Menurut laporan dari Marca, Atletico Madrid bakal menghabiskan musim 2018/19 mereka dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Beitar Jerusalem.

Perlawanan dijadualkan berlangsung di laman Beitar Jerusalem, Stadium Teddy pada 21 Mei 2019, iaitu genap seminggu selepas ulang tahun ke-71 tertubuhnya Israel di muka bumi ni.

Selain tu, perlawanan ni juga berlangsung enam hari selepas ulang tahun ke-71 peristiwa Nakba. Hari Nakba ni bermaksud hari kecelakaan, tanda memperingati pengusiran keluar besar-besar yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri

Hubungan Los Rojiblancos dan Israel ni bukanlah satu rahsia. Penaja utama mereka, Plus 500, iaitu sebuah firma kewangan antarabangsa yang menyediakan urusan perdagangan atas talian mempunyai ibu pejabat di Israel.

Selain tu, salah seorang pemegang saham utama dalam Atletico Madrid adalah Idan Ofer. Dia merupakan billionaire Israel dan mempunyai 32% jumlah pegangan saham kelab berkenaan menerusi syarikatnya, Quantum Pacific Group.

Bagi kelab Beitar Jerusalem pula, ni bukanlah kali pertama mereka mencipta berita sekitar ulangtahun Hari Kebangsaan Israel dan peristiwa Nakba.

Pada Mei tahun lepas, media antarabangsa melaporkan kelab tersebut mencadangkan agar mereka dipanggil sebagai Beitar ‘Trump’ Jerusalem. Ini sempena menyokong keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memindahkan kedutaan negaranya dari Tel Aviv ke tanah suci Baitulmaqdis.

Untuk rekod, Beitar Jurusalem merupakan salah sebuah kelab besar dalam bola sepak Israel. Pernah memenangi 6 gelaran Liga Perdana Israel, 7 Piala Israel dan 2 Piala Supercup Israel. Itu cerita bola sepak.

Tapi dalam sisi lain, Beitar Jurusalem ni terkenal dengan sikap perkauman yang menebal. Ini semenjak dari penubuhan kelab tersebut oleh oleh geng sayap kanan pergerakan zionis pada 1936 lagi. Dan penyokong mereka juga mengadapatasi sikap perkauman sedemikian rupa sehingga kini.

Ultra mereka bernama La Familia, sekumpulan nasionalis yang bangga dengan jatidiri Yahudi serta kebencian meluap-luap kepada bangsa Arab. Mereka berbangga Beitar Jurusalem menjadi satu-satunya kelab bola sepak di Israel yang tak pernah menandatangani bangsa Arab sebagai pemain.

Sorakan atau “chant” berbentuk perkauman seperti anti-Arab memang selalu dilakukan oleh geng ultra La Familia di setiap perlawanan bola sepak. Kain rentang atau “banner” bertuliskan “Forever Pure” juga pernah dijulang semasa perlawanan.

Pernah sekali kelab Beitar Jurusalem cuba menandatangani dua pemain beragama Islam dari Chechnya, Gabriel Kadiev dan Zaur Sadaev pada 2013. Penyokong marah walaupun telah diberitahu mereka bukan bangsa Arab. Pejabat kelab habis dibakar oleh penyokong mereka. Sampai habis musnah segala memorabilia bersejarah kelab berkenaan. Trofi kemenangan dalam kabinet habis hitam terbakar.

Paling gila sekali, mereka keluar dari stadium beramai-ramai apabila Zaur Sadaev menjaringkan gol pada penampilan debutnya. Dan memboikot perlawanan yang membabitkan kelab selepas itu. Kapten kelab berkenaan, Ariel Harush, juga tak terlepas. Dia diancam bunuh oleh geng penyokong Beitar Jurusalem hanya semata-mata menyambut kedatangan Gabriel Kadiev dan Zaur Sadaev.

Walaupun pernah didenda beberapa kali, tapi geng La Familia ni tak pernah serik. Seorang ahli Parlimen Israel berbangsa Arab pernah melabelkan kelab ini sebagai rasis. Tapi dengan selamba penyokong mereka bangga melabelkan diri sebagai “the most rascist in the country.”

(Layari laman web bolatonjol.com hari ini untuk mendapatkan artikel-artikel santai dan sinikal berfakta tentang bola sepak. Sedap di mata, sedap di hati, sedap di fikiran.)

Kongsi Artikel Ini

Sebuah Page Bola Yang Melangkah 786,025 Ke Hadapan


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.