuat susunan belakang jersi sebegini rupa. Juga, atas alasan yang sama. Kiranya, prinsip “no one bigger than the club.”

Tapi susunan ini mungkin tak diapplikasi kan untuk pertandingan Liga Juara-Juara. Sebabnya, setiap pasukan perlu memaparkan nama pemain di bahagian atas. Ini supaya memudahkan penonton mengenali pemain semasa perlawanan.

Sumber: Footy Headlines

Kongsi Artikel Ini

Sebuah Page Bola Yang Melangkah 786,025 Ke Hadapan


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.