Siapa tak tahu dengan teknik sepakan penalti gaya Panenka, teknik yang punya berseni dipersembahkan dengan gaya menyungkit bola kearah tengah gol sekaligus memperdayakan penjaga gol dalam situasi sepakan penalti.

Teknik sepakan Panenka ini diberi nama sempena penghormatan kepada pengasasnya atau individu pertama yang dipercayai menggunakan teknik tendangan ini iaitu Antonin Panenka.

Teknik tendangan Panenka dipersembahkan buat pertama kali kepada dunia dalam perlawanan akhir Piala Eropah 1976. Antonin Panenka telah mempersembahkan teknik sepakan penalti dengan gaya menyungkit atau menyodok bola kearah tengah gol, sekaligus menewaskan penjaga gol Bayern Munich, Sepp Maier untuk Czechoslovakia menang penalti 5-3.

Kenali Antonin Panenka

Antonin Penanka berusia 28 tahun ketika kejohanan Euro edisi 1976 dilangsungkan. Untuk karier kelab, Panenka menghabiskan 14 tahun di kelab Bohemians Praha, 4 tahun di Rapid Wien dan menghabiskan sisa karier sebagai pemain dibeberapa kelab kecil sebelum menggantung boot pada 1993, ketika itu beliau dah menjangkau usia 45 tahun.

Panenka bermain selaku Attacking Midfielder. Panenka bukan sahaja “Raja” sepakan penalti, beliau juga sebenarnya biasa mengambil sepakan percuma dan penjuru.

Peristiwa Sebelum Lahirnya Teknik Penalti Panenka Oleh Antonin Panenka

Bola sepak merupakan sukan yang tidak membosankan disebabkan banyak aspek boleh dimainkan seperti situasi sepakan sudut, sepakan percuma dan penalti. Kebiasaan pemain Bohemians melakukan sepakan penalti sebagai salah satu cara memberikan aktiviti latihan pasukan lebih menarik, untuk lebih bersemangat mereka berjudi dalam sesi latihan ini. Tetapi habuan perjudian mereka bukanlah wang semata-mata, mereka turut bertaruh dengan gula-gula dan arak.

Disebabkan kecekapan penjaga gol Zdenek Hruska, Panenka kehilangan banyak wang dan beliau memikirkan cara lain untuk menewaskan Hruska. Penanka melihat dengan cara menyepak bola ke bahagian tengah, peluang untuk bola masuk lebih baik kerana kebiasaan penjaga gol akan merebahkan bahan kearah kiri atau kanan gawang. Tetapi kalaupun penjaga gol dah beralih badan ke arah kiri atau kanan, kaki penjaga gol masih berada ditengah, jadi Panenka memikirkan cara menyepak bola ke arah tengah dan sedikit bahagian atas, cara untuk menghantar bola ke bahagian ini tak lain tak bukan dengan teknik mencungkil bola.

Panenka tidak lokek untuk berkongsi teknik tendangan ini, penekanan yang diberikan Panenka adalah sepakan itu perlulah pada kelajuan bola yang sederhana, Penanka mula melakukan teknik ini dan berjaya menewaskan Hruska disesi latihan yang berunsurkan perjudian itu..haha

Kejayaan ini membuatkan Panenka lebih berkeyakinan untuk ‘membawa’ teknik pergi lebih jauh, bermula dengan perlawanan persahabatan, Panenka juga berjaya menewaskan penjaga gol utama Czechoslovakia ketika itu, Ivo Viktor yang bermain untuk kelab Dukla Prague.

Dikatakan sebelum kejayaan Panenka menewaskan Sepp Maier di Euro 1976,  sepuluh penjaga gol telah terpedaya dengan teknik penalti Panenka ini. Dan sepanjang karier Panenka, beliau telah melakukan 35 kali teknik tendangan ini, yang menghairankannya walaupun beliau terkenal dengan teknik ini, Panenka cuma gagal sekali dalam menghasilkan penalti.

 

Sumber: Youtube CERITA BOLA

 

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.