Menjelang aksi sepak mula Kelayakan Piala Dunia Pusingan Kedua antara Malaysia menentang Indonesia, Tahukah pembaca bahawasanya nama gelaran Harimau Malaya itu sebenarnya timbul di Sumatera Indonesia, dan pemberi gelaran itu pula merupakan orang nombor satu di Indonesia ketika itu, tak lain tak bukan adalah Kusno Sosrodihardjo atau lebih dikenali sebagai Sukarno. Presiden pertama Indonesia.

Begini ceritanya..

Dikatakan pada tahun 1953, pasukan bola sepak Melayu Singapura telah bertandang ke Indonesia bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan pasukan Perseja FC, pasukan Perseja ini dibarisi oleh pemain tempatan dan orang Belanda, mungkin ada pemain skuad ini pernah membarisi pasukan Dutch East Indies di Piala Dunia 1938.

Perlawanan itu disaksikan oleh Sukarno, diceritakan seorang pemain skuad Melayu Singapura ketika itu, Abdullah Bin Mohd Don atau nama panggilannya Dollah Don, telah menjaringkan ketiga-tiga gol buat pasukan Melayu Singapura, perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 3-0, dek kerakusan Dollah Don digawang lawan itu telah memukau Sukarno dan lantas menggelarkannya “Harimau Malaya”.

Dollah Don merupakan anak kelahiran Johor Bahru. Bakat yang ada pada Dollah Don bukan bermula di Indonesia, sebaliknya namanya telah beberapa tahun diceritakan seantero pelusuk negeri sehingga menarik minat banyak pasukan untuk berdepan dengan pasukan yang diwakili Dollah Don.

Dikatakan pada 1946, Dollah Don terlebih dahulu dijemput ke Indonesia untuk mereka lihat aksinya, tetapi hasrat itu tertangguh kerana Dollah ditimpa jatuh sakit.

Dollah Don juga telah mencetak 19 gol dalam satu kejohanan di Hong Kong pada tahun 1950. Lagenda bola sepak yang kurang disebut ini disebabkan zamannya sebelum era merdeka, bolehlah penulis gambarkan sebagai bayangan Rajabola seperti yang kita biasa dengar mengenai Ghani Minhat.

Dollah Don meninggal dunia pada 24 Disember 2014 diusia 91 tahun. Walaupun jasadnya telah bersemadi, tetapi gelarannya tetap kekal utuh disanubari setiap pencinta bola sepak Malaysia. Pemilik gelaran Harimau Malaya itu mungkin telah tiada, tetapi gelaran itu terus melekat untuk skuad kebangsaan kita.

Malaysia akan memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, perlawanan pertama kumpulan G di Stadium Gelora Bung Karno. Nama Stadium itu merujuk kepada President Sukarno, pemberi gelaran kepada Dollah Don 66 tahun yang lalu. Suka atau tidak, inilah sejarahnya..

Sumber: azizulhakim91.blogspot.com, nst.com.my

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.