Sejarah nombor jersi digunapakai dalam sukan bola sepak dipercayai bermula tahun 19011, namun ianya bukanlah bermula di Eropah atau lebih tepat dibumi England yang kita ketahui sebagai lokasi terawal sukan bola sepak dimainkan, sebaliknya bermula di Australia.

Perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Sydney Leichardt menentang HMS Powerful pada tahun 1911 dikatakan penggunaan nombor dibaju pemain digunakan buat pertama kalinya. Perlawanan ini berlangsung di New South Wales, Australia. Walau bagaimapun setahun kemudian, pihak New South Wales telah melarang penggunaan nombor dibaju para pemain, sebab musababnya tidak pula diterangkan. Mungkin risau nombor dibaju pemain boleh mendatangkan idea kepada kaki nombor ekor, penulis sekadar beragak-agak sebab tiba-tiba teringat seorang Pakcik tempat kerja penulis dahulu selalu belek-belek Kalender, nak telek nombor katanya..haha

Sejarah nombor jersi dipanjangkan pula pada 1923, dimana pasukan dari Scotland iaitu Third Lanark telah bertandang ke Argentina dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan yang bergelar Zona Norte. Kesebelasan utama kedua-dua pasukan telah mengenakan jersi tertera nombor 1 hingga 11.

Tahun 1924 pula, penggunakan nombor jersi dalam perlawanan bola sepak digunapakai di Amerika Syarikat, perlawanan antara Fall River Marksmen menentang St Louis Vesper Buick dalam aksi Piala Cabaran Kebangsaan untuk musim 1923/24.

Akhirnya pada tahun 1928, penggunaan nombor jersi buat pertama kali digunakan di Eropah dengan perlawanan antara Sheffield Wednesday bertemu Arsenal, diikuti perlawanan Chelsea menentang Swansea City pada tahun sama.

Penggunaan nombor jersi pada awal pengenalannya telah ditetapkan mengikut posisi pemain:

Nombor 1 untuk Penjaga Gol, nombor 2 untuk Pertahanan Kanan, nombor 3 untuk Pertahanan Kiri, nombor 4 dan 6 untuk Pertahanan Tengah, nombor 5 untuk Defensive Midfield, nombor 7 untuk Sayap Kanan, nombor 8 untuk Attacking Midfield, nombor 9 untuk Penyerang, nombor 10 untuk pemain Tengah dan nombor 11 untuk Sayap Kiri.

1

2-4-6-3

7-5-11

10-8

11

Secara tradisinya nombor 1 telah kita tahu sebagai nombor untuk Penjaga Gol. Tetapi kita perlu juga tahu bahawa tiada peraturan khusus yang ditetapkan oleh FIFA, atau mana-mana Persekutuan bola sepak yang melarang nombor 1 untuk digunakan oleh mana-mana pemain yang bukan bermain diposisi sebagai Penjaga Gol.

Disebabkan tiadanya peraturan larangan ini, terdapat pemain bola sepak yang bukan bermain sebagai Penjaga Gol, memilih untuk memakai nombor 1 .

Ruud Geel

Belanda layak ke Piala Dunia 1974 selepas terlepas dalam 6 edisi sebelumnya, pemain penyerang kedua mereka iaitu Ruud Geel telah diberi kebenaran untuk memakai jersi nombor  skuad kebangsaan Belanda. Tetapi berita menyedihkannya, pemain kelab Club Brugge ini langsung tidak diturunkan oleh Jurulatih Rinus Michel. Belanda bermain dalam 7 perlawanan, 3 peringkat kumpulan pertama, 3 peringkat kumpulan kedua dan 1 aksi final.

Uniknya Penjaga Gol Belanda, Jan Jongbloed memakai nombor 8.

Norberto Alonso


Alonso bermain sama posisi dengan Ruud Geel iaitu penyerang kedua atau attacking midfield. Bezanya Alonso berpeluang bermain, perlawanan yang dimaksudkan adalah Piala Dunia 1978. Alonso merupakan pemain Argentina berjersi nombor 1, perlawanan peringkat kumpulan antara Argentina bertemu Hungary pada 2 Jun 1978, menyaksikan sejarah dimana Alonso masuk sebagai pemain gantian menggantikan Jose Daniel Valencia pada minit 75′. Argentina menang 2-1. Alonso bermain lagi 3 perlawanan yang mana kesemuanya sebagai pemain gantian.

