Ketika Thailand mengumumkan negara yang bakal bersaing dalam Piala Raja Thailand pada tahun ini, sebuah negara berjaya mencuri tumpuan aku.

View this post on Instagram

Pabien Kòrsou…..kampion bo ta…

A post shared by Curaçao National Football Team (@curacaonationalfootballteam) on

Curacao. Nama pun dah ingatkan aku kepada Cuckoo. Tapi dari mana datangnya negara Curacao ini?

Mereka adalah negara di kepulauan Carribean. Geng geng Jack Sparrow lah ni. Banyak juga negara-negara kecil di dalam kepulauan ini seperti Trinidad dan Tobago, Barbados dan Grenada.

Curacao merupakan negara yang memiliki asal usul Belanda. Diaorang ni kira jajahan negara tersebut. Biasalah penjajah kan, Melaka pun jajahan Portugal satu ketika dahulu.

Negara ini dah lama ada persatuan bola sepak cuma hanya pada 2011 sahaja barulah mereka disenaraikan oleh FIFA.

Dulu ada Netherland Antilles sebuah negara yang banyak negara jajahan Belanda seperti Aruba, Bonaire dan Saba termasuk Curacao sekali tetapi pada 2010 ianya dibubarkan jadi negara Curacao bebas menjadi negara sendiri kecuali negara selainnya.

Seperti Russia hasil daripada Soviet Union dan Serbia daripada Yugoslavia. Curacao juga didaftarkan oleh FIFA sebagai negara hasil Netherland Antilles.

Dominican Republic menjadi pasukan pertama yang mereka lawan dalam perlawanan persahabatan kompetitif sebagai sebuah negara.

Berada dalam senarai FIFA pada 2011, Curacao pernah menduduki ranking dunia tertinggi mereka pada kedudukan 68 dan kini negara tersebut berada di ranking 82.

Ramai pemain memiliki asal usul Belanda yang bermain bersama mereka. Yelah dah nama pun negara yang berada dalam kesatuan Belanda, mestilah ada asal usul.

Mereka memiliki nama besar yang bermain untuk skuad kebangsaan mereka seperti ketua pasukan mereka, Cuco Martina iaitu bekas pemain Southampton dan beberapa kelab EPL.

Bekas pemain Aston Villa, Leandro Bacuna juga beraksi untuk negara ini. Walaupun sering menjadi belasahan ketika bertemu pasukan CONCACAF seperti Amerika Syarikat, Curacao masih unggul menentang negara serantaunya.

Mereka menjulang kejuaraan Piala Caribbean pada tahun lalu. Kejohanan ini kiranya macam Piala AFF lah bagi kita yang duduk di Asia Tenggara ni.

Apa yang kita boleh lihat, Thailand bijak mencari pasukan kecil dengan ranking yang tinggi untuk dijemput bermain di dalam kejohanan yang mereka anjurkan.

Curacao mencipta kejayaan dengan muncul juara Piala Raja Thailand buat pertama kali selepas menewaskan Vietnam dalam perlawanan akhir menerusi penalti.

Siapa sangka, sebuah negara yang pernah dijajah Belanda berjaya menjulang kejuaraan di Asia Tenggara, rantau yang pernah dijajah Belanda satu masa dahulu.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.