Tahukah anda?Iran dan Amerika Syarikat (USA) pernah bertembung dalam perlawanan bola sepak utama dunia iaitu Piala Dunia.

Untuk rekod, Iran telah tampil sebanyak 5 edisi Piala Dunia (1978, 1998, 2006, 2014 & 2018), sementara USA tampil dua kali ganda lebih berbanding Iran iaitu sebanyak 10 edisi Piala Dunia (1930, 1934, 1950, 1990, 1994, 1998, 2002, 2006, 2010 & 2014). Salah satu dari 10 edisi tersebut selaku host iaitu di edisi 1994.

Trivia Konflik Dua Negara

1953 – Perdana Menteri ke-53 Iran, Mohammad Mosaddegh telah digulingkan akibat rampasan kuasa yang didalangi oleh US.
1979 – Iran secara rasminya telah menghapuskan sistem beraja, Mohammad Reza Pahlavi merupakan Raja terakhir sebelum digulingkan dan digantikan dengan Ayatollah Ruhollah Khomeini, Iran secara rasmi bergelar Islamic Republic of Iran. Siapa lagi kalau bukan US sebagai dalang semua ini.

Tahun sama juga berlaku ‘Krisis tebusan Iran’, 52 warga Amerika menjadi tebusan selama 444 hari, bermula 4 november 1979 hingga 20 januari 1981 di Tehran.

1988 – Konflik Iran-US kembali menggemparkan dunia pada 1988 apabila tentera US telah menembak pesawat F-14 yang disangkakan pesawat IR655 iaitu pesawat milik Iran, keadaan ini telah menyebabkan kematian 290 orang termasuk 66 kanak-kanak dan 16 anak kapal.

2020 – Kematian Mejar Jeneral Qasem Soleimani pada 3 Januari lalu di lapangan terbang antarabangsa Baghdad, Iraq oleh Amerika. Iran bersedia untuk berperang dengan Amerika bagi menuntut bela kematian Qasem Soleimani.

Piala Dunia 1998

Disebalik krisis Iran-US, pentas Piala Dunia 1998 adalah medan yang dimaksudkan, menjadi sejarah penyatuan dua negara yang terkenal sejak bertahun-tahun sebagai seteru dalam hubungan diplomatik.

LALUAN IRAN KE PIALA DUNIA

Iran mara ke Piala Dunia 1998 selepas 20 tahun, melepasi pusingan awal selaku juara kumpulan 2 mengetepikan Kyrgyzstan, Maldives dan Syria. Iran berada ditempat kedua Kumpulan A dibelakang Arab Saudi untuk mara ke pusingan playoff, Iran tewas kepada Jepun agreget 3-2 dan terpaksa bermain dalam perlawanan playoff inter-confideration bertemu Australia untuk layak ke Perancis. Perlawanan berakhir 3-3, Iran berkelebihan menerusi peraturan gol ditempat lawan.

LALUAN USA KE PIALA DUNIA

US konsisten layak ke Piala Dunia untuk ke-3 edisi berturut-turut selepas 1990 dan 1994, US mudah melepasi kelayakan pusingan ketiga selaku juara kumpulan mengatasi Costa Rica, Guatemala dan Trinidad & Tobago. Pusingan ke-4 iaitu penetuan terakhir Zon Concacaf ke Piala Dunia, US mengakhiri kedudukan kedua kumpulan yang mengandungi 6 pasukan, US bersama Mexico dan Jamaica (yang juga layak buat pertama kali) menjadi 3 wakil Concacaf ke Piala Dunia.

UNDIAN PIALA DUNIA PERINGKAT KUMPULAN

Pembahagian kumpulan Piala Dunia 1998 menyaksikan 4 balang undian, Iran berada dibalang C bersama 3 wakil Asia (Korea Selatan, Arab Saudi dan Jepun) dan 3 pasukan dari Amerika Selatan iaitu Chile, Paraguay dan Colombia. US pula dibalang D bersama 2 lagi wakil Concacaf dan 4 pasukan dari Afrika (Afrika Selatan, Nigeria, Maghribi dan Tunisia).

Iran dan US secara kebetulan telah dijodohkan bersama dalam Kumpulan F, ketika keadaan ini berlaku FIFA telah berkira-kira untuk mengadakan keadaan yang harmoni sebelum sepak mula untuk mengelak sebarang keadaan yang tak diingini berlaku dek pertempuran dua negara dalam konflik diplomasi.

Iran telah tewas perlawanan pertama kepada Yugoslavia oleh gol tunggal Sinisa Mihajlovic, sementara US juga tewas perlawanan pertama kepada Jerman. Perlawanan Iran-US yang berlangsung pada 21 Jun sangat penting bagi kedua-dua pasukan untuk mendapat mata sekaligus dapat meneruskan sisa perjuangan dalam buruan ke pusingan 16.

Iran diketuai oleh Ahmad Reza Abedzadeh, penjaga gol ini tidak diturunkan pada perlawanan pertama kerana belum pulih sepenuhnya dari kecederaan, tetapi melihat situasi penjaga gol gantian Nima Nakisa yang melepaskan gol mudah ketika berdepan Yugoslavia, khidmat Ahmad Reza sangat ditagih Jurulatih Jalal Talebi. Iran juga perkuatkan oleh Ali Daei .

Sementara US meletakkan pemain muda seperti Brian McBride dan Claudio Reyna dalam kesebelasan utama. Perlawanan dimulakan dengan pertukaran jambangan bunga oleh kedua-dua ketua pasukan, Ahmad Reza dan Thomas Dooley.

Iran menjaringkan gol beberapa minit sebelum menuju rehat oleh Hamid Estili menerusi tandukan. 10 minit terakhir perlawanan, Iran selesa dengan gol kedua oleh Mehdi Mahdavikia menerusi serangan balas hasil umpanan Ali Daei. US akhirnya mendapat gol beberapa minit sebelum wisel penamat oleh Brian McBride menerusi tandukan ketika penjaga gol, Ahmad Reza telah keluar dari pintu gol, dua pertahanan Iran, Mohammad Khakpour dan Naim Sadavi gagal menolak keluar bola yang meluru begitu padu kegawang gol Iran.

Iran menang dalam pertempuran bola sepak menewaskan musuh tradisinya. Walau bagaimanapun Iran dan US masing-masing gagal lolos ke pusingan 16 selepas  kedua-duanya tewas perlawanan terakhir kumpulan F.

Iran tidak layak di Piala Dunia edisi 2002 ketika US diundi sekumpulan dengan wakil Asia lain, iaitu Korea Selatan yang juga tuan rumah. Edisi 2006, 2010 dan 2014, pasukan Asia dan Concacaf diletakkan dalam balang undian sama, Iran gagal mara dipentas Piala Dunia 2010. Sementara Edisi terbaharu iaitu 2018, FIFA memperkenalkan format undian kumpulan berbeza dengan 4 balang undian dibahagikan mengikut ranking pasukan, US tidak layak ke Piala Dunia 2018 buat pertama kali selepas kali terakhir gagal pada edisi 1986 di Mexico. US bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama (Kanada dan Mexico) untuk edisi 2026.

Semoga kemelut antara Iran dan US dapat segera dipulihkan, peperangan akan membuatkan banyak nyawa yang tidak berdosa akan tergadai. Moga Iran dan US boleh berbaik-baik bukan sahaja dalam bola sepak seperti yang mereka pernah tunjukkan pada Piala Dunia 1998.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.