CONCACAF bermaksud ‘Confederation of North, Central American and Caribbean Association Football’ atau di Melayukan menjadi Konfederasi Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Kepulauan Karibia. Pergh memang pelik bunyinya bila di terjemah..haha

Ada pula CONCACAF Gold Cup atau jika di melayukan menjadi Piala Emas Konfederasi Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Kepulauan Karibia adalah sebuah kejohanan terulung yang melibatkan pasukan bola sepak di Benua Amerika Utara, Amerika Tengah dan Kepulauan Karibia.

Terdapat 41 pasukan dibawah CONCACAF termasuk pasukan yang tidak diiktiraf oleh FIFA seperti Bonaire, Guadeloupe, Martinique, St. Martin dan St. Maarten. CONCACAF juga turut menerima 3 pasukan yang terletak dalam Benua Amerika Selatan iaitu French Guiana, Guyana dan Suriname.

Mula Dipertandingkan?

Piala CONCACAF mula dilangsungkan pada 1963, ianya disertai oleh 9 buah pasukan antaranya Honduras, El Salvador, Guatemala, Panama, Nicaragua, Costa Rica, Mexico dan Jamaica. Edisi sulung ini dijuarai oleh Costa Rica.

1963. ESTE COMBINADO GANO INVICTO EL NORCECA DE NACIONES DE

Kejohanan ini dilangsungkan setiap 2 tahun sehingga edisi 1973, Mexico dan Costa Rica masing-masing telah menang 2 kali, sementara Haiti dan Guatemala menag sekali. Kejohanan disambung pada 1977 di Mexico dengan dimenangi pasukan Tuan Rumah menerusi format ’round-robin’.

Historia de la Copa Oro de la Concacaf 1963 – 2017

Pasukan Honduras memanfaatkan kelebihan tuan rumah dengan menang pada edisi berikutnya (1981). Kanada pula muncul juara buat pertama kali pada edisi 1985

Amerika Syarikat (USA) tampil buat pertama kali pada edisi 1989 dan melangkah ke final (tewas kepada Costa Rica), edisi 1991 kejohanan dilangsungkan di USA dan kelebihan beraksi dihadapan penyokong sendiri dibayar dengan kejuaraan pertama.

Peter Vermes and United States celebrate 1991 Gold Cup title.

Pasukan Jemputan

Edisi 1996 buat pertama kali kejohanan bola sepak terbesar Benua Amerika Utara-Tengah dan Karibia ini menjemput pasukan luar bagi memeriahkan Kejohanan, pasukan Brazil menerima tawaran ini walaubagaimanapun tidak memandang serius dengan meletakkan skuad bawah-23 mereka sahaja.

Brazil tetap Brazil, mereka hantar skuad bawah-23 tetap menang dengan bergaya, keputusan 4-1 keatas Honduras disusuli 5 gol tanpa balas perlawanan berikutnya keatas Kanada melayakkan skuad muda Brazil ke pusingan separuh akhir. Brazil tidak mahu kejohanan ini dirosakkan mereka jadi ihsan diberikan tetap mampu menang separuh akhir menewaskan USA 1-0.

Jadi perlawanan akhir Brazil benar-benar akan bermain ‘pejam mata’ demi tidak mahu kejohanan kesayangan seluruh penduduk dan hidupan lautan Karibia kecewa, mereka tewas 2-0 kepada Mexico yang berjuang ibarat perlawanan akhir Piala Dunia.

Brazil menerima jemputan untuk edisi berikutnya (1998) dan mengakhiri kejohanan ditempat ketiga dimana Romario menghasilkan 3 gol.

Peru, Colombia dan Korea Selatan menjadi pasukan jemputan untuk edisi alaf baru 2000. Colombia muncul naib juara, tewas kepada Kanada 2-0 diperlawanan akhir yang berlangsung di Los Angeles.

Edisi 2002, Korea Selatan dan Ecuador menjadi pasukan jemputan, Korea melihat kejohanan ini sebagai pemanas badan sebelum menjadi tuan rumah Piala Dunia beberapa bulan akan datang, Korea mara sehingga ke separuh akhir sebelum tewas 2-1 kepada Kanada dalam penentuan tempat ke-3.

Brazil datang lagi sebagai pasukan jemputan di edisi 2003, tewas perlawanan akhir kepada Mexico oleh jaringan emas dari Daniel Osorno.

Edisi 2005 merupakan terakhir kalinya CONCACAF menerima pasukan luar, Afrika Selatan pasukan dari Benua Afrika pertama sertai kejohanan ini.

HOUSTON – JULY 17: (TOUCHLINE PHOTO IMAGES ARE AVAILABLE TO CLIENTS IN THE UK, US AND AUSTRALIA ONLY) The South Africa team poses for a group photo during the 2005 Concacaf Gold Cup quarter-final match between South Africa and Panama at the Houston Reliant Stadium July 17, 2005 in Houston, Texas. (Photo by Touchline/Getty Images)

Dominasi USA-Mexico Bermula

Sejak nama “CONCACAF Gold Cup” diperkenalkan bermula edisi 1991, Mexico dan USA tidak pernah terlepas untuk mara ke Final, walaupun Dominasi ini sedikit ‘terganggu’ dek penyertaan pasukan jemputan sejak edisi 1996 hingga 2005.

USA – 1991, 1993, 1998, 2002, 2005, 2007, 2009, 2011, 2013, 2017 & 2019.
Mexico – 1993, 1996, 1998, 2003, 2007, 2009, 2011, 2015, 2019.

Hanya edisi 2000 sahaja finalis Gold Cup tidak melibatkan pasukan USA dan Mexico.

20 February 2000: File group photo of the canadian national soccer team prior the game againts Mexico in the final of the 2000 Gold Cup at the Qualcomm Stadium in San Diego, California./Foto de grupo de archivo de la seleccion nacional canadiense momentos antes de su juego ante Mexico en la final de la Copa de Oro 2000 en el estadio Qualcomm de San Diego, California. MEXSPORT/MARTIN VENEGAS

Mungkin disebabkan inilah kejohanan ini kurang mendapat tumpuan kerana kurangnya kejutan. Dominasi USA terutamanya dilihat akan pudar terutama selepas kegagalan pasukan tuan rumah Piala Dunia 1994 ini gagal ke Piala Dunia Rusia 2018 yang lalu, sebaliknya pasukan kerdil seperti Panama berjaya mara ke Piala Dunia buat julung kalinya.

Mexico vs USA – Concacaf Gold Cup – Final 2019

Tetapi jangkaan ini meleset sama sekali dengan USA kekal menjadi gergasi Concacaf bersama jiran tetangganya Mexico, 2 gergasi ini akan berentap lagi isnin ini jam 9.00 (waktu Malaysia), perlawanan akhir CONCACAF Gold Cup 2019.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.