Ada satu perkara keanehan berlaku semasa perlawanan di antara Udinese dan Lazio pada 8 April baru ni. Ia bukanlah sebab Udinese tengah krisis teruk. Ya, mereka kalah 1-2 kepada pasukan Lazio. Dan ia merupakan yang kali kelapan berturut-turut bagi Udinese. Terperosok di tangga ke-13 Serie A. Tapi itu bukan isunya.

Perkara aneh yang dimaksudkan adalah jersi yang dipakai oleh pemain-pemain Udinese.

Ya, selaku tuan rumah di arena Friuli, sememangnya pasukan Udinese menyarung jersi hitam putih tradisi mereka. Tapi jika diperhatikan betul-betul, kesemua sepuluh pemain yang berada di atas padang memakai jersi berlainan “design”. Kalau masuk penjaga gol jadi sebelas. Jersi-jersi yang dipakai oleh pemain “outfield” ini adalah koleksi dari musim-musim lepas hinggalah ke musim ini.

Bukan tu saja, jenama pembekal jersi mereka, HS, juga tak kelihatan. Kosong sebelah kanan dada.

Paparan nama penaja di dada jersi pun lain. Selalunya nama syarikat Dacia dan penaja bersama, Vortice yang terpampang. Tapi semasa menentang Lazio, nama “Auction” pula yang muncul.

Ok. Sebenarnya, ini bukanlah “marketing stunt” terkini dalam industri bola sepak. Ini adalah projek kelab dan penaja mereka yang dipanggil sebagai “Dacia The Auction”. Satu projek kebajikan. Jersi-jersi ni akan dilelong selepas perlawanan. Termasuk jersi penjaga gol sekali.

Tujuannya adalah untuk meraih dana bagi membantu memenuhi impian 11 orang peminat Udinese. Antaranya, membuat dokumentari berkenaan arena Friuli, membina rumah penjagaan orang tua dan kanak-kanak kelainan upaya serta penerbitan buku tentang sejarah kilang-kilang lama yang berada di bandar Udine.

Menurut kelab Udinese sendiri, inisiatif unik memakai jersi berbeza dalam satu perlawanan ini adalah yang pertama dalam dunia sukan. Dan ianya telah dipersetujui oleh Serie A juga. Yalah, bukan sewenang-wenangnya boleh pakai jersi lain-lain semacam ini woih.

Tapi serius bai, idea ni kreatif dan “brilliant”.

Sumber:

1. Dream Team FC, 2018, Michael Golson, Why are the Udinese players wearing 11 different shirts in today’s Serie A match?

Kongsi Artikel Ini

Sebuah Page Bola Yang Melangkah 786,025 Ke Hadapan


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.