Liverpool (Juara UCL 2018/19) akan bertemu Chelsea (Juara UEL 2018/19) jam 3.00 pagi nanti (15 Ogos 2019), perlawanan berlangsung di Vodafone Park, Stadium kelab Besiktas J.K.

Buat julung kalinya, aksi Piala Super Eropah menemukan 2 pasukan dari England, sebelum ini aksi Piala Super Eropah didominasi oleh pasukan La Liga, musim lalu perebutan Piala Super Eropah menemukan Real Madrid-Atletico Madrid.

Manchester United kelab England terakhir beraksi dipentas Piala Super Eropah pada 2017 setelah menjuarai UEL musim 2016/17, kelab La Liga tampil 3 musim berturut-turut iaitu 2012 (Sevilla-Real Madrid), 2013 (Sevilla-Barcelona) dan 2014 (Sevilla-Real Madrid).

Liverpool telah tampil 5 kali dan bergelar juara 3 kali (1977 – kalahkan Hamburg 7-1, 2001 – kalahkan Bayern Munich 3-2 dan 2005).

Chelsea pula pernah memenangi Piala Super Eropah pada 1998 dan gagal dua musim berturut-turut (2012 dan 2013).

Juara Terbanyak

Sejak diperkenalkan bermula tahun 1973, Barcelona dan AC Milan merupakan juara terbanyak Piala Super Eropah iaitu sebanyak 5 kali.

Perebutan Trofi antara 2 juara ini asalnya menggunakan format ‘home-away’, bermula musim 1998, Stadium kelab AS Monaco dijadikan Venue tetap yang berlanjutan selama 15 tahun (hingga 2012), ironinya Chelsea selaku pasukan terawal bermain menggunakan format Venue berkecuali (1998), menjadi pasukan terakhir yang beraksi di Venue tetap iaitu Stade Louis ii (2012).

Bila aksi Piala Super Eropah tidak lagi dimainkan di negara kecil Monaco iaitu pada 2013, Chelsea sekali lagi menjadi pasukan terawal tampil aksi Piala Super Eropah diluar Venue Stadium AS Monaco.

Eden Arena menjadi Venue pertama selepas 15 tahun aksi Piala Super Eropah dilangsungkan di Monaco, Stadium ini milik kelab Slavia Prague, Czech Republic.

LIVERPOOL

Kali terakhir Liverpool layak bermain dalam Piala Sumbangsih Versi Eropah ini adalah pada 2005, selepas menjuarai UCL di Istanbul.

Kapten Steven Gerrard tidak bermain kerana terlibat dalam kecederaan ketika bermain menentang Sunderland dalam aksi EPL beberapa hari sebelum perlawanan ini dimainkan. Situasi sama terjadi ketika ini ketika penjaga gol utama, Alisson Becker terpaksa diketepikan ekoran kecederaan yang dialami pada perlawanan pertama EPL lalu.

Menentang juara UEL, CSKA Moscow yang berlangsung di Stade Louis ii. Liverpool ketinggalan seawal minit 28 oleh gol Daniel Carvalho, penjaga gol Pepe Reina yang telah keluar lebih awal untuk menyelamatkan bola, sebaliknya Carvalho bijak menguis bola ketika pintu gol dah terbuka luas.

Pengurus Rafa Benitez mengeluarkan pertahanan kiri, John Arne Riise bagi memberi lebih pemain dibahagian serangan dengan memasukkan Djibril Cisse ketika Liverpool dalam kebuntuan mencari gol penyamaan

Tak sampai 10 minit bermain, gol ditunggu-tunggu menjelma hasil sepakan terus oleh Pepe Reina, bola tersebut menuju ke Luis Garcis yang bersahaja mendada kearah Cisse ketika Kapten CSKA, Sergie Ignashevich tak berdaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sebaliknya melantun ke Cisse yang selesa melakukan kuisan mudah melepasi Igor Akinfeev.

Liverpool sekali lagi mengesan kelemahan yang ada pada pertahanan CSKA, ketajaman Cisse sekali lagi ditagih dengan permainan ‘long ball’ mencari Cisse untuk menghasilkan gol kedua

Cisse memastikan namanya selaku pemain terbaik perlawanan dengan melakukan hantaran lintang ke Garcia untuk gol ketiga Liverpool.

Chelsea

Selepas dimalukan Atletico Madrid (kalah 4-1) edisi sebelumnya, Chelsea sekali lagi bermain di Piala Super Eropah selepas memenangi UEL 2012/13. Ironinya lawan Chelsea kali ini adalah Bayern Munich, pasukan yang Chelsea tewaskan diperlawanan akhir UCL 2011/12.

Chelsea turun dalam misi menebus kekalahan Piala Super Eropah musim sebelumnya, Bayern pula datang untuk menuntut kekalahan yang mereka alami difinal UCL 2011/12.

John Terry selaku kapten tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama oleh Jose Mourinho, tugas Kapten digalas Frank Lampard.

Tak sampai 10 minit permainan, Chelsea didepan menerusi gerakan pantas bermula dari Hazard melakukan hantaran ke André Schürrle dan disempurnakan Fernando Torres.

Percubaan demi percubaan terutamanya ditampilkan Bayern yang mencari gol penyamaan. Menuju 10 minit permainan tamat, Chelsea dihukum dengan bermain 10 orang selepas Ramires dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Mario Götze.

Bayern terus mengasak mencari gol penyamaan, kekentalan Petr Cech akhirnya musnah oleh jaringan pemain gantian Javi Martínez, gol lewat permainan hasil hantaran David Alaba berjaya menembusi ‘Parking Bus’ Chelsea.

Perlawanan berlanjutan ke penentuan penalti, Bayern akhirnya merangkul Trofi Super Eropah selepas bakal Lagenda Inter Milan, Romelu Lukaku gagal menyudahkan penalti terakhir. Kekalahan UCL lalu berjaya ditebus Bayern.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.