Ketika tumpuan kemenangan Portugal dalam UEFA Nation League diberikan kepada Cristiano Ronaldo, namun ada nama yang juga menjadi arkitek kepada kejayaan Portugal.

Tak lain tak bukan Bernardo Silva. Aku syak mamat ni jenis orang yang suka tolong orang. Dalam dua perlawanan UEFA Nation League iaitu semi final dan final sahaja beliau ada tiga assist.

 

View this post on Instagram

 

OBRIGADO A TODOS OS PORTUGUESES 🇵🇹

A post shared by Bernardo Carvalho E Silva (@bernardocarvalhosilva) on

Mujur satu gol Cristiano Ronaldo dalam semi final tu free kick, kalau dari permainan terbuka aku rasa mamat ni yang tukang assist gol tersebut.

Bernardo satu satunya pemain yang memiliki banyak kejuaraan bersama kelab dan negara pada musim ini. GOAT macam Messi dan Ronaldo pun ternganga nganga kau tahu tengok kejayaan dia. Jadi Bernardo > Messi/Ronaldo?

Lima kejuaraan dimiliki beliau musim ini. Lincah dan memiliki kemahiran individu tersendiri, itulah senjata utama anak kelahiran Lisbon Portugal ini. Dia punya larian tu, fuh akan sentiasa menarik minat orang yang menonton.

Beliaulah pemain paling cemerlang dalam saingan bola sepak di Eropah musim 2018/19 ini. Mana tidaknya, dengan kelab dapat piala, dengan negara pun dapat piala.

Bernardo juga dah ada tiga kejuaraan liga dalam tiga musim berturut-turut. Musim pertama bersama AS Monaco dan baki dua musim bersama Manchester City. Terbaik jugalah pilihan beliau.

Musim ini, beliau merupakan antara tonggak penting Pep Guardiola dalam menjayakan sasaran mereka untuk menjadi kelab pertama Inggeris yang memperoleh treble domestik.

Mereka menang Piala Carabao, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA. Namun City beranggapan Community Shield juga sebagai kejuaraan besar jadi mereka anggap mereka menang quardruple.

Tapi Manchester City tak sedar agaknya, orang dekat Malaysia buat dulang Community Shield tu untuk makan ataupun buat alas untuk letak hantaran. Paling koman pun orang buat baling anjing je.

Bersama City musim ini, beliau menjaringkan 13 gol dalam semua kejohanan. Prestasi meningkat naik Bernardo juga telah menyebabkan si rambut kembang, Leroy Sane hilang tempat. Mesti Sane mengirap, dia ingat Mahrez akan rampas tempat tapi rupanya Bernardo.

Malah dalam final Piala FA pun, Bernardo telah mempamerkan kualiti terbaik yang di miliki beliau apabila mencatatkan empat bantuan gol dalam final tersebut. Tak tahu Watford yang noob atau dia memang power.

Kapten City, Vincent Kompany juga ada kata Bernardo ni bakal jadi kapten City pada masa hadapan. Kalau tengok pada prestasi, ada kemungkinan juga.

Bernardo sudah pasti ada sugul sedikit apabila beliau tidak berada dalam skuad Portugal ketika menjulang EURO pada 2016. Kalau tidak, beliau dah ada dua kejuaraan dengan Portugal.

Portugal sudah tentu akan gembira melihat Bernardo mampu memberikan sesuatu untuk pasukan jadi mereka tahu jika Ronaldo bersara, Portugal masih ada pemain berbakat yang lain. Ni tidak, asyik-asyik Ronaldo je.

Untuk beberapa tahun akan datang, beliau bakal jadi pemain penting untuk Manchester City dan Portugal.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.