Club Deportivo Leganés (Leganes) ialah sebuah kelab di La Liga yang ditubuhkan pada tarikh 26 Jun 1928. Bermakna, tahun ini telah mencecah tahun ke-90 penubuhan kelab.

CD LEGANÉS, GETAFE DAN DERBY SOUTH MADRID

Kelab Leganes bertapak di Selatan Madrid, bersebelahan dengan Getafe. Justeru, kelab Leganes menjadikan jiran mereka, Getafe CF sebagai musuh tradisi. Pertemuan Leganes-Getafe juga disebut sebagai ‘Derby South Madrid’.

Walaubagaimanapun, Derby ini jarang dipertemukan, disebabkan kelab Leganes sendiri sebelum ini bermain dalam liga bawahan. Ini berbeza dengan Getafe yang bermain di La Liga.

GETAFE

Getafe asalnya ditubuhkan pada 1924, bermain di liga bawahan secara Amatur, sehinggalah ke zaman perang dunia. Tamat perang berlangsung di Kedai Arak, 5 penduduk tempatan telah bersepakat untuk mendaftarkan kelab Getafe dan tarikh 24 Februari 1946 tertubuhkan kelab Getafe secara rasmi, dipendekkan cerita pada penghujung 1981/82, kelab mengalami masalah kewangan serius, pemain tidak dibayar gaji sekaligus kelab terpaksa dibubarkan.

Getafe bangkit semula pada 1983 dan ditubuhkan semula pada tarikh 8 julai 1983 dan mereka bermain di liga division 7 Sepanyol. Persembahan Getafe meningkat secara mendadak, buktinya mereka juara liga setiap musim. Hanya pada musim 1986/87 mereka telah layak bermain di Tercena Divison iaitu liga division 4 Sepanyol yang menempatkan jiran mereka Leganes. Derby South Madrid berlangsung setiap musim sehingga 1992/93.

Kisah Derby South Madrid hampir sama jalan ceritanya dengan ’Derby Della Scala’ di Itali yang melibatkan kelab Chievo dan Hellas Verona. Mana tidaknya, kelab Getafe yang ‘mati hidup semula’ pada 1983 hanya menghabiskan masa 20 musim di liga bawahan semula, tapi kini berada sebaris dengan kelab Gergasi Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, Sevilla, Valencia, Malaga, Atletic Bilbao dan Villarreal di Liga teratas Sepanyol, La Liga. Sedangkan Leganes yang bermula di musim 1929/30, mengambil masa hampir 90 tahun lamanya untuk berjaya layak ke La Liga.

Namun pengalaman ‘ngeri’ Getafe kini telah berubah apabila mereka kembali semula ke La Liga musim 2017/18 setelah menumpaskan Tenerife 3-2 secara agreget dalam playoff. Dan bertemu semula jiran mereka yang ‘terpisah’ sejak kali terakhir pada musim 2003/04 di Segunda Liga.

Musim 2016/17 menjadi musim paling ‘mengerikan’ penyokong Getafe kerana jiran yang mereka rendahkan selama ini bermain di Liga yang mereka banggakan selama ini, sementara mereka terpaksa mengharungi Segunda Liga.

PENANTIAN LEGANÉS KINI BERAKHIR

Uniknya penantian 86 tahun Leganes untuk menjejaki pentas La Liga, detik bersejarah mereka melangkah buat pertama kali di La Liga pada musim 2016/17, jiran mereka Getafe yang telah 12 musim di La Liga, terhumban ke Segunda Liga setelah menduduki tangga ke-19 La Liga musim 2015/16.

Leganes mencipta sejarah apabila layak buat pertama kali ke La Liga, setelah menduduki tangga ke-2 Segunda Liga musim 2015/16 di belakang pendahulu Deportivo Alaves. Dalam kabinet trofi mereka, hanya terisi 2 trofi iaitu piala liga bawahan yang dimenangi pada 1985/86 sebagai juara Tercera Division (division 4) dan 1992/93 sebagai juara Segunda Division B (Division 3).

MENEWASKAN REAL MADRID!

Leganes juga mencipta sejarah musim ini apabila layak buat pertama kali ke Separuh Akhir Copa Del Rey selepas menewaskan Real Madrid 2-2 (peraturan gol tempat lawan), apabila gol jaringan Javier Eragos dan Gabriel Appelt Pires di Santiago Bernabue membantu kemaraan Leganes walaupun mereka tewas pada perlawanan pertama di Estadio Municipal de Butarque menerusi gol tunggal Marco Asensio 18 Januari lalu.

