Selepas siri Boboiboi Galaxy tular di kaca tv dan di hati dakdak wecet, kini ‘lejen’ pasukan Azzuri dan Roma siapa lagi kalau bukan Francesco Totti telah bersetuju dengan cadangan kelabnya , Roma untuk mengabadikan jersi replika bernombor 10 (jersi Roma)di angkasa lepas.

Ya angkasa lepas tuan-tuan!! Ini yang saya nak nyatakan tuan-tuan!(buat intonasi ahli politikus, bukankah ulangtahun merdeka dah nak dekat!)

Misi bersejarah ini menobatkan jersi Roma merangkap jersi milik Totti sebagai jersi bolasepak pertama pernah dilepaskan ke angkasa lepas.

Jersi Roma replika no.10 itu dilipat kemas-kemas sebelum dibawa ke angkasa oleh roket bernama ‘Vega’ dan dilancarkan di Pusat Angkasa Guiana atau, lebih feymes – Centre Spatial Guyanais (CSG) adalah dermaga angkasa milik Perancis dan Eropah yang terletak di barat laut Kourou di Guiana Perancis.

Haishh sebut pasal Perancis ni, saya tetiba bengang pulak kat mamat Perancis paling jimat di dunia ni – Prof Wenger Kedeq (kedekut taik idong masin nano nano).

Saya jangka kan tuan-tuan, hujung tahun ni mesti banyak banner #WengerOut dihantar ke angkasa Stadium Emirates. Ye lah tuan-tuan, lagi 9 hari nak start EPL – si Prof Wenger Kedeq masih gigih bid Lemar dah lebih 800 kali pun tak dapat-dapat jugak!! Kesian tuan-tuan, kesian oii!!

Janganlah nanti yang di’Lemar’ tak dapat, yang di’Sanchez’ keciciran!

Itulah yang saya takutkan tuan-tuan!!

So peringatan buat Sanchez, kalau nak jadi lejen macam Totti senang saja, Cobalah untuk setia der!

Nota kaki kiri kanan hidup:

http://www.asroma.com/en/news/2017/8/totti-s-final-shirt-successfully-launched-into-space

Kongsi Artikel Ini

Soerang yang kuat beragama, berwajah persis King Henry, namun Arsenal bukanlah segalanya.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.