Osvaldo Ardiles

Argentina mengekalkan jersi nombor 1 untuk pemain yang bukan bermain diposisi penjaga gol, untuk edisi Piala Dunia 1982, Osvaldo Ardiles pula menjadi pemilik jersi nombor 1 skuad Argentina, bezanya pula dengan Norberto Alonso adalah Ardiles bermain diposisi lebih ‘deep’ dibahagian tengah iaitu Center Midfield, Ardiles juga bermain dalam kesebelasan utama berbeza dengan Alonso atau Ruud Geel sebelum itu yang bukan dikalangan pemain regular.

Ardiles bermain dalam kesemua perlawanan untuk Argentina disaingan kumpulan menentang Belgium, Hungary dan El Salvador, juga lagi dua perlawanan peringkat kumpulan kedua keatas Itali dan Brazil. Ardiles langsung tidak dikeluarkan oleh Jurulatih Cesar Luis Menotti. Argentina tersingkir disaingan peringkat kumpulan kedua.

Stuart Balmer

Bermula dengan kelab remaja Celtic, Stuart Balmer berhijrah ke England setelah tidak mendapat peluang bermain dikelab gergasi Scotland tersebut. Balmer memilih menyertai kelab lebih kecil di England iaitu Charlton Athletic yang bermain di Liga bahagian 2.

Charlton Athletic telah menetapkan nombor para pemain mengikut abjad huruf kedua nama pemain, disebabkan tiada pemain yang mempunyai abjad nama kedua bermula huruf A, Balmer yang bermain diposisi pertahanan, dia adalah nama pertama dalam susunan abjad dan dipilih sebagai pemain berjersi nombor 1 kelab.

Daniel Pancu

Pemain Romania yang bermain diposisi Attacking Midfield ini memakai nombor 1 hanyalah sekali, itupun secara kebetulan diarahkan untuk menggantikan Penjaga Gol Besiktas ketika itu, Oscar Cordoba yang dilayangkan kad merah dalam 1 perlawanan Liga Turki.

Daniel Pancu masuk dengan memakai baju milik Cordoba nombor 1, dia menyelamatkan sepakan penalti Fenerbahce, berbaki 5 minit perlawanan Besiktas menambah gol ke-4 sekaligus menang 4-2. Pancu diangkat sebagai penyelamat pasukan tambahan pula ianya melibatkan perlawanan panas Derbi Istanbul. Musim berikutnya (2005/06) Cordoba menukar nombor 1 kepada 35, Pancu diberi nombor jersi 1 tetapi tak lama selepas itu beliau dipinjam keluar ke kelab lamanya Rapid Bucuresti. Pancu kemudian berhijrah ke 1 lagi kelab Turki, Trabzonspor.

Pantelis Kafes

PSV Eindhoven’s Andre Ooijer (r) closes down PAOK Thessaloniki’s Pantelis Kafes (l) (Photo by Mike Egerton/EMPICS via Getty Images)

Dalam kesemua senarai pemain yang memakai nombor 1 sedangkan posisi mereka bukanlah penjaga gol, Pantelis Kafes adalah pemenangnya, mengapa penulis kata begini?

ATHENS, GREECE – NOVEMBER 3: Pantelis Kafes of Olympiakos (C) in action against Sebastien Squllaci (L) of AS Monaco FC during the UEFA Champions League Group A match at Georgios Karaiskais on November 3, 2004 in Athens, Greece. (Photo by Milos Bicanski/Getty images)

Kafes bermain diposisi tengah, beliau mula memakai jersi nombor 1 bermula musim 2001/02 bersama kelab PAOK di Liga Greece. Selepas Penjaga Gol PAOK, Nikolaos Michopoulos berhijrah ke Burnley pada 2000, jersi nombor 1 tiada pemilik pada musim 2000/01 buat kelab PAOK, musim berikutnya Kafes yang merupakan Kapten kelab telah menyatakan hasrat untuk menjadi pemilik jersi nombor 1.

Jersi nombor 1 ini kekal dipakai Kafes ketika bermain untuk Olympiakos pada 2003 hingga 2007 dan AEK Athens dari tahun 2007 hingga 2012.

