Ethan Ampadu tidak sukar untuk dikenali dek kerana potongan gaya rambut ala Rasta miliknya. Berusia 19 tahun, Ampadu satu nama yang kurang dikenali dipadang kerana dia kini beraksi untuk pasukan Chelsea, sekadar melakukan 1 penampilan untuk Chelsea.

Inilah akibat rambut panjang – Lord Pokok

Jika MU mempunyai Tahith Chong, Arsenal ada Matteo Guendouzi. Chelsea juga punya persamaan sama iaitu dibarisi pemain muda dengan potongan rambut pelik. Mungkin inilah kelebihan Ampadu, kerana potongan rambut rastanya sekurang-kurangnya beliau dikenali berbanding aksi dipadang yang terhad.

Keluarga Campuran

Ayah Ampadu, Kwame Ampadu merupakan bekas pemain Arsenal, Kwame merupakan anak kepada pasangan campuran Ireland-Ghana. Ibu Kwame berkulit putih Ireland, sementara bapanya berkulit hitam Ghana. Kwame dilahirkan di England dan bertemu jodoh dengan bangsa Wales.

Pasangan Ireland/Ghana-Wales ini dikurniakan seorang anak lelaki yang mereka namakan sebagai Ethan. Anak lelaki ini lahir di England, atau lebih tepat di Exeter, dimana lokasi kelab Kwame bermain bola sepak iaitu Exeter City.

Kelab Exeter City ketika itu bermain di Liga bahagian ke-4 England atau disebut Football League Third Division. Bahagian 1 adalah EPL, bahagian 2 adalah Football League First Division, bahagian 3 adalah Football League Second Division. Jadi bawah dari itulah kelab Ayah Ethan Ampadu bermain. Ayahnya bermain diposisi Midfield.

Encik Kwame kini merupakan pembantu Jurulatih AS Monaco

Remaja

Ethan Ampadu mula bermain bola sepak dengan mewakili pasukan Stoke Hill. Beliau kemudiannya sertai skuad Remaja Exeter yang mana ketika itu dikendalikan oleh Ayahnya sendiri. Bila mana Encik Kwame meninggalkan anaknya di Akademi Exeter kerana menerima tawaran selaku Jurulatih pasukan Remaja Arsenal, Ethan kekal bermain di Akademi Exeter.

Diusia 12 tahun, dalam 1 perlawanan dengan Akademi MU, prestasi Ethan telah menarik minat MU untuk mendapatkannya, malangnya ketika itu berlakunya pertukaran lembaga Pengarah kelab dengan kedatang Mr. Ed Woodward, minat MU tidak dapat direalisasi dengan perpindahan Ethan sekurang-kurangnya dapat menjejaki Trafford Training Centre.

Ampadu melakukan debut untuk pasukan senior Exeter pada 9 Ogos 2016, iaitu perlawanan Piala Liga menentang Brentford, Ampadu ketika berusia 15 tahun 10 bulan dan 26 hari, selaku menjadi pemain termuda beraksi untuk Exeter, memadamkan rekod 87 tahun yang dipegang oleh Cliff Bastin.

Untuk penampilan Liga (Exeter ketika itu bermain di League Two), Ampadu sempat beraksi 8 perlawanan. Jumlah penampilan tersebut cukup untuk kelab Chelsea menyambarkan ke Akademi Chelsea sekaligus boleh menjadi bintang masa depan The Blues.

Chelsea

Ampadu selesaikan urusan perpindahan ke Chelsea pada musim panas 2017. Ampadu mendapat hadiah hari jadi ke-17 beliau dengan peluang melakukan penampilan untuk Chelsea, perlawanan Piala Liga menentang Nottingham Forest. Ethan Ampadu mencipta rekod sebagai pemain pertama kelahiran 2000, tampil untuk pasukan senior Chelsea.

Antonio Conte terus menjadi Pengurus kesayangan Ampadu dengan memberinya pula debut EPL, perlawanan ke-17 Chelsea menentang Huddersfield Town di Stadium John Smith’s.

Pasukan Kebangsaan

Ampadu mempunyai latar belakang keluarga campuran. Beliau boleh beraksi untuk pasukan kebangsaan England, Wales, Republic of Ireland dan Ghana. Untuk rekod Ampadu pernah tampil untuk skuad England bawah 16, namun pada 2016 Ampadu memilih mewakili skuad bawah 17 tahun Wales. Ampadu akhirnya mencontohi Ayahnya iaitu memilih mewakili negara kelahiran Ibu, Encik Kwame yang dilahirkan di England, memilih mewakili negara kelahiran ibunya, Republic of Ireland sebagai pasukan kebangsaan. Sementara Ethan Ampadu memilih negara kelahiran ibunya, Wales sebagai pasukan kebangsaan.

Pilihan Ethan Ampadu sangat tepat, Wales menggunapakai ramai pemain muda untuk membarisi skuad senior, pemain lain seperti David James, Harry Wilson dan Ben Woodburn menerima nasib sama seperti Ampadu, membuat penampilan yang kerap buat pasukan kebangsaan Wales diusia belum mencecah 20 tahun. Terima kasih kepada Coach, Chris Coleman.

Jurulatih Ryan Giggs terus memberi kepercayaan pemain-pemain muda ini bila dilantik mengendali Wales pada 15 Januari 2018. Ironinya pemain-pemain muda ini melakukan penampilan lebih banyak untuk pasukan kebangsaan berbanding kelab.

Selepas kegagalan Wales untuk mara ke Piala Dunia 2018 (menduduki tempat ke-3 kumpulan D, 2 mata dipisahkan dengan Republic of Ireland yang mara ke pusingan playoff), Ethan Ampadu dipanggil melakukan debut senior Wales pada 1 November 2017, iaitu melibatkan perlawanan persahabatan menentang Tuan Rumah Piala Dunia 2018, Perancis.

Pinjam Keluar

Chelsea menggantikan Antonio Conte dengan rakan sebangsa, Maurizio Sarri mengharungi musim 2018/19, Ethan gagal mendapat tempat atau sekurang-kurangnya melakukan penampilan kedua liga di Chelsea, walau bagaimanapun Ampadu diberi peluang beraksi untuk perlawanan Piala FA dan Europa.

Musim ini dibawah kendalian Frank Lampard, Ethan tidak berada dalam perancangan Lampard, beliau dipinjam keluar ke Bundesliga dengan menyertai kelab RasenBallsport Leipzig.

Mungkin Ethan perlu bersabar untuk menerima nasib seperti pemain lebih berusia darinya seperti Mason Mount dan Tammy Abraham yang jelas kerap berada dalam kesebelasan utama Chelsea musim ini.. Dan memotong rambutnya dari gaya Rasta kepada BBNU (Budak-budak Baru Nak Up).

Ethan akhirnya meninggalkan rambut rastanya untuk tampil dalam imej BBNU (Budak-budak Baru Nak Up). Tahith Chong dan Guendouzi ada beran?

Sumber : Lifebogger.com – Ethan Ampadu Childhood Story Plus Untold Biography Facts.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.