Sebelum ini FIFA memberitahu mereka bakal melakukan penambahan pasukan dalam saingan Piala Dunia FIFA bermula edisi pada 2026 nanti di mana tiga negara menjadi tuan rumah.

Negara tersebut ialah Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Ia merupakan kali pertama sejak 2002, Piala Dunia melantik tuan rumah lebih daripada satu pasukan.

Jumlah pasukan Piala Dunia bermula pada 2026 nanti ialah ialah 48 pasukan berbanding 32 ketika ini. Jumlah kumpulan juga akan berubah kepada 16 kumpulan yang dihuni tiga pasukan.

Sejajar dengan penambahan tersebut, pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 minggu lalu, Pengerusi ASEAN yang juga merupakan Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan o-cha ada sesuatu yang menarik telah disampaikan.

“Saya ingin memaklumkan kepada rakyat ASEAN yang hari ini, pemimpin menyokong hasrat bersama ASEAN untuk membangunkan sebuah pembidaan bersama untuk menjadi tuan Piala Dunia FIFA pada 2034.

”Dalam hal ini, saya ingin mempelawa semua rakyat ASEAN untuk bersama-sama menyokong​​​​​​​ persatuan bola sepak kebangsaan anggota negara ASEAN dengan tujuan merealisasikan impian ini secara bersama,” katanya.

Beliau memaklumkan pemimpin dari seluruh negara ASEAN telah bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia secara bersama pada 2034 nanti.

Untuk maklumat, slot Asia dalam Piala Dunia mengikut format terkini ialah empat slot automatik dan satu slot playoff yang akan bertemu pasukan dari benua lain.

Mengikut format baru nanti, Asia bakal diberikan lapan slot dan sudah tentu ia bakal menjadi rebutan banyak pasukan dan persaingan lebih menarik.

Apa Akan Terjadi Sekiranya ASEAN Menjadi Host?

ASEAN memiliki 10 buah negara dan belum pernah dalam sejarah, ada pasukan dari rantau ini yang berjaya layak ke kejohanan berprestij itu secara merit sebelum ini.

Oklah kita bagi, Indonesia claim negara tersebut pernah beraksi dalam Piala Dunia 1938 di negara Perancis. Namun hakikatnya ia bukanlah Indonesia tapi Hindia Timur Belanda.

Pasukan tersebut dikuasai penjajah mereka iaitu Belanda. Bukankah Indonesia membenci Belanda jadi mengapa mereka sibuk-sibuk berbangga dengan pencapaian penjajah. Itulah mereka, budaya claim takkan luput dari diaorang.

Bakal berlaku kesukaran untuk menentukan siapa yang layak menjadi tuan rumah nanti. Minima tiga negara diperlukan sekurang-kurangnya untuk menjadi tuan rumah format baru.

Tiada siapapun pernah ke Piala Dunia dan pastinya semua terkinja-kinja mempamerkan minat untuk menjadi tuan rumah. Yang skuad negara macam celaka pun buat-buat sibuk.

Jadi ini pendapat aku bagaimana ASEAN boleh menentukan pasukan mana yang berhak untuk menjadi tuan rumah jika mereka sudah bersedia untuk membida kejohanan yang bakal berlangsung 15 tahun dari sekarang itu.

1. Negara Yang Memiliki Fasiliti Terbaik

Pokok utama ialah sudah tentulah fasiliti terbaik untuk menganjurkan kejohanan tersebut. Setakat ini negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia memiliki banyak stadium.

Namun Thailand memiliki kelebihan kerana stadium mereka yang kebanyakannya memang khas untuk sukan bola sepak dan tiada trek seperti Stadium Buriram dan Stadium Muangthong United.

Fasiliti perlu dibina dengan pesat seperti pusat latihan yang canggih dan lengkap untuk memudahkan negara bertanding berlatih dengan selesa. Ini perkara akar, perkara utama. Takkan kau nak tengok pemain bertaraf dunia berlatih atas padang macam bendang kan?

2. Pasukan Yang Memiliki Prestasi Terbaik Dalam Kejohanan Asia

Ini juga penting kerana mahu mencari persaingan dalam kejohanan nanti. Kau bayangkan ASEAN pilih Brunei Darussalam dan Timor Leste jadi tuan rumah, bapak lauknya.

Kalau tengok rekod pun memang pasukan ASEAN jaranglah lepas ke pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia zon Asia, yang ada dua kumpulan dan enam pasukan dalam setiap kumpulan tu.

Sebelum ini Thailand pernah sampai tapi negara Asia lain tunjukkan kepada kita betapa lemahnya level pasukan dari rantau kita. Thailand dapat nombor last.

Perkara ini perlu diperhalusi. Mereka perlu melihat pasukan yang sentiasa mara jauh dalam perlawanan peringkat Asia, pasukan yang memiliki prestasi terbaik dalam kejohanan serantau dan memiliki pasukan yang mampu bersaing.

Soal domestik seperti lapangan terbang yang mampu memuatkan ramai pengunjung dalam satu masa juga penting kerana tahu jelah ada banyak negara yang bakal datang.

Jadi segalanya bakal ditentukan dalam masa 15 tahun dari sekarang. Bagi aku, ini peluang Malaysia untuk cuba masuk dan mencipta sejarah layak ke Piala Dunia sebab nak ikut secara merit, sampai kiamat pun belum tentu dapat.

p/s: Artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis. Bola Tonjol seperti biasa, sentiasa kekal berkecuali dalam hal-hal berkaitan isu ‘deep’ seperti artikel ini.

Kongsi Artikel Ini

Ada orang gilakan perempuan, bagi aku aku lebih gilakan bola sepak. Tidak melukakan hati yang dalam.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.