Leganes yang dibimbing Asier Garitano sejak 28 jun 2013, membawa perubahan besar buat kelab, bermula dengan layak ke Segunda Liga dari Segunda Division B di musim pertamanya 2013/14 setelah Leganes menduduki no.2 Kumpulan 2.

SEGUNDA DIVISION

Untuk pengetahuan pembaca, Segunda Division B terbahagi kepada 4 kumpulan, 20 pasukan setiap kumpulan. Pembahagian kumpulan dibahagikan mengikut lokasi pasukan sebagai contoh mudah, Leganes yang bertempat di Kota Madrid diletakkan sekumpulan dengan Atletico Madrid B dan Real Madrid B.

Untuk layak ke Segunda Liga, setiap 4 pasukan teratas setiap kumpulan layak bermain play-off, playoff pula dibahagi kepada 2, play-off pertama untuk juara setiap kumpulan, musim 2013/14 tersebut Racing Santander (Juara Kumpulan 1), Sestao (Juara Kumpulan 2), Llagostera (Juara Kumpulan 3) & Albacete (Juara Kumpulan 4) bertanding dalam playoff 1, Albaceta dan Racing Santander yang menewaskan lawan masing-masing diplayoff layak naik ke Segunda Division (division 2), playoff kedua pula diharungi setiap pasukan ditempat kedua hingga 4 dalam kumpulan liga masing-masing, secara matematiknya 3 pasukan dalam 4 kumpulan menjadikan 12 pasukan yang akhirnya menjadikan 6 pemenang dalam playoff pusingan pertama.

Playoff pusingan kedua, 6 pemenang ini ditambah dengan 2 pasukan yang kalah dalam playoff pertama iaitu Sestao dan Llagostera menjadikan 8 pasukan diplayoff pusingan ke-2. 4 pemenang layak ke play-off pusingan ke-3, Leganes yang menang playoff pusingan pertama tewaskan Guijuelo agreget 1-0 dan playoff pusingan ke-2 tewaskan Lleida Esportiu agreget 1-0, melangkah ke separuh akhir playoff bertemu L’Hospitalet dan menang agreget 2-1, Llagostera yang tewas diplayoff pertama tidak persiakan peluang kedua dengan turut layak mengiringi Albaceta, Racing Santander dan Leganes ke Segunda Division setelah tewaskan Gimnastic agreget 4-3 diplayoff pusingan separuh akhir.

Maka Leganes bersama 3 pasukan ini layak ke Segunda Division 2014/15. Leganes menamatkan musim 2014/15 di Segunda Division dikedudukan ke-10, sementara 3 pasukan yang mengiringi Leganes juga kekal di Segunda Division untuk musim seterusnya kecuali Racing Santander yang menghuni no.19.

Musim kedua Leganes di Segunda Division (2015/16) inilah detik bersejarah dicipta dengan menghuni tangga ke-2 sekaligus layak ke La Liga buat pertama kali.

LEGANÉS DI LA LIGA

Musim pertama Leganes di La Liga, Leganes mencipta kejutan dengan berjaya kekal tapi sebenarnya hanya dipisahkan 4 mata dengan zon penyingkiran, Leganes menghuni tangga 17 dengan 35 mata, hasil 8 menang, 11 seri dan 19 kalah.

Musim ini prestasi Leganes lebih baik, Leganes menang ke atas Athletic Bilbao dan Villarreal selain mengikat Atletico Madrid 0-0 antara kejutan yang dilakukan mereka.

LEGANÉS DI COPA DEL REY

Perjalanan Leganes dalam Copa Del Rey musim ini bermula dengan menewaskan Real Valladolid 3-1 di ‘round of 32’, kemudian Villarreal 2-2 (peraturan gol tempat lawan), ternyata peraturan ‘away goal’ ini menjadi tuah buat Leganes, mereka tundukkan Real Madrid disuku akhir dengan cara yang sama.

PEMAIN UTAMA LEGANÉS

Pemain terkenal yang membarisi skuad Leganes musim ini adalah Nordin Amrabat, pemain sayap Maghribi ini adalah pemain berstatus pinjaman dari kelab EPL, Watford. Leganes juga dibarisi bekas pemain Liverpool, Nabil El Zhar.

Pemain paling menonjol musim ini adalah Gabriel Appelt Pires, pemain skuad Primavera Juventus ini asalnya berstatus pinjaman sebelum diikat kontrak tetap musim lalu. Musim ini sahaja Gabriel dah jaringkan 5 gol dalam La Liga untuk Leganes.

Pemain tengah dari Brazil yang berusia 24 ini dilaporkan telah menarik minat beberapa kelab termasuk West Ham United.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.