Pada Selasa lalu, penjaga benteng Atletico Madrid iaitu Diego Godin mengumumkan beliau bakal meninggalkan kelab tersebut pada penghujung musim nanti.

Godin sebak sebaik mengumumkan perkara tersebut di mana menjadi kebanggaan beliau hampir sedekad ini beliau memakai jersi merah putih kelab tersebut.

“Ia sudah berakhir, yang paling indah dalam hidup saya dan kerjaya saya. Dan tidak ada yang lain.”

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada kelab yang hebat ini dan saya bersyukur untuk semua orang di sini. Ia bukan kelab, ia adalah keluarga saya, rumah saya, cara hidup saya.”

Itulah ungkapan Godin ketika beliau berucap dalam majlis perpisahan beliau yang dihadiri rakan sepasukan dan pengurusan kelab tersebut.

Godin menjadi sebutan penyokong bola sepak sebagai antara pertahanan terbaik dunia dalam dekad terakhir ini. Turut ada dalam senarai adalah Chris Smalling, tu pun kalau korang percaya.

Beliau merupakan pelengkap kepada seni pertahanan yang ditemui oleh Diego Simeone bersama Atletico Madrid. Kebijaksanaan Godin di atas padang menjadi kesempurnaan pertahanan Atletico Madrid.

Menjadi kapten untuk ‘Los Rojiblancos’, Godin telah memenangi banyak kejuaraan penting untuk kelab tersebut.

Saat Manis !

Sebelum datangnya magis Unai Emery dan Sevilla dalam saingan UEFA Europa League, Atletico Madrid telah memilikinya. Tiga kejuaraan telah Godin julang bersama mereka, UEFA Europa League 2011/12. UEFA Supercup 2010 dan 2012.

Godin juga telah menamatkan kemarau kejuaraan La Liga untuk Atletico di mana kali terakhir mereka menjulangnya ialah pada abad yang ke 20, zaman komputer besar gedabak tu.

Tandukan padu beliau sudah cukup untuk membuatkan seluruh Catalan menangis pada musim 2013/14 ketika menentang Barcelona di mana keputusan tersebut memberi kejuaraan liga kepada Atletico.

Kecemerlangan Godin itu hampir diteruskan ketika pasukannya beraksi dalam final UEFA Champions League menentang seteru tradisi, Real Madrid di Estadio Da Luz.

Beliau membuka tirai jaringan namun jaringan abang Mohamed Salah iaitu Sergio Ramos pada minit terakhir memusnahkan segala harapan Godin dan rakan-rakan untuk meraih gelaran Eropah.

Tiada lagi nombor 2 yang penuh inspirasi di bahagian bawah Atletico. Tiada lagi tempat untuk Jimenez mengadu, menangis di tepi bucu agaknya beliau ketika ini.

Dilaporkan bakal menyertai Inter Milan namun apa pun hala tuju yang dipilih Godin si pembina empayar Madrid, semoga beliau terus mempamerkan ‘class’ beliau yang tersendiri.

(Layari laman web bolatonjol.com hari ini untuk mendapatkan artikel-artikel santai dan sinikal berfakta tentang bola sepak. Sedap di mata, sedap di hati, sedap di fikiran.)

Nota: Tulisan ini dikongsi oleh saudara Azhan Mohi. Boleh follow FB beliau di sini.

Kongsi Artikel Ini

Sebuah Page Bola Yang Melangkah 786,025 Ke Hadapan


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.