‘Si Hidung Tinggi’ ini sememangnya terkenal dengan keangkuhan beliau dalam berkata – kata. Namun beliau akan sentiasa dihormati dek kerana permainan memukau beliau.

Itulah Zlatan Ibrahimovic, pemain unggul kelahiran Sweden. Produk terbaik kelahiran skuad biru kuning itu selepas penyerang handalan, Henrik Larsson.

Tinggi tegap, berambut panjang itulah ciri khas yang di miliki Ibrahimovic dari sudut penampilan manakala rembatan kencang beliau sisi istimewa yang dimiliki pemain ini.

Namun ada sebuah penceritaan menarik di sebalik karier mengagumkan penyerang yang memegang rekod sebagai penjaring terbanyak skuad kebangsaan Sweden ini. Beliau memiliki 62 gol untuk negaranya.

Maxwell, nama ini mungkin hanya sekadar kita dengar dalam beberapa detik sahaja. Boleh kata, beliau ni tidaklah memiliki reputasi yang gah dan kurang popular. Kalau dalam Akasia TV3, Maxwell ni kira watak pelakon pembantu je.

Tapi jangan kita lupa, inilah rakan seperjuangan Ibrahimovic. Maxwell punyai rekod menyertai kelab yang sama dengan Ibrahimovic. Tak tahulah beliau ni pembelian berpakej bersama Ibrahimovic.

Kedua – dua pemain telah bermain bersama untuk empat buah kelab iaitu Ajax Amsterdam, Inter Milan, FC Barcelona dan kelab yang berbelanja besar tapi pra matang di pusingan kalah mati UEFA Champions League iaitu Paris Saint Germain.

Melekat bersama, duo ini berjaya menjulang 10 kejuaraan Liga bersama empat kelab tersebut sepanjang bermain di dalam satu pasukan yang sama.

Kenapa mereka digelar sahabat sejati? Bermula di Ajax Amsterdam, baca dengan nada yang perlahan kerana takut ia mengguris rakan – rakan yang memiliki sejarah hitam dengan Ajax musim ini di Santiago Bernabeu.

Tiba di kelab agung Belanda yang baru menyambut ulang tahun ke 119 tahun itu, Ibrahimovic mengadu kepada Maxwell yang beliau tiada tempat untuk berteduh.

Maklumlah kerja di tempat baru, Ibrahimovic memberitahu beliau tiada makanan dan tempat perlindungan. Dari situlah Maxwell tampil membantu Ibra dari segi penginapan, mereka ke pusat latihan bersama setiap hari.

Dalam autobiografi yang ditulis Ibrahimovic, beliau benarlah seorang rakan sejati. Beliau mengakui Maxwell merupakan seorang rakan yang baik untuk beliau.

Daripada Eredivisie, mereka berdua dipertemukan kembali di Serie A sebelum kedua-duanya berpeluang merasai falsafah tiki taka apabila menyertai FC Barcelona.

Silap Ibrahimovic juga, beliau kurang satu kejuaraan unggul di Eropah berbanding Maxwell. Mungkin telah ditentukan kejuaraan Champions League sebuah badi untuk Ibrahimovic apabila beliau beredar dari Barcelona lebih awal.

Dengarnya beliau tak sehaluan dengan Pep Guardiola. Guardiola bukan orang yang mampu tunduk dengan ego kau wahai Ibrahimovic.

Ibrahimovic dan Maxwell antara pemain terawal dalam revolusi kelab Paris Saint Germain yang dibeli Pak Arab. Ketika itu putaran bola sepak Perancis berubah 360 darjah.

Paris Saint Germain telah mendominasi Ligue 1, menafikan hasrat kelab lain untuk bangkit dengan kuasa duit mereka. Sama sajalah situasinya seperti di Liga Malaysia, cuma bezanya attitud kelab PSG itu jauh lebih profesional.

Keakraban Ibrahimovic dan Maxwell terus utuh di Perancis. Kisah percintaan mereka sebagai sahabat wajar kita contohi, mereka ‘brotherhood’ yang ikonik dalam bola sepak abad ini.

Ketika Ibrahimovic memilih untuk terus beraksi, Maxwell mengambil langkah berbeza apabila mengumumkan persaraannya pada musim 2017.

Nota: Tulisan ini dikongsi oleh saudara Azhan Mohi. Boleh follow FB beliau di sini.

Anda suka menulis sedap-sedap mengenai bola sepak? Apa kata hantarkan tulisan anda itu untuk kami siarkan pada lebih ramai audiens di thebolatonjol@gmail.com

Kongsi Artikel Ini

Anda berminat dalam penulisan tentang bolasepak? Salurkan kekreatifan anda dengan menghantar artikel kepada kami di thebolatonjol@gmail.com


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.