Simon Vukcevic

Simon Vukcevic menjadi pemain tumpuan peminat Partizan kerana bermain untuk skuad utama kelab diusia seawal 18 tahun, ingat dulu pemain Malaysia seperti Nazmi Faiz Mansor atau ketika ini Luqman Hakim Shamsuddin?Ha..begitulah anda boleh gambarkan bagaimana peminat kelab Partizan begitu teruja dengan kehadiran Simon Vukcevic ketika awal penampilannya buat kelab.

Mandatory Credit: Photo by Robert Ghement/EPA/Shutterstock (7877381d)
F K Partizan Belgrade’s Simon Vukcevic (r) Fights For the Ball with Dinamo Bucharest’s Florentin Petre (l) During Their First Round Second Leg Uefa Cup Soccer Game in Bucharest Thursday 30 September 2004
Soccer – Uefa Cup – Dinamo Bucharest Vs Partizan Belgrad – Sep 2004

Vukcevic mulanya diberi nombor 33, selepas menjadi fenomena dikalangan peminat FK Partizan dan selepas penghijrahan Penjaga Gol Radovan Radakovic, Vukcevic diberi jersi nombor 1 tinggalan Radakovic sedangkan Vukcevic bermain diposisi tengah, dan disebabkan terlalu menjadi pemain tumpuan, Vukcevic menerima lebih tekanan dan sukar mengekalkan prestasi seperti yang diharapkan. Vukcevic berhijrah ke liga Russia dengan menyertai FC Saturn, meninggalkan Partizan yang terkenal sebagai satu kelab yang begitu beremosi di Serbia selain kelab Red Star Belgrade.

David Carabott

Boleh bermain diposisi pertahanan dan tengah, David Carabott yang merupakan pemain kelahiran Australia, menetap di Malta sejak kecil dan bermain 122 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Malta.

Dipenghujung karier bola sepaknya iaitu pada 2006 (38 tahun), Carabott berhijrah dari kelab Msida St. Josept (Malta) ke Sliema Wanderers (Malta). Disebabkan dia pemain berpengaruh dan dianggap ikon bola sepak Malta, kelab Sliema Wanderers telah memberikan jersi nombor 1 kepadanya atas reputasinya selaku legenda.

Adolfo Bautista

Adolfo Bautista bermain diposisi penyerang, pemain terkenal dengan rambut blonde ini memakai nombor 1 ketika bermain untuk kelab Chiapas pada 2007, kelab ini dah pun berkubur pada 2017.

Diego Souza

Attacking Midfield kelahiran Brazil ini menyertai kelab Atletico Mineiro dari Palmeiras pada 2010, beliau diberikan jersi nombor 1.

Edgar David

Siapa tak kenal dengan Edgar David, pemain Belanda kelahiran Suriname ini melalui zaman kemuncaknya bersama Juventus dengan memenangi 3 kejuaraan Serie A. Edgar Davids sertai kelab division 4 England, Barnet FC pada 2012 ketika diusia 39 tahun.

Musim 2013, Davids diberikan nombor jersi 1 setelah Penjaga Gol, Liam O’Brien dipinjam keluar ke Hastings United. Pemberian jersi nombor 1 boleh dikelaskan sama kisahnya dengan David Carabott dikelab Sliema Wanderers, lagenda yang menyertai kelab kecil dipenghujung karier, kerana menghargai nama besar yang ada pada Davids, sekaligus menjadikan kelab sekecil Barnet menjadi terkenal kerana kehadiran Davids, sungguhpun Davids kurang bermain, beliau hanya bermain 8 perlawanan dimusim terakhirnya 2013/14 sebelum sah bersara dari bola sepak diusia 41 tahun.

De Guzman

Pemain ini pernah menjadi perhatianl dek kerana latar belakangnya yang unik, dilahirkan di Kanada, anak kepada pasangan Jamaica dan Filipina, bermain untuk pasukan kebangsaan Belanda, bermain untuk kelab Swansea dari Walesyang bermain dalam Liga Inggeris..haha

Selepas Penjaga Gol, Albano Bizzarri berhijrah ke Pescara, De Guzman diberi jersi nombor 1 ketika menyertai Chievo Verona secara pinjaman dari Napoli pada 2016. Selepas tamat tempoh pinjaman semusim, Napoli melepaskannya ke Eintracht Frankfurt dan beliau masih kekal dikelab Bundesliga ini ketika artikel ini ditulis.

Sumber: The Gurdian – Which Maverick Outfield Footballers Have Worn The No 1 Shirt

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.